Assalamualaikum my Friend...kali ni aku nak citer pasal something yang aku rasa bukan aku jeee yang patut sedih,tapi semua rakyat Malaysia khususnya rakyat Johor patut bersedih juga,iaitu tentang mangkatnya Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 22 Januari 2010 setelah hampir tiga dekad beliau memerintah negeri Johor yang ku cintai..
Overall,kita da tau bila dia mangkat,di mana beliau mangkat dan perjalanan pengkebumian beliau daripada Istana Besar Johor Bahru hingga Makam Diraja Mahmoodiah..just aku nak share apee yang aku rasa berkaitan dengan kemangkatan sultan berjiwa rakyat nii..Bagi aku,Almarhum merupakan seorang yang betul2 dan benar2 mementingkan kebajikan rakyat Johor..beliau sanggup mencemar Duli turun bersama rakyat,mendengar masalah rakyat dan membela nasib rakyat Johor yang kemudiannya sikap keperihatinan ini diteruskan oleh anakandanya,Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor sabtu lepas melalui program tahunannya iaitu KEMBARA MAHKOTA JOHOR..Almarhum juga merupakan pemimpin yang amat tegas dan berdisiplin dalam mentadbir negeri Johor dan memerintah Malaysia semasa dilantik menjadi Yang Dipertuan Agong yang ke-8..beliau juga amat berminat dengan ketenteraan..ini dibuktikan dengan penampilan beliau,anakanda2nya dan kerabat diraja Johor dengan seragam tentera tambahan pula beliau dan anakanda2nya pernah menerima latihan ketenteraan di India..pemimpin seperti beliau laaa yang aku sebagai anak jati Johor amat terasa sedih dengan kehilangannya..semoga Almarhum ditempatkan di kalangan Hamba2Nya yang soleh..Amiiinn..
Ok,sampai sini dulu yang aku boleh sampaikan..next artikel pulak mungkin akan memanaskan sesetengah pihak selepas nii...nantikan..Assalamualaikum My Friend..
No comments:
Post a Comment