Wednesday, October 21, 2009

Gambarku Yang Terlebih Cute..hahahahaa..












Mungkin kalau korang tengok,koramg cakap aku ni perasan hensem laaa,fotogenik laaa..tapi bagi aku,kehenseman itu dikira kalau kita cukup sifat fizikal,mental and spiritual..lagipun,kawan aku yang muka die macam tapir laut pun boleh dapat awek cun gileerr..so,takleh laaa kalau nak cakap aku ni prasan hensem...hahahahaa...hargailah muka anda selagi masih blum tua,kuikuikuiii...

Kenangan Time Study Week

Assalamualaikum My Frieenndd!!! kali ni aku nak share ngan korang tentang apee yang aku buat sepanjang time study week nii..bab kata mahasiswa,study week nii adalah time untuk revision subjek exam..tapi bagi aku,aku kurang mood untuk reivise subjek time study week nii,so aku relax jee..hahahahaaa..

Masa hari jumaat lepas (16 oktober 2009)aku balik rumah aku dengan my wife..tp my wife balik laaa segamat,takkan nak ikut aku kot.kui3..sampai kat rumah,aku terus relax2 and main2 ngan kucing aku,Kuning...



Kuning nii keciik jee,tapi da bunting...(kucing bohsia niii...)hari2 tido,makan dan buang air..hari2 kena belikan cat food untuk diee..boleh kayap macam niii..So,aku kat rumah niii takde laaa buat pape sangat..jadi anak dara sepenuh masa..mengemas rumah,basuh baju,memasak,dll..
Tapi dalam banyak2 aktiviti yang aku buat nii,ada satu aktiviti yang best sangat2,iaitu makan jambu sambil minum air kelapa..hahahaha..disebabkan rumah aku ada banyak pokok kelapa,so memang kitorang melantak kelapa je laaa..here's the photo..



Ni adalah antara jambu2 yang bakal dibedal oleh aku dan keluarga..ni baru jambu,belum air kelapa lagi,kui3...





haaaa...da tengok kan?terliur sioot aku tengok..korang tak kee?hahahahaa...lepas kitorang bedal jambu ngan air kelapa.aku gi kacau2 si Kuning tuuu..tapi dia boleh tido pulaaaakk...




Sejak si Kuning ni bunting,asyik tidooo jeee...sapeer entah yang ajar diee banyak time bunting2 niii?cube2 laaa bawak bersenam skit Kuning oooiii..haaaa,saper nak tengok Jay Jay versi Bandar Tenggara?ni dieeee..



Ni adik aku,Rahman..die ni kalau lepas balik daripada kerja,bedal gitar..bedal gitar..bedal gitar..pakai topi kerja kilang Ayamas pulak tuu...tak heran laaa kalau sebijik macam Jay Jay,kikikiii...

Ok laaa,sampai sini aku coretkan dulu tenang kenangan time study week (nama jee study week,tapi baca buku,haraaammm...)hahahahaaa...jumpa lagi kalian sumeee...apepun,You're My Frieeennddd Daaaa!!!! Assalamualaikum....

Wednesday, October 14, 2009

Selamat Hari Jadi Pada Aku & Wife!!!!


Selamat Hari Jadiii...Selamat Hari Jadiii...Selamat Hari Jadiii aku and wifeeyyy..Selamat Hari Jadiii...heee,alhamdulillah,hari nii (15 Okt 2009)aku da berusia 22 tahun..enam hari lepas (9 Okt 2009)adalah hari jadi wife aku,kikikiii...kitorang da berusia 22 tahun secara rasmii..apapun aku mengharapkan agar usia 22 tahun aku nii membawa kebaikan,rezeki yang melimpah ruah untuk aku dan wifey,insyaAllah...

Kita Berlawak Balik!!!

Assalamualaikum My Friieenndd..rasanya lama daa aku tak berlawak kat blog niii..apepun,aku nak berlawak kt blog nii pasal mcm terasa panas pulak kt blog nii dengan post aku yang sebelumnya..(hahahahaa..)ok,kita bukak citer yang baru k..
Sesungguhnya manusia pada hari ini amat bijak dalam menilai sesuatu yang baru atau yang update ataupun yang latest di pasaran..tapi kn,hari ni juga ada manusia yang terlebih bijak sehinggakan 'kebijakan' mereka diguna pakai dalam kehidupan seharian sama ada kereta atau sebagainya..ni aku ada selitkan gambar2 lawak yang berkaitan dengan ape yang aku kaitkan niii..selamat ketawa!!!















Haaa...amacam?rasa2nya ada lagi tak buah pinggang dalam badan korang ataupun da terkeluar?hahahahaaa..apepun,aku akan dapatkan lagi gambar2 lawak macam nii..tak kisah laaa gambar lawak kee,seram ganas kee,gambar renungan kee,janji blog aku ada pengisian untuk tatapan korang..jumpa lagi..Assalamualaikum My Friieeennnd!!!!

Sunday, October 11, 2009

Aku & Masa Depanku...Kalau Prihatin,Baca...



Assalamualaikum My Frieenndd..Rasa2nya lama daaa aku tak citer pasal diri aku nii..(ade kee yg nk tau?hahahaha..)apepun,aku kat sini always sempoi wlupun kepala kusut dan jiwa kacau kerana assignment dan tesis yang berlambak,kuikuikuii..
Haaa..ni aku nak citer skit..dlm minggu lepas,aku ada bukak Group PIPAQ..pastu aku bukak bhgian Discussion..skali aku ade jumpa satu berita untuk bakal2 pendidik seperti aku..nak tau ape diee?jom kiter terjah!!!

Berita Terbaru Buat Para Pendidik

Tanjong Malim, 4 Oktober – Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.

Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam.

Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.

Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.

Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke upsikini@gmail.com, pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah.

Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini.

Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara.

Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut daripada TNC Akademik sendiri supaya tidak berlaku kekeliruan.

“Isu ini boleh menjadi isu nasional, bukan hanya melibatkan UPSI sahaja, jadi lebih baik kalau saya dapatkan dulu penjelasan secara terperinci daripada Prof. Dr. Zakaria dan Bahagian Akademik supaya maklumat sebenar dan tepat diperoleh sebelum saya mengulas lanjut.

“Kita tak mahu isu ini menjadi sebab untuk kita bertelagah, apa yang penting selepas kita mendapatkan maklumat tersebut, kita akan fikirkan penyelesaiannya. Jadi semua pihak diharap dapat bersabar”, jelasnya.


Ringkasnya,aku amat shocked skali laaa..pastu ade laaa aku dengar yang member2 aku nak amik master laa..nak berniaga laaa...persoalan aku yang pertama,mana gi semangat korang sebagai pelajar2 fakulti pendidikan UKM?mana gi semangat korang setelah kita susah2 nk apply fakulti pendidikan ni?mana gi semangat korang setelah kita susah jalani pra-praktikum ngan praktikum?sekarang nii kita ngah susah2 buat tesis kan..tapi kalau korang da pasang hajat nak sambung master terus kee,nak kerja lain kee,nak berniaga kee tanpa set diri tu nak jadik GPI,gua rasa baik lu all takyah masuk fakulti pendidikan UKM..baik korang amik koz lain,kan senang..sorry sgt2 pasal ayat aku kasar,tp ni laaa hakikatnya..

Senang citer,aku tak pernah putus asa berharap agar citer2 aku nak jadik guru tercapai..jiwa aku da sebati dengan pekerjaan guru nii..klu aku nk amik master,aku nak make sure that aku nak kerja dulu,kumpul duit..baru boleh amik master..kepada saper2 yang baca blog aku nii,ni laaa pendirian aku..(kat entry profile group PIPAQ aku pun korang dengar lagu Kami Guru Malaysia kan?)

Sampai sini laaa yang aku boleh coretkan kat sini..nantikan my next warkah k..apapun,You're My Frieeenndd Daaaa!!!! Assalamualaikum W.b.t..

Monolog An-Nisa'



Aku ingin menjadi bunga segar
Yang mekar mewangi di taman
Ingin dipagari duri-duri tajam
Agar tiada yang berani menyentuh apatah lagi mendekati
Tanpa sebab yang menghalalkan.

Aku ingin berasa aman
Dalam indah taman
Tenang tanpa gusar
Gembira tanpa hiba,
Aku ingin sentiasa dihujani rahmat Tuhan
Ingin diiringi keredhaanNya
Dipayungi bawah awan lindunganNya
Agar selamat daripada panahan syaitan
Agar sejahtera daripada fitnah duniawi,

Tapi..
tatkala ini jiwa telah gelora
maka iman turut terkocak gelombang

Setibanya teguran Tuhan
Aku tersentak...


Baru kusedar keseronokan,
keindahan dan kebahagiaan yang aku kecapi
Terpesong dari landasan syariatNya
Lalu..
jiwa ini meronta saban hari
Minta dibebaskan daripada belenggu dosa noda
Sesaat tak terpadam ingatan dosa lalu
Yang semakin menimbun dalam catatan amalku...
Terbit nur insaf dari hati yang mulus
Syukur Tuhan masih menyayangi
Mujur tak tercampak ke lembah hina dan berlarutan dalam dosa
Kuyakin di langit sana masih luas terbuka
keampunan keredhaan dan rahmatNya..
Dan,sekali lagi ku utuhkan azam
aku ingin menjadi bunga segar yang mekar mewangi di taman
menanti hadir insan yang selayaknya memetikku menjadi hiasan hidupnya...

Saturday, October 3, 2009

Urutan Ayat-Ayat Ruqyah

Salam My Frieeenndd..haaa,ni sy ada bekalkan kepada my friend2 ayat2 Ruqyah (Ayat2 Jampi)..Ayat2 ni dibaca ketika berubat..petua2 berubat ada kat post sebelumnya..harap2 boleh dijadikan ilmu yang berguna kepada kita semua k..

Urutan Ayat-Ayat Ruqyah

1. Surah Al-Fatihah-Seluruhnya

2. Surah Al-Baqarah-Ayat 1-5

3. Surah Al-Baqarah-Ayat 102

4. Surah Al-Baqarah-Ayat 163-164

5. Surah Al-Baqarah-(Ayatul Kursi)

6. Surah Al-Baqarah-Ayat 285-286

7. Surah Ali Imran-Ayat 18-19

8. Surah Al-'Araf-Ayat 54-56

9. Surah Al-'Araf-Ayat 117-122

10. Surah Yunus-Ayat 81-82

11. Surah Toha-Ayat 69

12. Surah Al-Mukminun-Ayat 115-118

13. Surah As-Soffaat-Ayat 1-10

14. Surah Al-Ahqaaf-Ayat 29-32

15. Surah Ar-Rahman-Ayat 33-36

16. Surah Al-Hasyr-Ayat 21-24

17. Surah Al-Jin-Ayat 1-9

18. Surah Al-Ikhlas-Seluruhnya

19. Surah Al-Falaq-Seluruhnya

20. Surah An-Naas-Seluruhnya

CARA BETUL MELAKUKAN PERUBATAN


SIFAT-SIFAT YANG HARUS ADA BAGI ORANG YANG AKAN MELAKUKAN PENGUBATAN

1.Harus mempunyai akidah yang benar, bersih dan jernih.
2.Harus mewujudkan tauhid yang murni, baik dalam ucapan mahupun dalam perbuatan.
3.Harus mempunyai keyakinan bahawa firman Allah sangat berpengaruh untuk menghalau jin dan syaitan.
4.Harus mengetahui hal ehwal jin dan syaitan.
5.Harus mengetahui tempat-tempat pintu masuk jin dan syaitan.
6.Orang yang akan mengubati sebaiknya orang yang sudah menikah.
7.Harus menjahui perkara yang diharamkan, kerana dengan perkara yang haram tersebut syaitan menyerang manusia.
8.Harus mengerjakan dan melaksanakan berbagai macam ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, kerana amal tersebut akan dapat mengalahkan syaitan.
9.Harus sentiasa mengingat Allah Yang Maha Agung, berzikir kepada-Nya, kerana zikir adalah merupakan benteng yang sangat kukuh dalam menghadapi syaitan yang terkutuk. Semuanya ini tidak akan dapat dilaksanakan jika tanpa mengetahui berbagai macam zikir dan doa harian sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. serta sentiasa mengamalkannya, seperti doa masuk rumah dan masjid, doa keluar dari rumah dan masjid, doa waktu mendengar suara ayam berkokok, doa ketika mendengar suara keldai, doa pada waktu melihat bulan purnama, doa waktu naik kenderaan dan sebagainya.
10.Harus sentiasa memagar diri dengan cara mendekatkan diri kepada Allah.

AYAT-AYAT PAGAR DIRI SEBELUM MEMULAKAN PENGUBATAN

Sebelum memulakan rawatan, pagar diri anda dan mintalah pertolongan dari Allah S.W.T dengan membaca Al-Istiadzah dan ayat-ayat di bawah ini :-

أَعُوْذ ُباِللَّهِ مِنَ الشَّيْطَا ِن الرََّجِيْمِ
Aku berlindung dari Allah dari syaitan yang direjam.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَِن الرَّحِيْمِِ
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Dengan nama Allah aku bertawakal kepada-Nya. Tiada upaya dan kekuatan (atas kami) melainkan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi.

AYAT INI DIULANG BACAANNYA SEBANYAK TIGA KALI

Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya akan terhalanglah segala di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.



Aku berlindung dengan kalimah-kalimah (ayat-ayat) Allah yang sempurna dari semua kejahatan yang dicipta-Nya.

KEMUDIAN MULAKANLAH PENGUBATAN

CARA PERTAMA : SEBELUM PENGUBATAN DILAKUKAN

1.Menyiapkan keadaan yang benar. Keluarkanlah gambar-gambar yang ada di dalam rumah, kerana dengan demikian malaikat akan berkenan masuk ke dalam rumah.
2.Mengeluarkan serta membakar segala bentuk azimat yang ada pada orang yang terkena kerasukan tersebut.
3.Membersihkan tempat dari lagu-lagu dan bunyi alat muzik.
4.Membersihkan tempat dari perkara yang akan melanggar syariat, seperti orang lelaki yang memakai emas dan perempuan yang tidak tutup aurat.
5.Memberi pelajaran tentang akidah kepada orang yang kerasukan jin tersebut serta keluarganya, sehingga menghapuskan rasa ketergantungan hatinya kepada selain Allah.
6.Menjelaskan tentang cara pengubatan yang dilakukan tidaklah sama dengan pengubatan tukang sihir atau dukun, kemudian menjelaskan pula bahawa di dalam Al Qur'an terdapat ubat penawar serta rahmat, sebagaimana yang telah diberitahukan oleh Allah S.W.T.
7.Memerhatikan keadaan dengan mengadakan beberapa pertanyaan kepada orang yang terkena kerasukan jin tersebut serta melihat tanda-tandanya. Pertanyaan-pertanyaan tersebut misalnya :

oApakah engkau melihat beberapa ekor binatang dalam mimpi?
oBerapa ekor binatangkah yang kamu lihat?
oApakah dalam mimpimu itu ada binatang yang mengejarmu?
oApakah mimpimu itu adalah mimpi yang menakutkan?
oApakah mimpimu itu seolah-olah kamu merasakan akan jatuh dari tempat yang sangat tinggi?
oApakah dalam mimpimu itu kamu berjalan di tempat yang menakutkan?

Teruskanlah dengan pertanyaan tentang semua tanda-tanda pada waktu tidur dan pada waktu sedar (jaga) sehingga kita yakin bahawa orang yang akan diubati itu memang benar-benar kerasukan jin. Dari pertanyaan-pertanyaan yang diberikan kita dapat mengira berapa jumlah jin yang menganggunya. Misalnya, setiap ia bermimpi ia selalu melihat dua ekor ular, ini bererti ada dua jin yang mengganggunya.
Demikianlah jika jin yang ada di dalam tubuh seseorang itu tidak mahu berbicara. Akan tetapi jika telah dijelaskan tentang dirinya dan berkata melalui lidah orang yang kerasukan jin tersebut, maka tidak perlu lagi dilakukan pertanyaan-pertanyaan seperti tersebut di atas, kerana perkaranya sudah jelas.
8.Sebelum melakukan pengubatan dianjurkan berwhuduk terlebih dahulu begitu juga jika ada orang yang bersama dengan anda.
9.Jika yang akan diubati itu adalah seorang perempuan, janganlah anda memulai pengubatannya sebelum orang yang akan diubati itu berpakaian menutup aurat.
10.Janganlah anda melakukan pengubatan terhadap seseorang perempuan jika tanpa disertai oleh muhrimnya.
11.Janganlah anda memasukkan seorang perempuan (seperti ke dalam bilik) jika tanpa disertai oleh muhrimnya.
12.Berdoalah kepada Allah, semoga Allah membantu anda untuk mengeluarkan jin dari tubuh orang yang sedang diubati tersebut

Tanda-Tanda Tok Bomoh Menggunakan Khadam / Jin Dalam Perubatan


Kebanyakan daripada orang-orang Melayu sangat mempercayai Tok Bomoh sehingga mereka tidak dapat membezakan di antara Tok Bomoh yang hak dan yang batil ( yang menggunakan pertolongan Khadam dalam pengubatan mereka ). Keadaan ini berlaku kerana mereka jahil tentang ajaran Islam yang sebenarnya, oleh itu mereka mudah di tipu oleh lakunan yang dimainkan oleh Tok Bomoh palsu ini. Sebagai panduan diperturunkan serba ringkas contoh-contoh Tok Bomoh yang menggunakan pertolongan khadam dalam pengubatan mereka. Antara tanda-tanda tersebut dapat kita lihat melalui salah satu dari perkara-perkara berikut, antaranya :-

A )Cara berpakaian semasa mereka berjampi.

Biasanya semasa berjampi Tok Bomoh atau Tok Pawang yang bersahabat dengan khadam ini memakai pakaian khas, antaranya seperti :-
•Memakai baju dan seluar yang bewarna hitam dengan melilit kain hitam di kepala atau memakai tengkolok bewarna hitam dan sebagainya.
•Memakai jubah. Kadangkala bewarna putih dan kebiasaanya bewarna kuning, kononnya dia dari keturunan raja. Terdapat juga yang memakai jubah hijau kononnya beliau bersahabat dengan Jin Islam.
•Terdapat juga yang berpakaian baju Melayu, berkain pelikat dan bersongkok atau berketayap.
•Ada juga yang berambut panjang, yang kononnya beliau berketurunan dari Jawa, Sumatera dan sebagainya.

B ) Mengubat Pesakit dengan Cara Menurun/Menyelap.

Sebelum menurun biasanya Tok Bomoh akan membaca beberapa serapah, jampi atau mentera tertentu dan ada kalanya membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga yang memegang keris dan mengasapkanya pada asap kemian. Dalam beberapa saat sahaja masuklah Jin ke dalam tubuh Tok Bomoh tersebut. Ada yang mengeletar, ada yang berguling-guling dan sebagainya, ketika di masuki oleh Jin khadam mereka itu.
Suara dan raut wajah mereka juga akan bertukar. Sesetengahnya kelihatan sangat tua dan berkedut, manakala suara mereka juga terketar-ketar dan sangat perlahan dan adakalanya susah untuk di fahami, ini kerana Jin sahabat mereka itu sudah tua. Matanya kadang-kala pejam dan suka tunduk ke bawah. Suara juga sudah berubah dan mengikut jenis dan dari tempat mana Jin itu berasal. Kalau Indonesia, ia akan bercakap bahasa Indonesia atau bahasa Jawa, begitulah seterusnya. Biasanya ucapan Jin tersebut di mulai dengan katanya " Assalamualaikum, apa hajat cucu ku datang ke mari / memanggil ku ? "

C) Tanpa Menurun / Menyelap.
Terdapat juga Tok Bomoh yang mempunyai khadam daripada gulungan Jin yang memanggil Jin khadam mereka tanpa menurun. Cara rawatan tersebut dapat dilakukan dengan berbagai cara antaranya :-

•Dengan meletakkan air, limau dan sintuk atau barang-barang lain yang difikirkan perlu di hadapannya.
•Terdapat juga Tok Bomoh jenis ini yang menilik terlebih dahulu, seperti dengan menggunakan limau dan menggolekkanya atau membelahnya kemudian dilepaskan kedalam air dan melihat limau tersebut samada terbalik atau tertiarap. Mereka juga kadangkala menggunakan mangkuk putih yang diisikan dengan air sambil menilik dan membuat ramalan. Terdapat juga Tok Bomoh yang menggunakan jarum yang diletakkan di atas air dan jarum tersebut akan berpusing dan sebagainya.

D) Membelah Batin.

Pertolongan daripada khadam juga digunakan oleh Tok Bomoh-Tok Bomoh yang dapat membelah batin pesakitnya tanpa menggunakan sebarang alatan pembedahan seperti pisau dan sebagainya. Walaupun kadang-kala Tok Bomoh jenis ini juga menggunakan pisau tetapi tiada kesan luka yang dapat di lihat di badan pesakit. Pesakit akan merasai seolah-olah seperti di bedah dan dapat merasai kesan darah dan sebagainya. Setelah selesai melakukan pembedahan batin ini, Tok Bomoh tersebut biasanya akan menggunakan daun sireh atau limau nipis untuk menyempurnakan pembedahan ghaibnya.
Sebenarnaya kita boleh menggunakan Khadam dalam melakukan pekerjaan kita dengan syarat-syarat berikut, antaranya :-

1.Tidak terikat dengan mana-mana syarat daripada Khadam
2.Tidak menggunakan Tanasukh Aruah ( Menurun )
3.Kelakuan yang tidak menyalahi syarak ketika melakukan rawatan
4.Perawat telah mantap pegangan dan kefahaman Akidah, Akhlak dan Syariat.

Sebenarnya tidaklah salah jika kita ingin menjadi Tok Bomoh, tok dukun atau Mak Bidan, malahan Islam juga menggalakkan umatnya menceburi Bidang tersebut, kerana Bidang tersebut merupakan salah satu daripada Fardhu Kifayah tetapi biarlah cara dan amalan serta kaedahnya itu merupakan sesuatu yang diharuskan oleh syarak dengan mengikuti contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, bukannya yang di terima melalui mimpi, menggunakan pertolongan khadam yang terdiri daripada para Jin dan sebagainya.

Tok Bomoh yang Makan Upah.

Terdapat sejenis Tok Bomoh lagi yang amat bahaya dalam masyarakat Melayu, yang kerjanya hanyalah untuk menimbulkan kesusahan dan huru hara kepada orang lain. Tok Bomoh jenis ini lebih di kenali sebagai Tok Bomoh yang makan upah. Tok Bomoh jenis ini kebiasaannya mempunyai khadam daripada golongan Jin Islam yang fasik dan Jin Kafir serta kuncu-kuncu mereka.
Mereka menggunakan perkhidmatan Jin-Jin tersebut untuk menganiayai manusia lain atas sebab-sebab tertentu, antaranya seperti iri hati, hasad dengki atau cemburu atas kejayaan orang lain samada dalam bidang perniagaan, pekerjaan, persekolahan atau marah kepada orang atasan kerana tidak terpilih untuk kenaikan pangkat atau tidak memenangi tender dan sebagainya. Terdapat juga mereka yang menggunakan Tok Bomoh jenis ini bagi membalas dendam sebab sakit hati kerana di hina, di kutuk atau kerana senda gurau yang berlebihan.
Terdapat juga sesetengah orang yang menggunakan perkhidmatan Tok Bomoh ini semata-mata kerana marah atau benci kepada orang lain di sebabkan kekayaan orang tersebut atau iri hati melihat orang tersebut lebih berada daripadanya atau marah kerana kesombongan orang lain terhadapnya dan lain-lain lagi.
Kebanyakan kes yang dijadikan alasan oleh sesetengah orang yang mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh jenis ini kebiasaanya berhubung dengan masalah rumah tangga contohnya seperti untuk menundukkan suami atau isteri yang terlalu garang, meruntuhkan rumah tangga orang lain, supaya dirinya nampak cantik dan di sayangi oleh suami ( dalam kes si suami yang berpoligami ), kerana pinangannya di tolak oleh pihak keluarga wanita atau kekasihnya di rampas oleh lelaki lain dan sebagainya.

Sihir Dalam Masyarakat Melayu



Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.

Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-
• Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
• Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
• Polong : Bagi menghisap darah mangsa
• Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.
Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.

JENIS-JENIS SIHIR

PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir.

TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

SAKA ( KETURUNAN )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.
Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.
Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.
Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.
1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )

Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur'an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah...... Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah....
Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagian tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya.....
Related Posts with Thumbnails