Thursday, February 25, 2010
Jika Aku Jatuh Cinta
Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu
Amin….
Wednesday, February 24, 2010
Kelebihan Seorang Wanita
- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.
- Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki jahat.
- 2 rakaat solat dari wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat wanita yg tidak hamil.
- Wanita yang memberi minuman susu kepada anaknya daripada badannuya (susu badan) akan dapat satu pahaladaripada titisan titik susu yangh diberikan.
- Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang dari rumah dalam keadaan kepenatan akan mendapat pahala jihad.
- Wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya sakait akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 oarang hamba.
- Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
- Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah kemudian menjaga adab rumahtangga akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga,dan menuggu suaminya pulang dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
- Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana mejaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia menghiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
- Wanita yang memerah susu binatang dengan “BISMILLAH” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
- Wanita yang menguli tepung gandum dengan “BISMILLAH” Allah akan berkatkan rezekinya.
- Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.
- Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
- Wanita yang hamil berpuasa pada sianghari akan mendapat pahala.
- Wanita yang hamil beribadat pada malam hari akan mendapat pahala.
- Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
- Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akn dikira mati syahid.
- Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
- Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2/1 thn), maka mailakat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
- Jika wanita memberi susu pada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
- Jika wanita memicit badan suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit badan suami bila disuruh akan dapat pahala tola perak.
- Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
- Jika suami mengajar isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
- Semua akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang dengan sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqmah.
Pandangan/Peringatan untuk shbt2 dan diri jgk..:: Amatlah mudah bagi seorang wanita yang menjejak syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup di dalam kejahilan? Sang suami perlu ingat, tidak kamu mejejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejaki syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin itu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Imam akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilihlah SYURGA bukannya NERAKA..
100% copy from yuhibbufillah.blogspot.comUjian Sejarah,Sila Jawab!!!
SEJARAH MELAYU
Jangan Buka Kertas Soalan Sehingga Diberitahu.
20 Minit
15 Soalan
Jawab semua soalan!
Dilarang senyum atau ketawa semasa menjawab, kalau tidak anda akan
digagalkan.
1. Siapakah yang membuka Melaka?
a. Param
b. Parameswari
c. Paramugari Terlampau
d. Parameswara
e. Parang Kontot
2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di
sebuah kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia?
a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh
3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?
a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke
4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?
a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Francisca Peters
d. Light and Easy
e. Francis Light
5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang…
a. Tuk Janggut
b. Tuk Misai
c. Tuk Sideburn
d. Tuk Misai A Galak
e. Tuk Bulu Hidung
6. Pahlawan Melayu di Pahang..
a. Mat Kilau
b. Mat Silau
c. M Daud Kilau
d. Mat Sentul
e. Mat Rempit
7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh
Datuk Maharajalela?
a. Jawa Jerongos
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. J.W.Marriot
e. Jawa Rangers
8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?
a. Ayam Belanda
b. Bela Anda
c. Blender
d. Belanda
e. Blunder
9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada
Sultan Melaka?
a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang tongkeng ayam
c. 7 dulang tahi hidung
d. 7 dulang tahi palat
e. 7 dulang gigi arnab
10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?
a. Tun Mahathir
b. Tan Tin Tun
c. Tun Tak Tahu Eja
d. Tun Teja
e. Arnold Susahanakeja
11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan
Melaka?
a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Kepala ***** Hang!
c. Puteri Opah Hang!
d. Puteri Hang Go Poh
e. Puteri Hang Cing
12. Ikan apakah yang melanggar Singapura?
a. Ikan Bilis
b. Ikan Masin
c. Ikan Kembung Masak Asam
d. Ikan kekek mak iloi-iloi
e. Ikan Todak
13. Siapakah Ketua Kominis Malaya?
a. CIMB Bank
b. Chin Peng
c. Soh Chin Aun
d. Chim Pan Zee
e. Chin Chau
14. Siapakah diantara berikut adalah Laksamana Melaka yang
terbilang?
a. Hang Tuah
b. Hang Buah
c. Hang Limau Kasturi
d. Hang Kuah
e. Putera Shazlan
15. Laksamana manakah yang derhaka kepada Sultan Melaka?
a. Hang Sebat
b. Hang Lebat
c. Hang Jebat
d. Hang Berat
e. Ham Peh
Jika Anda Dapat Jawab Kesemua Soalan Tanpa Menyenyum Ataupun Menggelak, Anda Memang Excelent, Briliant, Gud Job!…hehe
RESEPI 'AYAM GORENG BEREMPAH TAK KUNJUNG TIBA'....
-sudah tentu ayam
-minyak masak,kalau boleh cap jalen(ada ker?)
-kicap jalen(hah yg nie mmg ada)
-sos jalen
-rempah ratus yg malas nak sebut sbb beratus-ratus
-lagi korang tanya lah kat mak anda..
Ok cara-caranya plak;
- Pastikan ayam yg digunakan sudah disembelih dan kalau boleh ayam kampung yg dahpun akil baligh.Untuk sembelih anda boleh panggil tok imam masjid kampung anda.Kalau tok imam sibuk ajk masjid pun boleh juga dan bukannya Ah Chong yg buka kedai repair basikal belakang rumah anda.
- Tuang minyak masak ke dalam kuali.Tunggu sehingga minyak betul2 panas.Anda boleh lah melakukan aktiviti lain sementara menunggu minyak panas.Ambil masa ini untuk melakukan senaman ringan.Selepas melakukan senaman ringan, cuba berlari-lari anak disekeliling rumah. Bila sudah bosan cuba pula berjoging sepanjang taman di rumah anda. Pastikan anda melakukan senaman ringan yg betul untuk mengelakkan org di taman usung anda balik rumah sebab kaki anda krem.
- Cara untuk memastikan minyak sudah cukup panas, caranya mudah saja.Ambil jari anda,kalau malu anda boleh minta bantuan adik anda.Letakkan jari anda di tepi kuali dan bila secara spontan anda menjerit…adoi!! ,maka minyak sudah betul-betul panas.
- Pecah sebiji telur ayam dan masukkan ke dalam kuali tadi.Anda tidak perlu menggunakan hammer ataupun apit-g untuk memecahkan telur tersebut,memadailah dengan menggunakan sudu ataupun pecahkan di tepi kuali dalam skala 90 darjah.
- Bila telur tersebut sudah panas angkat telur tersebut dan letakkan di pinggan. Hiaskannya dengan menabur bawang goreng ataupun timun untuk menambahkan lagi kesedapan makanan.Jangan tabur macam nak tepung tawar mempelai bersanding pulak.Macam orang kahwin nanti jadinya.
- Ayam tadi ambil dan masukkan ke dalam peti sejuk.Anda boleh gunakan pada hari yang lain.Inilah yang dikatakan family planning.
- Panggil sanak saudara ataupun rakan taulan ke rumah anda untuk merasai hasil masakan anda.Menu ini sesuai untuk hidangan 2 orang dan boleh ditambah dengan masak lagi beberapa telur ayam.
- Akhir kata selamat mencuba dan pasti anda tak akan boleh lupakan masakan ini sampai bil-bila.Tapi saya tak janji tau..kekekeke
“SUNGGUH MURNI MACAM CIKGU SRI MURNI”
Tuesday, February 23, 2010
Monday, February 22, 2010
Ismanaurah's Back In Da Houuussee...
Assalamualaikum My Frieeenndd...lama weeii aku tak update blog aku baru2 niii sejak aku gi KBIM kat Pulau Pangkor yang lepas..bayangkan laaaa...lepas aku balik daripada kem tu,rasa macam retak semua tulang2 badan aku niii..otot2 aku bukan main sengal..kaki aku da melecet teruk..sampai bilik jeee,terus struggle siapkan book review..pastu hari sabtu aku terus balik rumah kat Johor..
Sepanjang aku cuti,aku sangat2 rilek..tapi aku tetap buat kerja rumah beeeb...basuh baju,sidai baju,lipat baju,pakai baju then bukak baju balik..hahahahaa..sepanjang aku berada kat rumah,tu laaa time yang aku berpeluang dengar rancangan radio favourite aku..kenapa time cuti baru aku dapat dengar rancangan radio kegemaran aku tu?sebabnya radio yang aku dengar ni radio Singapore,tu yg aku just dapat dengar masa aku kat Johor...citer ape?ni haaa...
Hahahahaaa...aku suke dengar citer seram beb..starting citer ni pun da buat bulu roma aku tegaaaak 90 darjah..LOL..nanti2 laaa aku citer2 seram nii..
Tapi kan,bila aku duduk kat rumah nii,aku terpaksa layan kerenah adik2 aku yang ada 1001 perangai..mujurlah ada adik yang membantu aku dan keluarga..tapi aku sedih sangat pasal mak aku selalu sakit2 kebelakangan niii..aku berharap agar Allah still sihat sejahterakan mak aku,ayah aku dan adik2 aku..i love they all..
Satu lagi yang aku sedih sebelum aku nak balik UKM semula..nak tau tak,janggut aku telah dipendekkan oleh mak aku...waaaaaaa...tapi ade jugak relevannya kerana mak aku pendekkan janggut aku,kerana janggut aku kusut sangat..tu yang harus dipendekkan tuu..tapi kalau nak tunggu panjang balik,lama weeeii..takpe laaaa,aku buat2 tak tau pasal janggut aku nii..mana tau sedar tak sedar da panjang balik,kikikiii..
Pastu kan,aku gi laaa kat terminal Larkin pasal aku kena naik bas ke Seremban dari Larkin..kat sana pulak tibe2 ade laaaa gerakan politik dari pihak Hijau ngah edar2 flyers pasal kenyataan budget Kerajaan Negeri Johor..hek elleeehh...ape kes tibe2 buat kerja macam niii?kalau gentle,edar laaaa flyers tu kat Nusajaya..takpun,serah direct kat MB Johor..baru namanya perjuangan Islam..hahahahaaaa..finally,aku simpan jeee flyers tu sambil aku naik bus ke Seremban..Alhamdulillah aku sekarang ni kat UKM sambil digalas oleh assignment,kuliah,projek dll..yang aku sedih nii,adaptor laptop aku rosak laaaa pulaaakk..huhuhuuu..
Waaaaaa...kalau aku ada duit lebih,boleh aku belii yang baru...sekarang ni terpaksa aku menumpang kasih kat kawan2 aku semata kerana laptop aku berlu diperbaharui nyawanyaaa..kikikiii...
Ok laaaa,aku rasa sampai sini aku boleh sampaikan duluuu...ada citer2 best,aku share kat korang k..sayonara,chow chin chiiii...Assalamualaikum My Fieennddd...
Friday, February 5, 2010
Pangkor Is On The Line!!!
Assalamualaikum My Friennd..lama aku tak update blog aku..untuk pengetahuan korang,malam ni aku akan bertolak ke Pulau Pangkor untuk program yang aku selitkan kat gambar atas nii..
Aku sebenarya rasa malas nak giii..tp ape bleh buat,program fakulti...layan jaaa..apepun,wish for our successfull ang safety along this programme k..jumpa lagi my friend...Assalamualaikum..
Counter
Followers
Sembang-Sembang My Friend!!!
Tags
- About My Friend (3)
- Bicara Agama (33)
- Just For Entertainment (28)
- My Family and i (31)
My Blog List
-
Simpulan Bahasa ( T ) - 1. Tahan Hati Maksud: Cekal. Contoh Ayat: Dia tahan hati menghadapi semua cabaran yang menimpa dirinya. 2. Tahi Air Maksud: Sampah yang mengapung di atas a...4 years ago
-
VSDC Free Video Editor 6.3.5.7 for PC Windows - VSDC Free Video Editor is a video editing application that offers more than a standard set of tools. With VSDC Free Video Editor you can carefully edit vid...5 years ago
-
Cara buka dan guna web whatsapp di PC Komputer - Assalamualaikum.. Wasap atau Whatsapp memang aplikasi atau app yang cukup popular di malaysia, dikalangan pelajar hingga ke warga tua pon menggunakan a...5 years ago
-
Terima Kasih - Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan yang diberikan selama ini.6 years ago
-
Kelibat Berambut Panjang Dalam Gambar - Penampakan gambar hantu di dalam gambar adalah perkara yang sering berlaku namun banyak kemungkinan yang boleh dijelaskan menyebabkan sesebuah gambar t...7 years ago
-
Alhamdulillah 3 tahun usia perkahwinan - Bismillahirramanirrahim, Assalammualaikum. Alhamdulillah sudah memasuki tiga tahun usia perkahwinan. Bersyukur dikurniakan suami serta anak yang menemani...9 years ago
-
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN - SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester I Sesi 2014/2015. Manfaatkanlah masa yang berbaki i...9 years ago
-
Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides (2011) - Jack Sparrow and Barbossa embark on a quest to find the elusive fountain of youth, only to discover that Blackbeard and his daughter are after it too. Dire...12 years ago
-
KARALIYA-Dushyanth Live in Concert - *http://rapidshare.com/files/374494555/Karaliya-Dushyanth_Live_in_Concert-migaramk_s_rip.part1.rar* *http://rapidshare.c...14 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tentang Diriku..
- ismanaurah
- Baruuu jee abis bertap kat bukit UKM nunn..ngah berkerja sambilan sekarang...