Sunday, October 11, 2009

Aku & Masa Depanku...Kalau Prihatin,Baca...



Assalamualaikum My Frieenndd..Rasa2nya lama daaa aku tak citer pasal diri aku nii..(ade kee yg nk tau?hahahaha..)apepun,aku kat sini always sempoi wlupun kepala kusut dan jiwa kacau kerana assignment dan tesis yang berlambak,kuikuikuii..
Haaa..ni aku nak citer skit..dlm minggu lepas,aku ada bukak Group PIPAQ..pastu aku bukak bhgian Discussion..skali aku ade jumpa satu berita untuk bakal2 pendidik seperti aku..nak tau ape diee?jom kiter terjah!!!

Berita Terbaru Buat Para Pendidik

Tanjong Malim, 4 Oktober – Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.

Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam.

Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.

Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.

Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke upsikini@gmail.com, pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah.

Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini.

Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara.

Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut daripada TNC Akademik sendiri supaya tidak berlaku kekeliruan.

“Isu ini boleh menjadi isu nasional, bukan hanya melibatkan UPSI sahaja, jadi lebih baik kalau saya dapatkan dulu penjelasan secara terperinci daripada Prof. Dr. Zakaria dan Bahagian Akademik supaya maklumat sebenar dan tepat diperoleh sebelum saya mengulas lanjut.

“Kita tak mahu isu ini menjadi sebab untuk kita bertelagah, apa yang penting selepas kita mendapatkan maklumat tersebut, kita akan fikirkan penyelesaiannya. Jadi semua pihak diharap dapat bersabar”, jelasnya.


Ringkasnya,aku amat shocked skali laaa..pastu ade laaa aku dengar yang member2 aku nak amik master laa..nak berniaga laaa...persoalan aku yang pertama,mana gi semangat korang sebagai pelajar2 fakulti pendidikan UKM?mana gi semangat korang setelah kita susah2 nk apply fakulti pendidikan ni?mana gi semangat korang setelah kita susah jalani pra-praktikum ngan praktikum?sekarang nii kita ngah susah2 buat tesis kan..tapi kalau korang da pasang hajat nak sambung master terus kee,nak kerja lain kee,nak berniaga kee tanpa set diri tu nak jadik GPI,gua rasa baik lu all takyah masuk fakulti pendidikan UKM..baik korang amik koz lain,kan senang..sorry sgt2 pasal ayat aku kasar,tp ni laaa hakikatnya..

Senang citer,aku tak pernah putus asa berharap agar citer2 aku nak jadik guru tercapai..jiwa aku da sebati dengan pekerjaan guru nii..klu aku nk amik master,aku nak make sure that aku nak kerja dulu,kumpul duit..baru boleh amik master..kepada saper2 yang baca blog aku nii,ni laaa pendirian aku..(kat entry profile group PIPAQ aku pun korang dengar lagu Kami Guru Malaysia kan?)

Sampai sini laaa yang aku boleh coretkan kat sini..nantikan my next warkah k..apapun,You're My Frieeenndd Daaaa!!!! Assalamualaikum W.b.t..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails