Thursday, February 26, 2009

Aku Dan Peribahasa yang Dirosakkan...

Assalamualaikum My Frieeennnddd!!! Ok..hari ni aku nak citer pasal suatu penulisan atau artikel yang sememangnya akan memecahkan perut korang dan ianya akan menular sampai ke pundi2 yang berkaitan di badan korang...aku nak citer pasal peribahasa yang dilawakkan oleh pihak2 yang tak bertanggungjawab (sebenarnya ni just utk hiburan jeee..kikiki..)
Aku mula minat ngan peribahasa lawak ni sejak aku dengar segmen Rockarena di THR lama daa,dlm 7 tahun lepas..sebelum citer ni start,biasanya akan dimulakan dengan doa yang unik oleh DJnya,Ismahalil Hamzah..(sila rujuk pada artikel aku yang sebelum ni)..kemudian,terdengar laa peribahasa lawak yang bukan sahaja buat aku tergelak,tapi satu family aku senak perut pasal niii..hahahaa..
Kata pepatah, 'Bahasa Jiwa Bangsa'..tapi,bila mana kes ini berlaku,maka kata pepatah tu da tak sesuai digunakan lagi..senang citer,Lu Pikiiiirr La Sendiriii..(Fuh,ayat nabil tuu..)ok,kat sini aku muatkan sebanyak 45 peribahasa lawak yg korang boleh tengok,tp jangan amik faedah daripadanya k..selamat melihat..
Ini die...:
1. Kecil tapak tangan, tapak sulaiman saya tadahkan.
2. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah.
3. Siapa yang makan nangka,dia yg dpt biji nangka.
4. Pucuk di cite Ismet Ulam Raja.
5. Sepandai2 tupai melompat, akhirnya tak dpt masuk olimpik juga.
6. Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian cukai pendapatan.
7. Tak lapuk dek hujan,tak lekang macam rambutan.
8. Tiada rotan,pelempang pun berguna juga.
9. Biar lambat asalkan tak cepat .
10. Biar putih tulang,jangan kuning gigi.
11. Di mana ada gula,di situ adalah gula-gula.
12. Jauh dimata,dekat di mata-mata.
13. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi Abu Bakar.
14. Carik2 bulu ayam,lama2 jadi shuttlecock.
15. Secupak takkan jadi 18 cupak.
16. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan dunia.
17. Sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula makanan di dalam mulut.
18. Harapkan pagar,pagar tak boleh diharap.
19. Habis madu,sepah jgn di buang merata-rata.
20. Alang2 mandi,biar guna sabun .
21. Ayam terlepas tangan berbau ayam.
22. Berani kerana benar,takut kerana penakut.
23. Berapa berat mata memandang,berat lagi seguni beras.
24. Cubit paha kanan,peha kiri tak rasa apa-apa pun.
25. Diam2 ubi berisi,diam2 orang bisu .
26. Hendak seribu daya,tak hendak tak apa .
27. Hidung tak mancung,gigi macam kereta sorong.
28. Hidup segan,mati ditanam.
29. Ikut hati mati,ikut rasa merasa.
30. Ikut resmi padi semakin berisi,semakin byk burung mari.
31. Kerbau dipegang pada talinya,manusia dipegang pada tangannya.
32. Lembu punya susu,cap teko dpt nama.
33. Patah tumbuh hilang report polis.
34. Sambil menyelam tengok kapal selam.
35. Sehari selembar benang,lama2 benang habis.
36. Jika kail panjang sejengkal,beli le yg panjang sikit kalau nak mengail dilaut.(beli le pukat tunda lagi baik )
37. Membujur lalu melintang pukang.
38. Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih baik kalau hari tak hujan.
39. Sebab pulut santan binasa,sebab mulut pulut pun habis.
40. Kecil-kecil cili padi,kecil lagi biji cili.
41. Kalau sudi katakan sudi,kalau tak sudi boleh blah.
42. Alang2 menyeluk perkasam,biar sampai jadi masam.
43. Paku dulang paku serpih,paku dinding pucuk paku.
44. Kalau takut dilambung ombak,jangan cuba nak naik bot.
45. Air yang tenang jangan disangka tiada ikan.

So,macam mana?da terkeluar ke buah pinggang drpd badan korang?klu belum,tu tanda korang tak normal,kikikikiii..gurau jee..Ok,sampai sini saje yang dapat aku coretkan buat masa nii..apapun,jagalah bahasa Malaysia seperti mana anda menjaga bahasa Tamil,bahasa Cina,dan sesedara dengannya..jumpa lagi,assalamualaikum..You're My Frieeenndd Daaaa...!!

Wednesday, February 18, 2009

Me And My Jaksa's Friend...


Salam..gambar di atas ni adalah gambar-gambar mantan Jaksa KPZ sesi 07/08..aku merupaka jaksa kerohanian pada ketika itu.Sebanyak 16 orang jaksa telah berkhidmat selama setahun (sebenarnya taklah setahun..pencen awal2,huhu..)di KPZ,menjaga kebajikan pelajar-pelajar kolej serta menganjurkan program-program..
Pada mulanya ketika aku baru dilantik menjadi jaksa ni,aku tak berapa ngam sangat ngan diorang pasal baru kenal..tapi bibit2 hubungan persaudaraan atas dasar kerjasama dalam menganjurkan program telah menjadikan kitorang 'satu' dalam 16 orang jaksa nii..kitorang saling berkongsi suka duka,meluahkan apa yang terpendam serta bekerjasama dalam menjayakan program serta menjaga kebajikan pelajar.Kenangan paling best selama setahun ni adalah kitorang selalu lepak-lepak kat mapley,gi main karaoke serta menyambut birthday jaksa2 yang jatuh dalam tempoh setahun kitorang bersama.Ada jugak hampir2 nak membibitkan perasaan suka kat sorang jaksa ni,tapi berkubur kerana dia tak suka aku dan dia lebih tua daripada aku..heheheheheee..
Anyway,da hampir setahun kitorang meninggalkan dunia ke'jaksaan' nii..ramai jaksa2 yang semakin hari semakin menghilang kerana tukar kolej lain,duduk luar ngan terlalu sibuk (maklumlah hampir sume kawan2 aku ni da last year..)..Apapun aku mengaharapkan persaudaraan yang terbina akan kembali terjalin biarpun di mana kita bertaburan selepas ni,apa rezeki dan musibah yang bakal kita terima,dan apakah imej dan status yang akan nampak pada kita selepas ini..apapun,You're My Frieeeenndd Daa..and always be my special for now and forever..salam ukhwah pada korang..aku doakan kejayaan korang di masa akan datang dan doa2kan laa aku kat sini k..heheheee..
ok,sampai sini saje laa coretan aku pasal my jaksa's friend nii..nantikan coretan gua yang akan datang k..You're My Frieeenndd..!!! Wassalam..

Saturday, February 14, 2009

Jeritan Sahabat (Untuk kawan-kawanku..)

*Jeritan Sahabat*

Hilang tangisan siapa yang tahu
walaupun mimpi sudah berlalu
hanya keringat hitam ku kayuh
luaran indah selalu dipandang

Dalam berpuluh datang bertamu
tiada satupun kau rasa jemu
biarkan yang hitam kita lupa
jadi bahan sejarah zaman berzaman

Kenangan di udara
izinkan kita bersaudara
kenal ayah ibu
kenal kesopanan
kenal hati budi

c/o
Bagaikan zikir memanggil datang memanggil
aku turut merasa sentosa hingga lena
kerna fikirmu
tak tahu,aku tak tau sepertimu
mengagumkan sendiri awanan bertamu
seolah bertahun bertemu

Kalau azimat di lembah azali
Jeritan sahabat kan kekal dihargai
kan kekal dihargai...

#ulang korus#

Haaaa....seperti mana yang korang lihat pada video klip dan lirik,itu merupakan lagu yang keramat pada aku..(kenapa eehh..).Lagu ini mengingatkan aku pada member2 lama SMABT (Bandar Tenggara eehh..)daripada form 1 sampai form 5.
Lagu ini dinyanyikan oleh saudara Ismahalil Hamzah (bekas DJ radio THR)dan kawannya..aku memang minat dan syok kat dia,sampai nama Isma tu aku amik buat nickname..yang naurah tu nama salah sorang member dalam frenster aku..aku combinekan isma ngan naurah..so,jadilah nama Ismanaurah tuuu...Anyway,this is my blog..segala apa yang tertulis ataupun yang ter'copy' dan 'paste' adalah atas kehendak aku sendiri dan aku tidak melarang pun sape2 yang nak amik apa2 yang ada kat sini..selagi benda tu tak menyimpang dari landasan islam,gua akan share ngan lu all..
to all my members,i wish yang kita akan kembali bersatu semula..kita semaikan kembali kenangan yg telah terpahat sejak mula kita bertemu..tak kira laa yg da kerja ke,da tunang kee,ataupun yang da kawin,janji belum meninggal..
satu ayat trade Ismahalil yang aku suka.."You are my frieeeeennd..." die sempat bagitau,"kita berkawan tidak kira di darat,di laut dan di udara.."..ok,nantikan fasa yang kedua pulak k...wassalam..

Karaoke Sebentar Bersama Ah Long

Sebab-sebab Iman Bertambah Dan Berkurang


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Unsur Penambah Iman:

1. Ilmu, yaitu mengetahui dan mengenal Allah, nama, sifat dan perbuatanNYA. Semakin tinggi ilmu pengetahuan seseorang terhadap Allah dan kekuasaanNYA, maka semakin tinggi dan bertambah iman dan pengagungNYA, serta takutnya kepada Allah S.W.T. (35:28).

(35:28)

Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama [1259]. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

[1259] Yang dimaksud dengan ulama dalam ayat ini ialah orang-orang yang mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah.

2. Merenungkan ciptaan Allah (3:190-191).

(3:190)

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,

(3:191)

(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

3. Mengerjakan kebaikan dan menjauhi larangan Allah dan RasulNYA (42:22-23, 4:31).

(42:22)

Kamu lihat orang-orang yang zalim sangat ketakutan karena kejahatan-kejahatan yang telah mereka kerjakan, sedang siksaan menimpa mereka. Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal saleh (berada) di dalam taman-taman surga, mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhan mereka. Yang demikian itu adalah karunia yang besar.

(42:23)

Itulah (karunia) yang (dengan itu) Allah menggembirakan hamba- hamba-Nya yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh. Katakanlah: “Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan”. Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri [1345].

[1345] Lihat not 104.

[104] Allah mensyukuri hamba-Nya: memberi pahala terhadap amal-amal hamba-Nya, mema’afkan kesalahannya, menambah ni’mat-Nya dan sebagainya.

(4:31)

Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga).

Unsur Pengurang Iman:

1. Mengerjakan pekerjaan keji atau menganiaya diri sendiri (3:135).

(3:135)

Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri [229], mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.

[229] Yang dimaksud perbuatan keji (faahisyah) ialah dosa besar yang mana mudharatnya tidak hanya menimpa diri sendiri tetapi juga orang lain, seperti zina, riba. Menganiaya diri sendiri ialah melakukan dosa yang mana mudharatnya hanya menimpa diri sendiri baik yang besar atau kecil.

2. Mengejek Nabi dan Orang Beriman (3:167)

(3:167)

Dan supaya Allah mengetahui siapa orang-orang yang munafik. Kepada mereka dikatakan: “Marilah berperang di jalan Allah atau pertahankanlah (dirimu)”. Mereka berkata: “Sekiranya kami mengetahui akan terjadi peperangan, tentulah kami mengikuti kamu” [247]. Mereka pada hari itu lebih dekat kepada kekafiran dari pada keimanan. Mereka mengatakan dengan mulutnya apa yang tidak terkandung dalam hatinya. Dan Allah lebih mengetahui dalam hatinya. Dan Allah lebih mengetahui apa yang mereka sembunyikan.

[247] Ucapan ini ditujukan kepada Nabi dan sahabat-sahabat beliau sebagai ejekan, karena mereka memandang Nabi tidak tahu taktik berperang, sebab beliau melakukan peperangan ketika jumlah kaum muslimin sedikit. Ucapan ini dapat digunakan untuk mengelakkan cercaan yang ditujukan kepada diri orang-orang munafik sendiri.

3. Ditimpa was-was dan tidak ingat kepada Allah (7:201)

(7:201)

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.

Mudah-mudahan dengan mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan bertambah/berkurangnya iman dapat merupakan suatu filter bagi kita dalam beribadah dalam kehidupan sehari-hari, amiin.

PENGAKUAN LELAKI TERHADAP WANITA!


PENGAKUAN LELAKI TERHADAP WANITA!

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalian

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.

Friday, February 13, 2009

Pengenalan Diriku & My Family..


This is my family..my lovely family..



Namaku Abdullah Bin Zainal. Aku berusia 22 tahun. Aku dilahirkan di JB pada 15 Oktober 1987. Aku merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Ibuku bernama Saibiah Bte Abdul Jalil dan ayahku bernama Zainal Bin Bidon. Mereka berusia 44 dan 47 tahun..bawahku adaseorang kembar bernama Abdul Rahman..dia bekerja kat kilang printer PTP.Yang third pulakbernama Mohammad Nazrin Bin Zainal. Yang 4th pulak bernama Mohd Fakhirullah Bin Zainal..dan yang bongsu baru perempuan..bernama Nur Zuraini Bte Zainal..
Related Posts with Thumbnails