Wednesday, March 18, 2009

Guru Oh Guru




Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Assalamualaikum My Frieeennndd!!! Haa,kali ni aku nak bawakkan kepada korang satu sajak yang paling keramat buat insan2 yang bernama guru..(termasuklah bakal2 guru seprti aku,hee..)Sajak ni ditulis oleh Allahyarham Dato' Usman Awang,sasterawan negara kita yang bertajuk Guru Oh Guru..Well,seperti yang kita sedia maklum,guru ni adalah orang yang paling hampir ngan kita selepas mak ayah kita,kerana mereka ni adalah mak ayah kita di sekolah..bidang guru ni sentiasa bergerak dalam kehidupan manusia,bermula daripada menjadi guru tadika sehinggalah kita amik STPM,STAM,Matrik dan lain2..aku rasa tipu laaa kalau aku katakan bahawa kita ni boleh belajar sesuatu secara sendirian tanpa berguru..sedangkan haiwan pun berguru untuk terbang,mencari makanan..inikan lagi manusia yang lebih tinggi darjat daripada haiwan..
Guru sentiasa mengajarkan perkara2 yang baik dan ilmu yang bermanfaat kepada anak2 muridnyee..harapan mereka adalah untuk melihat anak2 didik mereka berjaya dalam kehidupan mereka dan kalau boleh,biarlah anak2 didik mereka lebih berjaya daripada guru mereka..memang dalam proses mengajar dan belajar,guru2 terpaksa marah,berleter atau menghukum pelajar2 yang bermasalah..sehinggakan ada anak murid yang tak sukakan guru2 mereka..tapi kalau kita selubungi hati2 guru kita,ada satu saje niat yang mereka sematkan di dalam hati bila mereka menghukum,marah kepada pelajar2 mereka..iaitu untuk mengajar dan mendidik anak2 murid mereka..mungkin lepas ni aku akan detailkan lagi cerita tentang guru nii dari semasa ke semasa k...hayatilah sajak diatas tu k..jumpa lagi,'You're My Frieeenndd Daaaa!!!' wassalam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails