Wednesday, August 11, 2010

Happy Graduation To Meeee...

Assalamualaikum my frieenndd..akhirnyee setelah 4 tahun aku bertapa kat UKM,aku berjaya menggenggam selembar jiazah (bukan segulung,pasal ianya tak digulung..)ketika tuu aku rasa happy sgt2 kerana orang tuaku ada bersamaku, dan tak ketinggalan mak long aku serta si 'dia' and family meraikan kejayaanku bersama zaujahkuu..aku taknak cakap banyak,kita tengok gambar k..


ni masa kat dalam dewan....



yang ni pulak time ngah beratur ambil ijazah..




sebelum aku bergambar,bagi family aku plessing dulu,hahahahaaa...







haaaaaa...baru time aku pulak bergambar dengan family....



haaaa..ni pulak graduan senior (takpelaaa,skali skala bagi pulak orang tua kita merasa grade sekali,kikikiii...)





akhirnyee,bergambar dengan family n family mertua sekali,hahahaaa...

Apepun kan,aku sangat bersyukur kerana walaupun secara kasarnya aku ni agak ketinggalan jugak dalam pelajaran berbanding kawan-kawan,tapi aku masih mampu untuk mendapat apa yang aku hajatkan selama tahun niii..akan ku bawak ijazah ku bersama sama kenangan yang terukir kat UKM niiii..terima kasih ya Allah kerana bagi aku merasa kejayaan seperti niii..thanks jugak ada pada parent aku kerana banyak mendorong aku,serta pada kawan2 yang sentiasa hulur2kan nota untuk akuuu..sampai sini dulu aku coretkan..jumpa lagi My frieenndd..Assalamualaikum..

Thursday, July 15, 2010

Assalamualaikum Kembaliiiii....

Assalamualaikum My Frieeennddd..lama gileeerrr aku tak mem'blog'kan diri aku kat sinii..lama tuuuu..maklum laaa lepas abis study jeeee aku da sibuk carik kerja..banyak jugak jawatan2 yang aku mintak,tapi susah giler nak dapat..
Ini berikutan dengan pandangan sebahagian besar tempat kerja yang aku apply nii beranggapan bahawa lepasan degree pendidikan spt aku sudah tentu akan dipostingkan..so diorang tolak laaa application aku..ade kee patut?huhuhuuu..
Anyway,aku akan teruskan untuk menyumbang post2 yang best kat blog aku,walaupun aku sorang jee yang baca..kikikiii..jumpa lagi my frienndd..wassalam..

Tuesday, April 27, 2010

REALITI SEORANG GURU...













GURU SEBENAR GURU: KALAU MURID…


KALAU GURU DI SUKA MURID

TIDAKLAH ADA MURID MENJERIT

KALAU MURID TAK SUKA GURU

APA DI AJAR TAK JADI ILMU

KALAU MURID DIPANGGIL PANDAI

MURID GEMBIRA TIDAK TERABAI

KALAU MURID DI PANGGIL BODOH

GURU PENING MURID BERGADUH

KALAU MURID SUKA MENYOAL

GURU TAHU APA TERTINGGAL

KALAU MURID MALAS BERTANYA

APA YANG DIBUAT SEMUA TAK KENA

KALAU MURID SELALU DI SISIH

GURU AKAN MENJADI LETIH

TIDAK  DISIPLIN

KALAU MURID SELALU DI DAMPING

DAPATLAH MURID ELOK DISIPLIN

KALAU MURID TAK TAHU HORMAT

SEKOLAH BAHAYA GURU TAK SELAMAT

KALAU MURID TAHU DISIPLIN

MUDAHLAH GURU UNTUK MEMIMPIN

TIDUR

KALAU MURID MALAS BELAJAR

ILMU DIBERI TAK MASUK AJAR

KALAU MURID RAJIN BELAJAR

TIDAKLAH SUSAH GURU MENGAJAR

Kalau Guru...


KALAU SUKA MENJADI GURU

BEKAL DIRI SEGALA ILMU

KALAU TAK SUKA MENJADI GURU

MURID RUGI NEGARA TAK MAJU

**KALAU GURU MALAS MEMBACA

ILMU DIAJAR TIDAK TENTU PUNCA…

KALAU GURU RAJIN MEMBACA

MURID MENURUT HINGGA BERJAYA

**KALAU GURU TIDAK BERSEDIA

DALAM KELAS BANYAK BERCERITA…

KALAU GURU SENTIASA BERSEDIA

MURID CERDIK KELAS CERIA

**KALAU GURU SENTIASA SIBUK

MURID MENJADI HIRUK PIKUK…

KALAU GURU SENTIASA ADA

MURID GEMBIRA DITUNJUK AJAR

**KALAU GURU SENTIASA MARAH

MURID KELUAR TAK TENTU ARAH…

KALAU GURU MENUNJUK SAYANG

MURID PASTI SALING MENYAYANG

KALAU GURU BENCIKAN PELAJAR

TIDAK BERKAT ILMU YANG DIAJAR..

KALAU GURU KASIHKAN PELAJAR

BERKAT SEGALA ILMU DIAJAR.

(Catatan: Tulisan bertanda ** dan berwarna HITAM.. merupakan catatan asal Dato’ Yaakob Isa, Mantan KPP Kurikulum JPN Pahang)

Saturday, April 17, 2010

Telur Yang Kita Tak Sampai Hati Nak Makan...





hahahahahahahaaaaaa......

Transformasi Seiring Dengan Kematangan Diriku..


Sebelum melangkah ke UKM...


Setelah berada di UKM & sebelum melangkah keluar dari UKM..

Assalamualaikum my friend..korang ada nampak tak perbezaan antara gambar sebelum dan selepas niii?rasa2 mana satu gambar yang nampak makin hensem?nilai sendiriii..kikikii..apepun,yang benar2 merasai perubahan pada diri aku ni adalah aku sendiri,my friend..transformasi harus berlaku untuk kemajuan diri sendiri..bukan hanya pada fizikal,bahkan juga pada emosi,mental,spiritual dan intelektual..datangnya aku mula2 sebagai orang yang hanya ikut telunjuk sahajaa..tapi sekarang ni aku mampu bergerak sendiri,membuat keputusan sendiri..kemahiran insaniah dah lengkap dalam diri di samping ilmu2 yang dipelajari..aku bakal meninggalkan UKM nii bersama-sama pengalaman yang pernah aku tempuhi sepanjang 4 tahun di perbukitan ilmu di Bangi niii..(sedangkan 3 tahun pun da cukup lama,ni kan plk 4 tahun beeebb...)..datangnya aku membawa matlamat,kembalinya aku membawa hasrat..matlamat untuk menjadi guru Pendidikan Islam semakin hampir bersama hasrat untuk meninggikan taraf hidup keluarga di samping menggapai cita2 dan menuju puncak kejayaan..(bukan AF eehh..)..apepun,hutang pelajar kena bayar dulu beebb..hahahahaaa..
Ok my friend,sampai sini dulu aku boleh coretkan..see you next post,heee..Assalamualaikum..

Friday, April 16, 2010

Pantang Larang Melayu Lama

Masyarakat Melayu lama kaya dengan pantang larang yang diwariskan kepada anak masing-masing dalam usaha mereka menjaga perlakuan keluarga dan hubungan sesama anggota masyarakat mahupun kepada alam sekitar.

Sekali dengar sesetengah pantang larang Melayu lama seakan-akan menyekat kebebasan individu

dan kedengaran seperti tidak masuk di akal, meskipun hakikatnya pantang larang yang dikenakan itu dapat dilihat ‘kebenarannya’ sehingga kini.

Sesetengah orang melihat pantang larang Melayu lama tidak lagi sesuai diamalkan pada masa kini kerana bimbang boleh memesongkan akidah masyarakat khususnya dalam hal berkaitan kejadian, jodoh, rezeki, ajal dan maut kerana ia di tangan Ilahi.

Bagaimanapun jika diteliti sesetengah daripada pantang larang Melayu lama ada sumbangan tersendiri kepada masyarakat dan boleh diterima pakai sehingga ke hari ini apalagi tidak kurang yang mempunyai nilai menjaga kesihatan.

Pantang larang mandi malam umpamanya bertujuan untuk menjaga kesihatan pelaku yang terbukti akan mudah diserang pneumonia dan begitu juga dengan kecenderungan meminum air batu bagi mengelakkan individu mudah dijangkiti selsema mahupun demam.

Larang membiarkan tempayan beras di rumah kosong dengan alasan memendekkan rezeki sebenarnya bagi memberi peringatan kepada tuan rumah agar sentiasa bersedia menerima tetamu dan tidak lokek menjamu mereka.

Begitu juga dengan larangan membuang air di tempat yang tidak sepatutnya dengan alasan akan dimarahi penunggu sehingga mendatangkan penyakit, hakikatnya bertujuan menjaga adab dan kebersihan alam sekitar.

Bagi gadis pula yang dilarang menyanyi di dapur kerana dibimbangi lambat mendapat jodoh, hakikat bertujuan memastikan mereka memberi tumpuan dalam pekerjaan yang dilakukan serta mengelakkan daripada berlakunya pembaziran sekiranya masakan hangus kerana leka berhibur.

Larangan makan dalam pinggan sumbing kerana hutang akan bertimbun sebenarnya perbuatan itu bertentangan dengan sunnah Rasulullah saw dan memudahkan diri dijangkiti kuman yang berkumpul pada bahagian yang rosak itu.

Tidak ketinggalan larangan memakan kepala ikan dengan alasan akan menyebabkan seseorang itu lambat menghafaz pelajaran sebenarnya turut diterima pakai dalam amalan melahirkan tahfiz sehingga hari ini.

Pensyarah Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya (UM), Siti Nor Awang, menafsir pantang larang yang diamalkan dalam masyarakat Melayu dulu sebagai panduan hidup mengenai perkara yang boleh dilakukan, larangan dan wajar.

“Masyarakat tradisional belajar sesuatu melalui lisan dan pantang larang yang menjadi amalan disampaikan dari generasi ke generasi berbanding masyarakat tamadun terdahulu yang belajar melalui tulisan mahupun manuskrip,” katanya pada pertemuan dengan Sastera di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Baginya pantang larang dalam masyarakat Melayu ialah sesuatu yang dipersetujui mengenai perkara tertentu untuk dijadikan panduan hidup selain ‘dihormati’ dalam usaha melahirkan keharmonian bermasyarakat dan mewakili nilai mahupun norma sepunya.

Siti Nor berkata, pantang larang juga bertujuan melahirkan masyarakat sihat seperti dapat dilihat melalui larangan mandi pada waktu malam yang sebenarnya mengelakkan pengamalnya daripada diserang pneumonia jika sudut perubatan semasa digunakan dalam menilai perkara itu.

“Masyarakat Melayu lama cerdik dalam menyampaikan ‘peraturan’ dengan darjah keseriusan berbeza

dan ia dapat dilihat melalui kesan dan akibat yang dikatakan berhubung perbuatan melanggar larangan yang ditetapkan,” ujarnya.

Melarang ahli keluarga meniarap sambil menyilang kaki ke atas dengan alasan ibu pelaku cepat meninggal dunia sebenarnya bagi menjaga kehormatan diri manakala duduk di atas bantal menyebabkan bisul lebih kepada kawalan perlakuan bersopan.

Pensyarah Kanan, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad, melihat pantang larang menurut sudut agama dan adat yang

diwarisi daripada nenek moyang, wajar diamalkan selagi tidak bercanggah serta selari dengan kehendak al- Quran mahupun sunnah.

“Orang Melayu lama mengadakan pantang larang berdasarkan pengalaman mereka sehingga ia sebati dalam pemikiran masyarakat dengan sesetengahnya bertentangan wahyu Allah SWT. Pantang larang yang berbau khurafat dan bertentangan dengan al-Quran serta sunnah, wajar ditinggalkan,” jelasnya.

Dr Nik Mohd Rosdi berkata, sesetengah pantang larang orang Melayu yang berkait dengan kuasa ghaib sebenarnya bertujuan menimbulkan rasa takut pada masyarakat dan dipercayai sepenuhnya, sewajarnya diubah dengan mendahulukan akidah dan ajaran Islam.

“Dengan mendahulukan akidah dan ajaran Islam dalam perkara berhubung pantang larang, kita masih mengekalkan tujuan baik iaitu menghindarkan perkara buruk menimpa diri dan membendung diri daripada melakukan sesuatu perbuatan tidak sopan,” katanya.

Oleh Tuan Nur Suhaila Raja Muhammad

Istana Syaitan

Bila disebut sahaja pasal Segitiga Bermuda , semua orang akan tahu serba sedikit mengenai kisah misteri di situ. Malah ada yang mengaitkan Segitiga Bermuda dengan dajjal kerana terdapat pendapat yang mengaitkan ibu dajjal sebagai keturunan jin.


Namun ramai pembaca budiman yang tidak mengetahui terdapat 9 lagi segitiga syaitan yang ada di bumi ini. Kesemuanya mempunyai kisah mereka yang tersendiri. Termasuklah salah satu daripada mereka adalah tempat penggarian dajjal.

Cuba anda lihat gambarajah di atas. Apakah persamaan mengenai segitiga-segitiga tersebut. Ianya seperti membentuk suatu garisan lurus zig-zag, keatas dan kebawah, secara tepat bila digariskan secara lurus mendatar.


Dan yang peliknya ianya selari dengan garisan Khatulistiwa. Kenapakah para syaitan bijak mengatur istana mereka disekitar satu garisan yang tertentu.




Untuk pengetahuan umum, disitulah tempat pertemuan lautan di antara arus sejuk dengan arus panas. Disitu juga tempat arus lautan berputar arah pada setiap 6 bulan. Dan di situ juga tempat pertemuan tekanan angin lemah dengan tekanan angin tinggi. Dan dari situ juga wujudnya pusaran angin bagi melahirkan angin bayu di seluruh dunia.

Jadi apakah tempat tersebut ???



Saintis menamakan pusat tersebut sebagai Pusat Anti Graviti .

Jadi apakah kaitan di antara Pusat Anti Graviti ini dengan Istana Syaitan.

Sebelum saya menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai Istana Syaitan, saya minta pembaca budiman baca serba sedikit fakta-fakta semasa mengenai bumi kita dahulu. Kemudian saya akan huraikan dgn lebih lanjut berkenaan Istana Syaitan . Insya ALLAH :

2. Pada penghujung tahun 2006 dan awal tahun 2007, terdapat seramai 200,000 penduduk di Johor, Pahang dan Melaka dipindahkan daripada kediaman masing-masing selama 3 hingga 4 minggu kerana banjir melanda. Jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM1.5 billion .


2. Suhu dunia semakin naik, aras laut semakin tinggi dan litupan salji di Hemisfera Utara semakin pupus.


3. Suhu dunia telah meningkat pada kadar 0.74 darjah Celcius pada setiap kurun, yakni diukur sejak pada tahun 1906 sehingga 2005 .

4. Kadar suhu pada 50 tahun kebelakangan ini adalah dua kali ganda lebih pantas daripada kadar purata suhu selama 100 tahun , iaitu 1.3 darjah Celcius .


5. Kadar suhu dunia pada 2 dekad yang lalu adalah yang tertinggi yang pernah direkodkan sebelum ini.


6. Seluruh dunia menghadapi suhu menaik, melainkan di Lautan Atlantik. Kawasan yang paling cepat menghadapi suhu menaik adalah di Hemisfera Utara.


7. Pada tahun 1961 hingga 1993, paras laut telah meningkat pada kadar 1.8 mm setiap tahun. Sedangkan pada tahun 1993 hingga 2003, paras laut meningkat pada kadar 3.1 mm setiap tahun.


8. 57% daripada kenaikan paras laut disumbangkan oleh pengembangan haba dalam lautan. 28% daripada kenaikan paras laut disumbangkan oleh kecairan bongkah ais dan glacier. Kecairan bongkah ais di Greenland dan Kutub Antartik diramalkan akan menjadi penyumbang besar kepada kenaikan paras laut secara mendadak dunia pada tahun-tahun akan datang.


9. Di Malaysia sejak 100 tahun kebelakangan ini, semua tempat menghadapi kenaikan suhu, melainkan di Sarawak .


10. Di Kuala Lumpur (Subang), kadar kenaikan suhu panas adalah 3.5 – 4.0 darjah Celcius per seratus tahun. Yang mana jauh lebih tinggi daripada purata kenaikan suhu dunia , iaitu 1.5 darjah Celcius per seratus tahun. Suhu di Kuala Lumpur menunjukkan trend menaik mengejut terutamanya selepas pertengahan tahun 1970.


11. Hubungan dunia adalah hubungan kompleks antara atmosphere, hydrosphere, geosphere, cryosphere dan biosphere.


12. Sejak 420,000 tahun kebelakangan, CO2 tidak pernah melebihi 300 ppm. Cuma sebentar sahaja kadar CO2 melepasi sedikit daripada angka 280 ppm, iaitu di sekitar 330,000 tahun yang lampau. Tetapi sekarang catatan CO2 adalah 380 ppm.


13. Saintis menganggarkan pada tahun 2030-2050, kenaikan suhu adalah pada 2 hingga 5 darjah Celcius. Kenaikan sebanyak ini (5darjah Celcius) tidak pernah terjadi sejak Zaman Ais hingga sekarang.


14. Putaran Milankovitch – kitaran Zaman Glacial dan Inter Glacial . Ini adalah disebabkan oleh perubahan orbit bumi pada waktu-waktu tertentu. Sekarang kita dalam Zaman Inter Glacial sejak 10,000 tahun yang lepas.


15. Namun begitu Zaman Inter Glacial sepatutnya sudah lama berakhir. Kita seharusnya bertukar ke Zaman Glacial pula. Namun disebabkan kenaikan suhu dunia yang mendadak, Zaman Glacial tidak mungkin berlaku. Saintis meramalkan pada tahun 2100, tahap CO2 adalah 3 kali ganda lebih daripada ketika waktu pra industri.


Pernahkah anda terfikir , bagaimana negara-negara sejuk mempunyai 4 musim. Sampai waktu yang tepat , daun akan berguguran seluruhnya. Dan bila masuk waktu yang lain pula, bunga pun bertumbuhan di sekeliling anda. Bukankah itu suatu perkara yang sangat menakjubkan.


Sekiranya dengan prinsip pergerakan bumi mengelilingi matahari, 4 musim boleh terwujud. Prinsip yang sama juga digunakan oleh pusaran air dan bumi. Bergantung kepada angle bumi kepada matahari, pusaran (angin dan air) yang terbentuk di Pusat Anti Graviti akan berpusing mengikut tarikan matahari. Di Pusat Anti Graviti , kompas tidak berfungsi sama sekali. Ini bagi membolehkan air dan angin dilepaskan daripada terikat dengan ikatan bumi dan flux perkutuban Utara-Selatan. Di point sinilah angin dan air berpusing dan menentukan arus air dan bayu di seluruh dunia.


Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut mengenai bagaiman pusaran ini berlaku, maka anda boleh buat research sendiri. Kerana saya tidak rasa ianya begitu penting untuk di ketahui umum.

Namun bila pusaran ini berlaku, terdapat beberapa bulan dalam setahun yang mana kejadian misteri kerap berlaku di Segitiga Syaitan di seluruh dunia. Antara bulan-bulan yang saya maksudkan ialah bulan Disember-Januari-Februari dan Jun-Julai-Ogos.

Ketika waktu-waktu inilah maka seluruh dunia akan mengkhabarkan kejadian kematian misteri. Sehinggakan ada yang membuat andaian bahawa penunggu di tempat tersebut mahukan darah manusia.


Sejauh manakah tahap kebenaran kisah-kisah misteri segitiga syaitan ini???
Atau ianya suatu cerita dongengan sahaja.
Namun , apa pun pendapat pembaca budiman, kejadian misteri ini terus-menerus berlaku sehingga kini. Nyawa tetap melayang di tempat-tempat tersebut.

Pernahkah saudara-saudari membaca kitab-kitab mengenai sifat syaitan. Antara yang saya kumpulkan ialah :
1. Syaitan berjalan dalam darah manusia.
2. Syaitan berpesta waktu senja.
3. Syaitan suka berada di antara bayangan dengan cahaya.
4. Syaitan suka kepada pertengahan antara sejuk dengan panas.
Dan mungkin banyak lagi sifat syaitan yang saya tidak ketahui. Tetapi secara umumnya, syaitan suka berada di tengah-tengah . Contohnya adalah di waktu pertukaran siang dengan malam. Di waktu senjalah, Nabi s.a.w. minta kita menutupi semua tingkap-tingkap . Ini mungkin kerana khuatirkan pesta-pesta syaitan yang berlaku di luar ditempiaskan ke dalam rumah-rumah kita.

Sekiranya anda perasan kesemua istana-istana sesat di seluruh dunia mempunyai binaan segitiga.
Piramid Firaun
Piramid Inca dan Maya

Jadi ada kemungkinan iblis sangat suka kepada rekabentuk segitiga. Sebab itulah kesemua pusat-pusat misteri mempunyai garisan segitiga sebagai tanda sempadan kejadian.

Jadi bolehlah disimpulkan bahawa syaitan membina istana yang berbentuk segitiga di lokasi-lokasi pusat anti graviti. Para syaitan ini sangat suka untuk mengumpul roh-roh yang mati lemas sebagai koleksi muzium mereka ketika waktu pesta mereka. Waktu pesta mereka ialah waktu ketika arus laut bertukar arah. Begitu juga dengan hal pertukaran arah bayu.

Jadi ada kemungkinan Nabi Daud a.s. mengetahui secara terperinci perkara ini. Maka disebabkan perkara ini, maka dajjal telah dibawa oleh Nabi Daud a.s. merentasi lautan luas terus sahaja menuju ke Segitiga Syaitan di Lautan Syaitan Jepun . Maka di situlah dajjal digari dengan Perintah ALLAH. Nabi Daud a.s. mempunyai mukjizat dapat melentur besi dengan tangan beliau. Maka terikatlah sang dajjal di timur dunia. Al-Jassassah telah diperintah oleh ALLAH untuk menjaga sang dajjal sehinggalah waktu ketika para yahudi illuminati dapat menjumpai pulau tersebut. ALLAH mengizinkan dajjal untuk lepas dari ikatan beliau bagi membolehkan dajjal menjalankan kerja penyesatan akidah Umat Islam .

ALLAH juga mengizinkan Planet Nibiru X untuk terlepas dari orbitnya untuk planet ini muncul di bumi pada tahun 2012 , dan bagi menukarkan flux graviti dalam bumi. Ini supaya bumi dapat diberhentikan ketika kedatangan dajjal nanti. Ketika kemunculan planet merah Nibiru X nanti, Imam Mahdi akan dilantik menjadi Khalifah ALLAH.

Ini semua adalah Perancangan ALLAH yang telah diberitahu oleh Nabi s.a.w. secara hint. Terpulang kpd kita utk mengkajinya secara mendalam.

Roh Bunga Ros


Artikel oleh : Sangtawal Sakranta.


Nabi Muhammad SAW bersabda “ Ada tiga perkara yang aku gemar dalam dunia ini iaitu solat,wanita dan wangian”

Setelah Allah menjadikan Roh Kenabian dari Nur(cahaya)-Nya,Allah menjadikan Roh bunga mawar atau Bunga Ros yang memiliki bau yang sangat harum dan digelar ibu segala wangian.Bila Allah menjadikan Roh kenabian,roh itu terlalu terang dan membakar sinarnya sehingga ia berpeluh,dari peluh Roh inilah Allah menjadikan Roh Bunga Ros.Inilah asas kepada ilmu sains Aromaterapi.

Ramai diantara nabi-nabi terdahulu yang menggunakan bunga-bungaan dan minyaknya sebagai alat penyembuh penyakit.Para sahabat nabi SAW mengakui bahawa tubuh badan nabi SAW adalah berbau sangat harum malah lebih harum dari bau bunga.

Sesiapa yang melihat bunga Ros pasti tersenyum dan merasa gembira.Manusia seluruh dunia menjaga dan memuliakan bunga Ros kerana ia adalah simbol cinta dan kasih sayang.

Nabi Sulaiman a.s adalah orang yang pertama mengetahui sifat-sifat penyembuhan yang ada pada herba dan bunga bungaan.Pada suatu hari ketika nabi Sulaiman sedang mendirikan solat,tiba-tiba tumbuh satu jenis bunga dan memberi salam kepada Nabi Sulaiman a.s lalu menceritakan jenisnya dan kuasa penyembuhan yang ada padanya yang dikurniakan Allah.Begitulah seterusnya semua jenis bunga dan herba yang mempunyai kuasa penyembuhan dan rahsia segala jenis ubat memberitahu hal masing-masing kepada baginda.Oleh itu Nabi Sulaiman a.s adalah manusia yang pertama memiliki ilmu ini yang datangnya dari sisi Allah SWT.


Bunga Ros juga ada rohnya yang tersendiri.Allah SWT telah mengilhamkan sebahagian daripada nabi-nabiNya bagaimana mengeluarkan roh atau pati bunga dari bunga dan ilmu ini ada tersimpan dengan banyak sekali dikalangan orang-orang sufi.


Ahli sufi percaya didalam badan manusia itu ada roh atau zat bunga ros yang sempurna.Zat bunga ros ini berguna untuk menyeimbangkan emosi dan spiritual.
Lambang kesufian itu sendiri adalah bunga Ros(mawar)! Kerana bunga ini dianggap ibu segala wangi wangian dan Ratu Taman Bunga.Keindahan dan keharuman bunga ini dihujung batang yang panjang,kuat dan berduri itu sesuai melambangkan jalan mistik atau tasawuf menuju Allah SWT.

Ros itu sejuk dan kering dalam darjah kedua.Ada kira-kira 300 jenis bunga ros yang digunakan dalam aromaterapi.Yang dikatakan paling baik ialah minyak dari pati bunga Ros Bulgaria.Ada juga sesetengah pendapat yang mengatakan minyak attar bunga ros dari India yang mula-mula diproses itu lebih baik dari attar Bulgaria. Untuk mengeluarkan satu kilogram(2.2 paun) minyak bunga ros memerlukan hampir 60,000 paun kelopak bunga Ros.


Ada sejarah yang mengatakan bahawa orang-orang India lah yang mula-mula mengetahui tentang minyak bunga Ros semasa perkahwinan Shah Jehan yang membina istana Taj mahal untuk isterinya Noor Jehan.Dikatakan disitu ada sebuah taman yang dipanggil taman Shalimar sebagai tanda cinta terhadap isterinya.Pada hari perkahwinan beliau,maharaja Shah Jehan telah memenuhi parit yang mengelilingi istananya dengan air bunga Ros.Bila sinaran matahari yang panas memanaskan air bunga ros itu,maka semerbaklah bau harum menusuk kalbu setiap pengunjungnya kerana minyak dari pati bunga itu terbit dari air ros tersebut. Minyak itu terapung diatas permukaan air lalu semua yang hadir ketika itu boleh menyentuhnya dan membawa pulang bau wangian yang sungguh harum!dari hari itu dikatakan orang-orang India mula mengetahui teknik membuat minyak wangi dari bunga Ros.

Menurut pakar Aromaterapi,wangian yang paling bernilai di dalam alam bunga-bungaan ialah wangian Bunga Ros.Ia boleh bertindak serentak dalam badan, perasaan dan kerohanian.Ia juga boleh membersihkan dan meningkatkan daya fizikal, mental dan kerohanian.Ia adalah minyak yang paling kurang kandungan toksidnya! Satu titik dari minyak bunga ros ini dikatakan berkuasa mewangikan air biarpun ia dilarutkan hingga sejuta kali!

Sesungguhnya bau harum dan wangi itu boleh membuatkan seseorang itu merasa segar,bahagia,tenang,bersemangat dan ceria.

DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER

Buah Durian Belanda

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

p/s:waaaaaa...bagus laaa..kat rumah aku pun ada pokok durian belanda niii..ngeh3..

Aku Dan Internet life...


Assalamualaikum My Frieeennnddd...aku sediiihhh kerana aku akan meninggalkan UKM dalam masa 2 minggu lagii..tapi aku bukannya sedih pasal nak tinggalkan kawan2,tapi aku sedih kerana aku akan meninggalkan something yang aku rasa amat nikmat aku gunakan sepanjang berda di UKM niii, iaitu WIFI UKM JARING...huhuhuuuu...

Waaaa..mcm2 aku da online kat wifi jaring sepanjang aku ada kat UKM niii...bermula dari friendster sampai ke facebook..dari download nota sampai download citer,dari ym sampai ke blog..sumer aku da rasa kat UKM nii..so aku rasa kehidupan aku ngan internet ni tak dapat dipisahkan..aku cadang nak pasang broadband kat rumah bila aku da abis belajar nantii..nampaknya terpaksa laaa aku tong2 ngan angah and uda aku niii..klu dapat broadband nii,bukan aku jee yg dapat serve,diorang pun merasa gaakk..

So,aku end my post kat sini dulu k..aku nak resume my study..jumpa lagi My Frieenndd..Assalamualaikumm...

Ahlan Wasahlan Yaa Imtihaaann...

Assalamualaikum My Frieeenndd..lama bebenor aku tak write something kat blog niii..kini da tiba masa untuk saat yang paling digeruni untuk aku lalui,iaitu examination time..alhamdulillah,sem ni merupakan sem terakhir aku di UKM nii..so,imtihan ni adalah imtihan terakhir untukku sebelum aku get out of this UKM..
So aku taknk laaa cakap banyak2 kali niii...aku mengharapkan doa daripada orang2 yang tersayang di samping aku melipat gandakan usaha aku..dan bertwakal kepadaNya bila kita da mencuba yang terbaik..insyaAllah Allah akan mempermudahkan urusan aku...Amiiinn..kita jumpa nex post k..maaf laa klu blog aku da tak menarik seperti duluuu...(menarik sangat keee..hahahaha..) jumpa lagi my frieendd..Assalamualaikummm...

Thursday, March 18, 2010

Terkenang Sebuah Memori Lalu (SMABT)


Assalamualaikum My Friennd..gambar yg kat atas ni adalah gambar aku ngan kawan2 masa form 2 ngan form 5 dulu kat Sek.Men.Agama Bandar Tenggara..kalau korang expert,carik laaa aku kat mana..(takyah carik,ada nama kat situu..
Time tu aku merupakan ketua pelajar,tapi selalu kena buli ngan budak2,hahahahaaa...anyway,thanks pada kawan aku,Azza kerana sudi upload gambar ni dalam facebook..walaupun aku baru amik gambar nii,tapi gambar ni banyak kenangan dan memori pada aku..aku tertanya tanya,manakah kawan2 aku berada sekarang?diorang kerja apa skrg?da ada keluarga sendiri ke belum?wallahu'alam..
Aku titipkan sebuah harapan kepada kawan2 aku agar walaupun masing2 da buat hal sendiri,tapi sekali sekala datang laaa jenguk2 kat sekolah..jumpa laaa cikgu2 kita,kerana diorang sebenarnya still ingat kat kita..aku rindukan korang semua taauu..
Sampai sini dulu aku boleh titipkan..jumpa lagi k...Assalamualaikum My Frieenndddd..

Monday, March 8, 2010

JiKa InGiN bErTeMaN....


Apabila kau ingin SESEORANG sebagai TEMAN,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya...


Andai kau ingin SESEORANG sebagai TEMAN,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya...


Andai kau inginkan SESEORANG sebagai TEMAN,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya...


Andai kau inginkan SESEORANG sebagai TEMAN,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya...


Andai kau inginkan SESEORANG sebagai TEMAN,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang TEMAN,
Yang hanya manusia biasa...


Kelemahan... Kekurangan... Keburukan...
Kalau itu yang kau boleh terima dari seorang TEMAN,
Tidak mustahil kau akan memperolehi keseimbangan dalam berteman
Kerana kau juga tidak sempurna,
Dan
Tiada siapa yang sempurna...

Sunday, March 7, 2010

Saya Sayang Awek Saya...


Saya suka tengok jari awek saya...
Cantik betul...
Sungguh!Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other
Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...
.
Saya suka tengok rambut awek saya..
.Cantik betol...
Sungguh!Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
Di suatu hari yang giler forever
.
Saya suka tengok body awek saya....
Cantik betol...
Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama
Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala.
Pheh syoknye...
.
Saya sedih tengok awek saya
Tak tido, tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak,
Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...
.
Saya sedih tengok awek saya
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, drive elok-elok tau..Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya....
Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu
Die tak kata satu aper pun...
Berdosanye saya....
.
Kesimpulannya saya memang sayang dia....
Nak jumper die giler forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...
Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami.....
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...
.
P/s - andai anda seorang wanita muslimah...
Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu....
Then kalu anda seorang muslim...
Apa kata tanamkan dalam hati camtu...
Cinta tu anugerah Allah......
Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye.....
Semoga saya pun ambik iktibar gak....
Related Posts with Thumbnails