Showing posts with label Just For Entertainment. Show all posts
Showing posts with label Just For Entertainment. Show all posts

Saturday, April 17, 2010

Wednesday, February 24, 2010

Ujian Sejarah,Sila Jawab!!!

SEJARAH MELAYU

Jangan Buka Kertas Soalan Sehingga Diberitahu.

20 Minit

15 Soalan

Jawab semua soalan!

Dilarang senyum atau ketawa semasa menjawab, kalau tidak anda akan
digagalkan.

1. Siapakah yang membuka Melaka?

a. Param

b. Parameswari

c. Paramugari Terlampau

d. Parameswara

e. Parang Kontot

2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di
sebuah kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia?

a. Kapten Hook

b. Kapten Crook

c. Kapten Cook

d. Kapten Cool

e. Kapten Boleh

3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?

a. Brooke Shields

b. James Beruk

c. James Bond

d. Sapok Biki

e. James Brooke

4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?

a. Torch Light

b. Traffic Light

c. Francisca Peters

d. Light and Easy

e. Francis Light

5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang…

a. Tuk Janggut

b. Tuk Misai

c. Tuk Sideburn

d. Tuk Misai A Galak

e. Tuk Bulu Hidung

6. Pahlawan Melayu di Pahang..

a. Mat Kilau

b. Mat Silau

c. M Daud Kilau

d. Mat Sentul

e. Mat Rempit

7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh
Datuk Maharajalela?

a. Jawa Jerongos

b. J.W.W Birch

c. Jay Jay

d. J.W.Marriot

e. Jawa Rangers

8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?

a. Ayam Belanda

b. Bela Anda

c. Blender

d. Belanda

e. Blunder

9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada
Sultan Melaka?

a. 7 dulang hati nyamuk

b. 7 dulang tongkeng ayam

c. 7 dulang tahi hidung

d. 7 dulang tahi palat

e. 7 dulang gigi arnab

10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?

a. Tun Mahathir

b. Tan Tin Tun

c. Tun Tak Tahu Eja

d. Tun Teja

e. Arnold Susahanakeja

11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan
Melaka?

a. Puteri Hang Li Po

b. Puteri Kepala ***** Hang!

c. Puteri Opah Hang!

d. Puteri Hang Go Poh

e. Puteri Hang Cing

12. Ikan apakah yang melanggar Singapura?

a. Ikan Bilis

b. Ikan Masin

c. Ikan Kembung Masak Asam

d. Ikan kekek mak iloi-iloi

e. Ikan Todak

13. Siapakah Ketua Kominis Malaya?

a. CIMB Bank

b. Chin Peng

c. Soh Chin Aun

d. Chim Pan Zee

e. Chin Chau

14. Siapakah diantara berikut adalah Laksamana Melaka yang
terbilang?

a. Hang Tuah

b. Hang Buah

c. Hang Limau Kasturi

d. Hang Kuah

e. Putera Shazlan

15. Laksamana manakah yang derhaka kepada Sultan Melaka?

a. Hang Sebat

b. Hang Lebat

c. Hang Jebat

d. Hang Berat

e. Ham Peh

Jika Anda Dapat Jawab Kesemua Soalan Tanpa Menyenyum Ataupun Menggelak, Anda Memang Excelent, Briliant, Gud Job!…hehe

RESEPI 'AYAM GORENG BEREMPAH TAK KUNJUNG TIBA'....

Bahan-bahan nya ialah:
-sudah tentu ayam
-minyak masak,kalau boleh cap jalen(ada ker?)
-kicap jalen(hah yg nie mmg ada)
-sos jalen
-rempah ratus yg malas nak sebut sbb beratus-ratus
-lagi korang tanya lah kat mak anda..

Ok cara-caranya plak;
  1. Pastikan ayam yg digunakan sudah disembelih dan kalau boleh ayam kampung yg dahpun akil baligh.Untuk sembelih anda boleh panggil tok imam masjid kampung anda.Kalau tok imam sibuk ajk masjid pun boleh juga dan bukannya Ah Chong yg buka kedai repair basikal belakang rumah anda.

  2. Tuang minyak masak ke dalam kuali.Tunggu sehingga minyak betul2 panas.Anda boleh lah melakukan aktiviti lain sementara menunggu minyak panas.Ambil masa ini untuk melakukan senaman ringan.Selepas melakukan senaman ringan, cuba berlari-lari anak disekeliling rumah. Bila sudah bosan cuba pula berjoging sepanjang taman di rumah anda. Pastikan anda melakukan senaman ringan yg betul untuk mengelakkan org di taman usung anda balik rumah sebab kaki anda krem.

  3. Cara untuk memastikan minyak sudah cukup panas, caranya mudah saja.Ambil jari anda,kalau malu anda boleh minta bantuan adik anda.Letakkan jari anda di tepi kuali dan bila secara spontan anda menjerit…adoi!! ,maka minyak sudah betul-betul panas.

  4. Pecah sebiji telur ayam dan masukkan ke dalam kuali tadi.Anda tidak perlu menggunakan hammer ataupun apit-g untuk memecahkan telur tersebut,memadailah dengan menggunakan sudu ataupun pecahkan di tepi kuali dalam skala 90 darjah.

  5. Bila telur tersebut sudah panas angkat telur tersebut dan letakkan di pinggan. Hiaskannya dengan menabur bawang goreng ataupun timun untuk menambahkan lagi kesedapan makanan.Jangan tabur macam nak tepung tawar mempelai bersanding pulak.Macam orang kahwin nanti jadinya.

  6. Ayam tadi ambil dan masukkan ke dalam peti sejuk.Anda boleh gunakan pada hari yang lain.Inilah yang dikatakan family planning.

  7. Panggil sanak saudara ataupun rakan taulan ke rumah anda untuk merasai hasil masakan anda.Menu ini sesuai untuk hidangan 2 orang dan boleh ditambah dengan masak lagi beberapa telur ayam.

  8. Akhir kata selamat mencuba dan pasti anda tak akan boleh lupakan masakan ini sampai bil-bila.Tapi saya tak janji tau..kekekeke
MENU INI DI TAJA OLEH MINYAK MASAK CAP ROKIAH DAN SUAMINYA.
“SUNGGUH MURNI MACAM CIKGU SRI MURNI”

Monday, February 22, 2010

Ismanaurah's Back In Da Houuussee...


Assalamualaikum My Frieeenndd...lama weeii aku tak update blog aku baru2 niii sejak aku gi KBIM kat Pulau Pangkor yang lepas..bayangkan laaaa...lepas aku balik daripada kem tu,rasa macam retak semua tulang2 badan aku niii..otot2 aku bukan main sengal..kaki aku da melecet teruk..sampai bilik jeee,terus struggle siapkan book review..pastu hari sabtu aku terus balik rumah kat Johor..
Sepanjang aku cuti,aku sangat2 rilek..tapi aku tetap buat kerja rumah beeeb...basuh baju,sidai baju,lipat baju,pakai baju then bukak baju balik..hahahahaa..sepanjang aku berada kat rumah,tu laaa time yang aku berpeluang dengar rancangan radio favourite aku..kenapa time cuti baru aku dapat dengar rancangan radio kegemaran aku tu?sebabnya radio yang aku dengar ni radio Singapore,tu yg aku just dapat dengar masa aku kat Johor...citer ape?ni haaa...





Hahahahaaa...aku suke dengar citer seram beb..starting citer ni pun da buat bulu roma aku tegaaaak 90 darjah..LOL..nanti2 laaa aku citer2 seram nii..
Tapi kan,bila aku duduk kat rumah nii,aku terpaksa layan kerenah adik2 aku yang ada 1001 perangai..mujurlah ada adik yang membantu aku dan keluarga..tapi aku sedih sangat pasal mak aku selalu sakit2 kebelakangan niii..aku berharap agar Allah still sihat sejahterakan mak aku,ayah aku dan adik2 aku..i love they all..
Satu lagi yang aku sedih sebelum aku nak balik UKM semula..nak tau tak,janggut aku telah dipendekkan oleh mak aku...waaaaaaa...tapi ade jugak relevannya kerana mak aku pendekkan janggut aku,kerana janggut aku kusut sangat..tu yang harus dipendekkan tuu..tapi kalau nak tunggu panjang balik,lama weeeii..takpe laaaa,aku buat2 tak tau pasal janggut aku nii..mana tau sedar tak sedar da panjang balik,kikikiii..
Pastu kan,aku gi laaa kat terminal Larkin pasal aku kena naik bas ke Seremban dari Larkin..kat sana pulak tibe2 ade laaaa gerakan politik dari pihak Hijau ngah edar2 flyers pasal kenyataan budget Kerajaan Negeri Johor..hek elleeehh...ape kes tibe2 buat kerja macam niii?kalau gentle,edar laaaa flyers tu kat Nusajaya..takpun,serah direct kat MB Johor..baru namanya perjuangan Islam..hahahahaaaa..finally,aku simpan jeee flyers tu sambil aku naik bus ke Seremban..Alhamdulillah aku sekarang ni kat UKM sambil digalas oleh assignment,kuliah,projek dll..yang aku sedih nii,adaptor laptop aku rosak laaaa pulaaakk..huhuhuuu..
Waaaaaa...kalau aku ada duit lebih,boleh aku belii yang baru...sekarang ni terpaksa aku menumpang kasih kat kawan2 aku semata kerana laptop aku berlu diperbaharui nyawanyaaa..kikikiii...
Ok laaaa,aku rasa sampai sini aku boleh sampaikan duluuu...ada citer2 best,aku share kat korang k..sayonara,chow chin chiiii...Assalamualaikum My Fieennddd...

Tuesday, January 12, 2010

Anak Murid Sapeee la Niii...

Assalamualaikum My Friend...kali ni aku nak tunjukkan kat korang antara karangan budak sekolah yang semestinya silap bebenor walaupun da disuruh buat balik 3 kali,tetap silap gak..nasib baik aku bakal ngajar Pend.Islam..(tapi tak tau laaa klu anak2 murid aku buat silap yang sama nanti eeehh....)




Haaaa..amacam?klu korang jadik cikgu die,sakit hati tak?klu aku,aku da suruh anak2 murid tu berdiri atas kipas ngah pusing,kui3..apepun,bawak bersabar klu ada budak mcm niii..time ni laaa die nak uji sejauh mana murninya karier guru nii..mana tau klu budak nii da bijak pandai,dibelikannya untuk korang kereta Avanza,tak ke terujanya korang?heee..sampai sini dulu gua boleh post,jumpa lagi My Friend..

Saturday, January 9, 2010

Perbuatan Yang Menempah Maut Korang...


Assalamualaikum My Friend..Kalau korang buat perkara-perkara seperti yang kitorang paparkan ini kat bawah,memang korang sengaha nak menempah maut la nampaknya! kot ye pun nak membuktikan keberanian korang sekali pon, kan ke ada banyak cara lain lagi yang lebih selamat dan berfaedah? Sehingga boleh masuk lagi Guinness World Records ataupon Malaysia World Records.. Apa-apa hal pun, baca je la artikel kat bawah ini.. aku pon malas nak cakap banyak..

Bermandi-manda Dekat Lubuk Phirana
Kalau rasa nak kaki, tangan dan seluruh anggota badan korang hilang, maka sila la mandi kat sungai yang memang terbukti sebagai lubuk phirana! Belum sempat korang nak berenang sahaja dan kena baham dengan phirana. Alamatnya nanti jadi bangkai ja la kat sungai itu.

Bercamping Dengan Singa Yang Tengah Mengamuk
Yang ini pun memang cara mudah untuk korang menamatkan riwayat korang dengan serta-merta dan sekelip mata. Dah tahu sang singa itu tengah dok mengamuk, apakehelnya korang pergi berkhemah pulak kat dalam kandang dia? Nak kena cakar? gigit? tidak pon korang teringin sangat dibaham singa.

Mendaki Gunung Berapi
Kata korang Gunung Kinabli dan Gunung Everest itu dah biasa dah orang daki serta membosankan! Apa kata cuba buat rekod baru pulak dengan mendaki gunung berapi yang tengah tunggu masa aje nak meletup. Tu Bukan rekod baru namanya tapi rekod kematian yang dituntut dekat hospital nanti! Belum sempat sampai puncak lagi korang dah lebur dalam larva gunung berapi yang hangat itu korang sangkakan sejuk!

Masak Nasi Menggunakan Periuk Api
Ha... kalau perbuatan ini memang takde amaran dah tubuh badan korang terus berkecai dengan rancaknye! Yang rajin sangat masak nasik guna periuk api itu sapa suruh? apa korang dah hilang akal ke? Memang le orang masak nasi guna perik tapi bukannya periuk api laa! Kononnya nak cipta kelainan la itu dalam sejarah dunia!

Buat Lawak Bodoh Dengan Pembunuh Bersiri
Korang memang nak kena bunuh la kalau korang dengan beraninye membuat lawak bodoh dengan seorang pembunuh bersiri yang kejam! Dah la buat lawak bodoh, korang siap tepuk-tepuk kepala si pembunuh bersiri itu lagi sambil gelak terguling-guling! Hmmm.. lepas ini tadah aje la badan itu untuk dilapah dan dikerat lima belas macam ayam kat shopping kompleks!


Kalau anda berjaya! Memang anda seorang yang paling digeruni serta respek akan diberi dengan tanpa segan silunye! Tetapi tidak berjaya! Jumpa lagi! hahaahha!

*dari blog shakroil.blogspot.com

Kemahiran Hantu


Berikut adalah beberapa skill asas yang perlu ada pada seorang atau seekor hantu dalam menyakat manusia-manusia. Tanpa menguasai kemahiran di bawah mereka pasti tidak digeruni dan amat susah untuk menakutkan atau menterkejutkan mangsa. Jadi untuk menguasi kemahiran ini mereka perlu pelajari terlebih dahulu. Macam manusia sekarang kena ada sijil. Jikalau ujian itu tidak lepas. Mereka bukanlah hantu!

Moonwalk Atau Berjalan Tak Jejak Tanah
Mana-mana hantu walau amatur macam mana sekali pun mesti menguasai kemahiran ini kerana ianya merupakan penentu yang awak itu hantu!

Terbang Tanpa Tali
Hanya hantu yang sah sahaja mampu terbang tanpa menggunakan tali atau kabel macam dalam filem tu.

Menukar Wajah Menjadi Hodoh
Bagi menumbulkan rasa seram, seekor hantu mesti mampu menampakkan rupa yang hodoh tanpa bantuan mekap atau topeng halloween yang terdapat di pasaran.

Mengilai Tanpa Serak
Semua hantu perlu menjalani latihan vokal intensif macam kelas akademi fantasi atau kelas-kelas lain kerana untuk mengilai sepanjang malam memerlukan teknik pitching serta falseto tertentu agar suara tidak serak atau batuk semasa menyakat.

Cabut Kepala
Ini bukanlah wajib bagi semua hantu namun kebolehan menanggalkan kepala ternyata memberikan kelebihan dalam sesi menakutkan orang.

*Dari website shakroil.blogspot.com
Related Posts with Thumbnails