Assalamualaikum My Frieeennnddd!!! Ok..hari ni aku nak citer pasal suatu penulisan atau artikel yang sememangnya akan memecahkan perut korang dan ianya akan menular sampai ke pundi2 yang berkaitan di badan korang...aku nak citer pasal peribahasa yang dilawakkan oleh pihak2 yang tak bertanggungjawab (sebenarnya ni just utk hiburan jeee..kikiki..)
Aku mula minat ngan peribahasa lawak ni sejak aku dengar segmen Rockarena di THR lama daa,dlm 7 tahun lepas..sebelum citer ni start,biasanya akan dimulakan dengan doa yang unik oleh DJnya,Ismahalil Hamzah..(sila rujuk pada artikel aku yang sebelum ni)..kemudian,terdengar laa peribahasa lawak yang bukan sahaja buat aku tergelak,tapi satu family aku senak perut pasal niii..hahahaa..
Kata pepatah, 'Bahasa Jiwa Bangsa'..tapi,bila mana kes ini berlaku,maka kata pepatah tu da tak sesuai digunakan lagi..senang citer,Lu Pikiiiirr La Sendiriii..(Fuh,ayat nabil tuu..)ok,kat sini aku muatkan sebanyak 45 peribahasa lawak yg korang boleh tengok,tp jangan amik faedah daripadanya k..selamat melihat..
Ini die...:
1. Kecil tapak tangan, tapak sulaiman saya tadahkan.
2. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah.
3. Siapa yang makan nangka,dia yg dpt biji nangka.
4. Pucuk di cite Ismet Ulam Raja.
5. Sepandai2 tupai melompat, akhirnya tak dpt masuk olimpik juga.
6. Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian cukai pendapatan.
7. Tak lapuk dek hujan,tak lekang macam rambutan.
8. Tiada rotan,pelempang pun berguna juga.
9. Biar lambat asalkan tak cepat .
10. Biar putih tulang,jangan kuning gigi.
11. Di mana ada gula,di situ adalah gula-gula.
12. Jauh dimata,dekat di mata-mata.
13. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi Abu Bakar.
14. Carik2 bulu ayam,lama2 jadi shuttlecock.
15. Secupak takkan jadi 18 cupak.
16. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan dunia.
17. Sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula makanan di dalam mulut.
18. Harapkan pagar,pagar tak boleh diharap.
19. Habis madu,sepah jgn di buang merata-rata.
20. Alang2 mandi,biar guna sabun .
21. Ayam terlepas tangan berbau ayam.
22. Berani kerana benar,takut kerana penakut.
23. Berapa berat mata memandang,berat lagi seguni beras.
24. Cubit paha kanan,peha kiri tak rasa apa-apa pun.
25. Diam2 ubi berisi,diam2 orang bisu .
26. Hendak seribu daya,tak hendak tak apa .
27. Hidung tak mancung,gigi macam kereta sorong.
28. Hidup segan,mati ditanam.
29. Ikut hati mati,ikut rasa merasa.
30. Ikut resmi padi semakin berisi,semakin byk burung mari.
31. Kerbau dipegang pada talinya,manusia dipegang pada tangannya.
32. Lembu punya susu,cap teko dpt nama.
33. Patah tumbuh hilang report polis.
34. Sambil menyelam tengok kapal selam.
35. Sehari selembar benang,lama2 benang habis.
36. Jika kail panjang sejengkal,beli le yg panjang sikit kalau nak mengail dilaut.(beli le pukat tunda lagi baik )
37. Membujur lalu melintang pukang.
38. Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih baik kalau hari tak hujan.
39. Sebab pulut santan binasa,sebab mulut pulut pun habis.
40. Kecil-kecil cili padi,kecil lagi biji cili.
41. Kalau sudi katakan sudi,kalau tak sudi boleh blah.
42. Alang2 menyeluk perkasam,biar sampai jadi masam.
43. Paku dulang paku serpih,paku dinding pucuk paku.
44. Kalau takut dilambung ombak,jangan cuba nak naik bot.
45. Air yang tenang jangan disangka tiada ikan.
So,macam mana?da terkeluar ke buah pinggang drpd badan korang?klu belum,tu tanda korang tak normal,kikikikiii..gurau jee..Ok,sampai sini saje yang dapat aku coretkan buat masa nii..apapun,jagalah bahasa Malaysia seperti mana anda menjaga bahasa Tamil,bahasa Cina,dan sesedara dengannya..jumpa lagi,assalamualaikum..You're My Frieeenndd Daaaa...!!
Simpulan Bahasa ( T )
-
1. Tahan Hati
Maksud: Cekal.
Contoh Ayat: Dia tahan hati menghadapi semua cabaran yang menimpa dirinya.
2. Tahi Air
Maksud: Sampah yang mengapung di atas a...
4 years ago
hahaahaaa..poyo la pribahase tu
ReplyDeletekikikikiii...mmg pun kak...
ReplyDeletejust for entertainment je k...