Wednesday, January 27, 2010

Satu Penghinaan Yang Tak Mungkin Dimaafkan..


Assalamualaikum My Friend...kali ni aku takde selera nak citer pasal politik nii..kerana aku skrg telah 'terpeka' akan isu yang sememangnya membuatkan aku dan seluruh rakyat Johor amat geram,iaitu penghinaan atas kemangkatan Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 22 Januari lepas..Alkisaaahhh..

Penulis blog Adukataruna ditahan reman empat hari
Oleh Ismail Mat
ismailmat@bharian.com.my

Berdepan penjara, denda sehingga RM50,000 jika bersalah

KOTA BHARU: Penulis blog Adukataruna yang dipercayai menghina Almarhum Sultan Iskandar dan Kerajaan Johor, dikenakan tahanan reman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, mulai semalam.

Pereka grafik yang melarikan diri dari Seremban ke Kota Bharu itu, ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan polis yang dijalankan mengikut Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan, penulis terbabit berdepan denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali, selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan.

Majistret Azrol Abdullah membenarkan perintah tahanan reman sehingga Jumaat selepas meluluskan permohonan yang dikemukakan polis dalam prosiding ringkas di kamarnya kira-kira jam 9 pagi.

Sejurus perintah reman dikeluarkan, penulis blog itu yang diiringi beberapa anggota dan pegawai polis dibawa ke Johor bagi membantu siasatan ekoran 31 laporan polis yang dibuat berhubung kenyataan menghina Sultan Iskandar dan kerajaan negeri menerusi laman blognya.

Penulis blog terbabit ditahan polis di Kota Bharu, kira-kira jam 4 petang kelmarin, ekoran penulisan yang disiarkan dalam blognya pada Sabtu lalu, hingga menimbulkan kemarahan ramai.




Ok,da baca?? di atas ni merupakan gambar makhluk yang didakwa telah menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, iaitu dikenali dengan nama Aduka Taruna melaui laman blognya adukataruna.blogspot.com..
Untuk pengetahuan korang semua,perbuatan die ni telah mencetuskan kemarahan beribu-ribu rakyat Johor (termasuk aku)serta mereka yang bukan johorian sekalipun..you know why?becoz tindakan dia ni telah melanggar perlembagaan Raja-Raja Melayu serta melanggar peraturan dan akta media..klu korang tengok kat blog die tuu,beratus-ratus ejekan,sumpahan,cacian yang dilemparkan ke atas mamat niii..aku rasa amat marah,menyampah,geram ngan makhluk nii..andai kata kalau dia ni dihadapkan ke keluarga kerabat Diraja Johor,guess what will happen?hahahahaaa...die belum rasa lagi macam mana penangan kerabat Johor yang sememangnya berdaulat niii..rakyat Johor ngah sibuk berkabung,die plk sibuk menghina Almarhum..tkde faedah yang dia akan terima,bahkaan padah yang bertimbun-timbun menimpa die..tu laaaa,lain kali jgn main hembus jeee sesuka hati klu nak tulis blog niii..ckp biar berhemah..amik pengajaran kepada kita semua k..semoga roh Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dicucuri Rahmat oleh Allah..Amiin..
Ok My Friend,sampai sini dulu gua boleh sampaikan..kita jumpa lagi k..wassalam..

p/s:by the way,baru pas mengundi nii..agak2 pihak mana yang menang PRK kali niii?

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails