Tuesday, March 31, 2009

Mahasiswa & Nikah Khitbah


Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan?
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Khitbah di IPT

Jika pelbagai alasan yang dikemukakan demi mengatakan bahawa bernikah di alam kampus itu mustahil, maka khitbah adalah solusinya. Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali, tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain, tidak perlu makan lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan perabot-perabot. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.

Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di IPT-IPT seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengangguran di IPT-IPT Lembah Klang sudah cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus kearah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Kebanyakan ibu bapa menyuarakan kerisauan mereka terhadap kemungkinan anak mereka akan hamil dan ia sudah pasti mengganggu pembelajaran. Penyelesaian untuk perkara tersebut amat mudah. Pasangan itu sendiri perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan pelbagai cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu belajar. Adalah amat naïf bagi mereka yang hidup alaf baru ini tidak mengetahui cara untuk mencegah kehamilan. Jika kaedah pencegahan tersebut gagal, dan dengan izin Allah, pasangan tersebut terpaksa menghadapi fasa kehamilan, maka sokongan ibu bapa amat diperlukan.

Risiko
Seperkara yang perlu diingat, perkahwinan di kampus ini juga tidak sunyi dari risiko. Adalah terlalu silap untuk menyangkakan semuanya indah belaka tanpa sebarang cabaran. Pernikahan di kampus hanyalah salah satu penyelesaian untuk masalah perhubungan bebas di antara jantina dan juga salah satu kaedah rawatan untuk gejala maksiat di IPT. Sekurang-kurangnya, walaupun ia berisiko, namun ia masih dapat mengelakkan risiko yang lebih besar. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak terlibat dengan gejala berpacaran, serta boleh mengawal diri dan nafsu, adalah digalakkan untuk mereka hanya menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Cadangan nikah kampus atau nikah khitbah ini hanyalah untuk mereka yang tidak mempunyai ketahanan jiwa dan keyakinan diri yang mantap untuk menghadapai cabaran semasa yang begitu menggila. Akhirnya kepada para siswa dan siswi kampus dan juga para aktivis di universiti, walau apapun tindakan yang diambil, pastikan mardhatillah menjadi matlmat utama!

Saturday, March 21, 2009

Makhluk Halus Menurut Al-Quran Dan As-Sunnah

Yang dimaksudkan dengan makhluk-makhluk halus itu ialah makhluk-makhluk yang dicipta oleh Allah s.w.t. tanpa berjisim yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh mata atau dirasa dengan tangan. Mereka hidup di alamnya atau alam ghaib Makhluk-makhluk ini ada asal kejadiannya daripada cahaya, iaitu malaikat, yang sentiasa taat kepada perintah Allah, dan ada yang asal kejadiannya daripada api iaitu yang terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan sebagainya. Beriman atau mempercayai tentang adanya makhluk makhluk halus dan hal-hal yang ghaib seperti ini adalah di antara ciri-ciri mukmin yang bertakwa kepada Allah s.w.t. Dalam Surah al-Baqarah ayat 2 hingga 4 tersebut firman Allah s.w.t.: AI-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.

Di antara hikmat diciptakan makhluk-makhluk halus ialah:

i. Untuk memperkuat iman seseorang kepada Allah s.w.t., menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan llahi. Di samping kejadian manusia yang dapat dilihat dengan mata kasar, Allah s.w.t. berkuasa mencipta makhluk-makhluk halus yang asal kejadiannya serta hakikat hidupnya begitu berbeza dengan manusia. Semua ini merupakan tanda-tanda keagungan Allah s.w.t.

ii. Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh yang tidak nampak, yang sentiasa berazam dan berusaha untuk menyesatkan manusia.

iii. Untuk menguji iman manusia, setakat mana manusia dapat menggunakan akal fikiran dan anggota tubuh badan dengan bijaksana dan tidak terpesona dengan tipu helah pujukan syaitan.

iv. Hanya dengan adanya dugaan, kekuatan iman seseorang itu akan diketahui.

v. Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat, seseorang yang beriman akan terus merasa yakin tentang adanya pertolongan Allah. Allah s.w.t. mengadakan para malaikat yang sentiasa meminta rahmat dari Allah s.w.t. untuk manusia. Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah

Masyarakat Melayu umumnya merujuk perkataan makhluk-makhluk halus itu kepada berbagai-bagai jenis syaitan, iblis,. jin dan lain-lain, tanpa merujuk kepada malaikat. Dalam artikel ini, perkataan makhluk halus dirujuk kepada makhlukmakhluk selain malaikat, kecuali pada bahagian-bahagian tertentu dengan penerangan khusus mengenainya.

Dalam AI-Quran dinyatakan dengan jelas tentang adanya musuh manusia yang sentiasa menanti-nanti, menunggu mencari peluang untuk menyesatkan manusia, iaitu iblis, syaitan dan kuncu-kuncunya. Dalam peristiwa kejadian Adam, Allah s.w.t. telah memerintahkan iblis supaya sujud menghormati kejadian Allah s.w.t. iaitu Adam. Namun iblis enggan berbuat demikian kerana kesombongannya, yang merasakan bahawa dirinya lebih mulia daripada Adam (al-A'raf:11). Oleh sebab itu Allah s.w.t. telah melaknat iblis dan menghukumkannya kafir. Sujud di sini dinamakan Sujud Tahiyyat bukan sujud kebaktian. Sujud kebaktian hanya kepada Allah s.w.t. tidak kepada yang lain.

Thursday, March 19, 2009

Saat Aku Ditalkinkan

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sungguh.nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat. "Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah........."ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil. "Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku. "Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku. "Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu??? Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini". "Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. " Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.....". Ayah.......kau datang ayah.......". "Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau ?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......"."Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam itu?". "Aku". "Kau siapa wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya. "Kau tak kenal aku?". "Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini". "Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari". "Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini". "Akulah amalanmu yang keji..........".

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.Ya! aku teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini????? "Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku??? Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!". Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu. Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". Al-Fatihah!"Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah"."Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin lama,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku. Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan. "Nanti!Nanti!Tolong! Tolong ayah,ibu! Jangan tinggalkan aku seorang. Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!!

LeLaKi iDaMaN MusLimaH


Biarlah dia seorang yang buta
Kerana matanya sunyi dari melihat
perkara-perkara maksiat dan laghah
Kerana kedua matanya terpelihara dari
memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang
dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik
dalam melihat kesengsaraan umat Islam
di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya

Biarlah dia seorang yang bisu
Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah
membangkang kemungkaran
dan dia lantang
menyuarakan kebenaran

Biarlah dia seorang yang bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman
pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa
untuk membuat temujanji
dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya
kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah
meluangkan masanya untuk beribadah
dengan Khaliqnya
Dia begitu pemurah
untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup
menggadaikan hartanya
bahkan nyawanya
demi melihat kalimah syahadah
Kembali megah di muka dunia

Biarlah dia seorang yang papa
Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah
dan tidak bermanfaat
Papa memiliki akhlaq mazmumah
Tetapi dia cukup kaya
dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya
memiliki ketinggian akhlaq
dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya
dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya
dalam menanam impian
untuk menjadi seorang syuhada
yang syahid di jalan Allah.

Lawak Ke-6...


CURI IDEA...

Seorang kartunis yang tak dapat menyiapkan karyanya menjelang ' deadline' sedang memberi alasan kepada ketuanya:" kenapa kamu masih belum siapkan 'kartun bodo' kamu lagi, 'date line' pukul tiga petang ni. " tengking ketuanya."saya dah siapkannya bos.." "kalau dah siap berikan kat saya sekarang" "tak boleh bos""kenapa ? " tanya ketuanya dengan hairan." malam tadi pencuri masuk rumah saya , habis semua 'IDEA' yang saya simpan dalam kepala otak saya yang kelakar ni dia curi. Bila bangun pagi tadi abis semua kosong 'IDEA' dalam kepala otak ni " .

Lawak Ke-5...Anda masih inginkan lawak???


PENSYARAH 3 SUKU...

Tersebut la kisah, dalam satu U ni, ada sorg pensyarah yg suke cakap bende berbaur 18sx. Bende ni menyebabkan student pompuan dalam kelas tu rasa xselesa.. Setelah sekian lama bertahan, akhirnya student pmpuan decide nak blah dari kelas kalu pensyarah ni start cakap benda yg bukan2 tanda memprotes kelakuan pensyarah berkenaan. Seminggu yg pertama, pensyarah berkenaan xde plak wat hal. cakap pon elok je. semua ilmiah.Minggu seterusnya pun sama. Sampai la minggu yg ketiga. Sedang pensyarah ini mengajar, tiba2 dia berhenti. Lalu dia berkata,"Saya baru ingat something. Saya baca dalam internet 3 minggu lepas, kat Korea Selatan sekang ni kekurangan pelacur tau", sambil tersenyum sinis.Student pompuan dalam kelas tu memandang sama sendiri, lantas bangun dan redi nak blah dari kelas... Tiba2 pensyarah tu menjerit.."Hey, sabar, next flight available pon sok pagi.. Lek2 lu"

Lawak Ke-4,semoga terhibur


PENGUMUMAN DARI SAMY VELLU...

"Saya syukur angkasawan kita telah meninggal dunia 10 hari, kini selamat dikebumi" Samy Vellu ditemuramah tentang program angkasawan negara. Samy: "...Bagi saya, ini semua adalah satu pembaziran atas duit rakyat.Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pergimatahari. Barulah USA, Russia, respect sama kita...."Penemuramah: Tapi Dato' Seri, matahari kan panas. Macam mana mau pergi sana ?Samy: Cit! itu pasal la u tara jadi mintri. Saya suda lebey 30 tahunjadi mintri, saya musti ada jalan penyelesaian. Kita jangan pergi siang, manyak panas. kita pigi malam, baru ada sujuuuuuk... ...

Lawak Ke-3..Enjoy It


BOS POWER???

Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding."Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan."Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras"Dalam RM800" pekerja tu menjawapBos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN"Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek.Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat! Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"Jawap si pekerja,"Owh, dia tu anto pizza"....:)

Lawak Ke-2


SAYA JADI PEMANDU BAS LA..:)


Seorg budak sek rendah naik bas. Merasakan boring, dia mula menjerit2 didalam bas, ''Kalo mak saya lembu, ayah saya pon lembu.. mestila saya jadi anak lembu.''Ahmad berkata lagi ''Kalo ayah saya rimau, mak saya rimau, saya jadi la rimau.... Auuuummmmm..... Auuuummmmmm.'' (silap wat sound efek ni ek, baru seronok)Ahmad terus menjerit2 menyebut binatang2 lain pula. Merasakan tertekan, si pemandu bas tadi berkata, ''Apa jadi kalu ayah ko ni pemabuk dan mak ko pelacur?!''Ahmad terdiam seketika lalu berkata, ''Mestila saya jadi pemandu bas!'', sambil menepuk2 bahu pakcik drebar tu...:)

Lawak Antarabangsa..Rest Ur Mind..

HARI YANG BURUK...:)

Seorang pemandu lori yang baru datang langsung meneguk habis isi gelas itu.Lelaki yang empunya gelas terus menangis."Hei, jangan la nangis!" kata pemandu lori."Aku cuma bergurau. Aku belikan kau minuman yang lain!""Bukan itu masalahnya. Hari ini merupakan hari terburuk dalam hidupku. Pertama, semasa aku ke pejabat tadi bosku marah besar dan aku dipecat. Ketika mahu pulang, ternyata keretaku dicuri orang. Masa aku naik teksi, ternyata dompet dan kad kreditku tertinggal di dalamnya. Sampai rumah, isteriku tidur dengan tukang kebun. Aku meninggalkan rumah dan datang ke bar ini.Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk mengakhiri hidup aku, tiba-tiba kau pulak muncul meminum racun aku.....Huahahaha

Jika Aku Jatuh Cinta

Wednesday, March 18, 2009

Inilah muka perasan aku..kikikii...





Guru Oh Guru




Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Assalamualaikum My Frieeennndd!!! Haa,kali ni aku nak bawakkan kepada korang satu sajak yang paling keramat buat insan2 yang bernama guru..(termasuklah bakal2 guru seprti aku,hee..)Sajak ni ditulis oleh Allahyarham Dato' Usman Awang,sasterawan negara kita yang bertajuk Guru Oh Guru..Well,seperti yang kita sedia maklum,guru ni adalah orang yang paling hampir ngan kita selepas mak ayah kita,kerana mereka ni adalah mak ayah kita di sekolah..bidang guru ni sentiasa bergerak dalam kehidupan manusia,bermula daripada menjadi guru tadika sehinggalah kita amik STPM,STAM,Matrik dan lain2..aku rasa tipu laaa kalau aku katakan bahawa kita ni boleh belajar sesuatu secara sendirian tanpa berguru..sedangkan haiwan pun berguru untuk terbang,mencari makanan..inikan lagi manusia yang lebih tinggi darjat daripada haiwan..
Guru sentiasa mengajarkan perkara2 yang baik dan ilmu yang bermanfaat kepada anak2 muridnyee..harapan mereka adalah untuk melihat anak2 didik mereka berjaya dalam kehidupan mereka dan kalau boleh,biarlah anak2 didik mereka lebih berjaya daripada guru mereka..memang dalam proses mengajar dan belajar,guru2 terpaksa marah,berleter atau menghukum pelajar2 yang bermasalah..sehinggakan ada anak murid yang tak sukakan guru2 mereka..tapi kalau kita selubungi hati2 guru kita,ada satu saje niat yang mereka sematkan di dalam hati bila mereka menghukum,marah kepada pelajar2 mereka..iaitu untuk mengajar dan mendidik anak2 murid mereka..mungkin lepas ni aku akan detailkan lagi cerita tentang guru nii dari semasa ke semasa k...hayatilah sajak diatas tu k..jumpa lagi,'You're My Frieeenndd Daaaa!!!' wassalam..

Sunday, March 15, 2009

Apeeeee Yang Penting,Kerjeeee samee!!!


"Apeeeee yang penting,kerjeeee samee!!!"..Satu ayat yang makin famous didengari di seluruk pelusuk telinga-telinga kita pada hari nii..nampaknya kartun Wonderpet ni makin diminati ramai..(orang dewasa pun minat,contohnya Nabil Raja Lawak 2..)Kartun ni disiarkan kat TV9 (Dekat Di Hatiii..)setiap hari pukul 2.30 ptg..
Menurut pendapat aku,ni laaaa cerita kanak-kanak tadika yang pertama diminati ramai..Nak diikutkan,sebelum ni ada citer Dora The Explorer,Blues Clues (Peh,selalu aku tengok masa Pra-Praktikum dulu,hee..)The Postman Pat dan lain2,tp kurang diminati sangat..pelik laa macam mana Wonderpet ni orang bleh minat eeehh..Eleeh,yg BM jee orang minat,yang english punye,kirim salam laaa...kikikiii..Kalau tengok pada citer tu,si hamster tu adalah leadernya dan anak itik serta anak kura-kura adalah assistantnyee..Apepun,yang aku cuba sampaikan kat sini adalah sejauh mana kita minat pada suatu kartun yang gempak2 (macam Naruto kee,One Piece kee..)yang penting jangan dilupakan kartun animasi tempatan..Alhamdulillah Upin&Ipin berjaya menambat hati penonton..buktinya,5 juta diperoleh dari awal tayangan citer Geng di pawagam sampai sekarang (agaknya kot)..tapi kan,Upin&Ipin pun akan menerima nasib yang sama seperti citer2 lain,iaitu di'cetak rompak'kan...memang confirm da ada pirate CD skrg nii..kikikiii...apapun,sokonglah industri hiburan tempatan (selagi tak lari daripada syara' laa)dan belilah yang original k..
Berbalik pada Wonderpet,harap ianya akan terus diminati ramai,selagi ianya masih bernafas di kaca televisyen..kalau citer tu da takde,harap orang ramai still boleh ingat lagi citer tuu..kikikii...paling sempoi pun,download jee citer tuu kat internet..Ok,sampai sini dulu yang dapat aku coretkan..tapi ingat,"Apeeeee yang penting,kerjeeee samee!!!" hahahaaa,buat lawak aku nii...(gelak laa wei...)jumpa lagi,sayonaraaa...You're My Frieeeennnddd!! wassalam...

p/s:sorry laa kalau aku jadi budak-budak sekejap eehh...kikikii..

Teka Teki Lawak Aku...


1. bende ape yang bile simbah air sebanyak mane pon kedalamnye paras air nye setakat tuu je tak naik-naik?
JAWAPAN = mangkuk tandas hahaha

2. kenape pemandu teksi mintak duit nanti kenape die tak mintak duit dulu sebelom die mulakan perjalanan?
JAWAPAN = sebab kalo die mintak duit dulu duit tu tak laku sebab itu duit lama

3. pergi terbang balik berenang ape mende tu , jawabla kalo tere
JAWAPAN = pancing la sebab bile kite campakkan joran, die terbang tapi bile dah dapat ikan die berenang

4. ade sorang ni die nak bawak seekor kambing sehelai sirih dan seekor harimau keseberang sungai dari darat1 ke darat2, tapi sampan die boleh bawak 2 penumpang jer termasuklah orang tu sebagai pengemudi sampan , kat dalam satu tempat tak boleh letak due bende yang boleh dimakan antara satu sama lain .
contoh:kambing dengan sirih. sebab kambing boleh makan sirih macam mane orang tu nak bawak tiga-tiga ni ke seberang sungai?
JAWAPAN = mule-mule bawak kambing dari darat1 dan lepaskan kat darat2
= lepas tu bawak sireh dari darat1 dan lepaskan kat darat2 dan ambik balik kambing kat darat2 dan lepaskan kat darat1
= bawak pulak harimau dari darat1 dan lepaskan kat darat2
= last sekali, bawak kambing dari darat1 dan lepaskan ke darat2

5. orang yang kene penyakit aids boleh tahan berape hari?
JAWAPAN = 3 HARI SEBAB
A=AHAD
I=ISNIN
D=DAN
S=SELASA

6. satu ela kain bersamaan RM3 ringgit satu ekor ayam bersamaan berapa ringgit?
JAWAPAN = seekor ayam = 2 kaki
seela kain = 3 kaki
seekor ayam = 2 ringgit

Pesanan Nabi S.A.W

3 Pemusnah, 3 Penyelamat, 3 Penghapus Dosa, 3 Peninggi Darjat

Nabi Muhammad s.a.w. adalah guru yang sejati. Baginda bukan hanya menyampaikan ilmu, tetapi juga mendidik dan mentarbiah. Keutamaan baginya ialah umatnya. Beliau menghendaki supaya umatnya akan menjadi umat yang diredhai Allah, berjaya di dunia dan di akhirat dan berada di barisan hadapan dari umat-umat lain di padang mahsyar. Guru yang sejati tidak akan pernah putus asa menasihati murid-muridnya. Begitulah Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda tidak jemu menasihati umatnya. Tidak ada yang memberi manfaat kepada umatnya melainkan telah diceritanya dan tidak ada yang merugikan mereka melainkan baginda telah melarangnya. Di antara pesanan Nabi Muhammad s.a.w. ialah tentang empat perkara yang setiap satunya disebut pula tiga ciri;
Perkara pertama; al-Muhlikat, iaitu perkara-perkara yang memusnahkan.
Perkara kedua; al-Munjiyat, iaitu perkara-perkara yang menyelamatkan.
Perkara ketiga; al-Kaffarat, iaitu perkara-perkara yang menghapus dosa.
Perkara keempat; ad-Darajat, iaitu perkara-perkara yang mengangkat darjat/martabat.

Baginda bersabda; "Tiga perkara yang memusnahkan, tiga perkara yang menyelamatkan, tiga perkara yang menghapuskan dosa dan tiga perkara yang mengangkat martabat…".

Sememangnya engkau Ya Rasulullah s.a.w. seorang pendidik. Engkau mendidik kami –umatmu- agar selamat dan tidak musnah. Malah engkau menghendaki agar kami dihapuskan dosa dan diangkat darjat oleh Allah. Selamat dan sejahtera dari Allah untuk engkau, wahai Nabiyallah. Allahumma Shalli Wa Sallim ‘Ala Muhammadin Wa Ali Muhammadin.

Nabi Muhammad s.a.w. melanjutkan sabdanya; "Ada pun tiga perkara yang memusnahkan ialah;
Pertama; Sifat bakhil yang ditaati.
Kedua; Hawa nafsu yang dipatuhi
Ketiga; Seorang itu berasa takjub dengan diri sendiri…".

Sifat bakhil memang telah sedia ada dalam diri manusia. Semua kita memiliki sifat bakhil. Kerana itu kita sayangkan harta-benda kita dan kita tidak suka hak kita diganggu. Tidak ada salahnya pada semata-mata sifat bakhil. Yang salah ialah apabila sifat itu dipertuhankan, iaitu kita mentaati sifat bakhil yang ada dalam diri kita hingga kita enggan mengeluarkan zakat, apatahlahi untuk bersedekah. Jika itu yang menjadi sikap kita, maka kemusnahan sedang menunggu kita.

Hawa nafsu juga sama. Manusia dilahirkan dengan pelbagai nafsu yang melingkari dirinya; nafsu makan, nafsu hiburan, nafsu seks dan sebagainya. Tanpa nafsu, manusia tidak akan dapat hidup. Tanpa nafsu juga manusia tidak akan beranak-pinak. Kehidupan manusia berbeza dengan malaikat yang tidak memiliki nafsu. Kerana itu, sekali lagi tidak ada salahnya pada nafsu. Yang salah ialah apabila nafsu itu dipertuhankan. Tanda orang yang mempertuhankan nafsu ialah; segala yang ia lakukan dalam hidupnya diukur berdasarkan suara nafsu. Ia tidak menghiraukan pandangan agama, halal-haram dan keredhaan Allah. Yang penting baginya ialah adakah nafsunya puas atau tidak. Orang begini mengikut kata Nabi dalam hadis tadi ia akan musnah.

Takjub dengan diri sendiri adalah sifat Iblis, Fir'aun dan juga Qarun. Iblis tatkala disuruh oleh Allah untuk sujud –menghormati- Adam, ia berkata kepada Allah; "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan aku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah" (Surah al-A'raf, ayat 12). Fir'aun mengaku diri sebagai Tuhan. Ia berkata kepada kaumnya –sebagaimana direkodkan oleh al-Quran-; "Akulah Tuhan kamu yang tertinggi" (Surah an-Nazi'at, ayat 24). Qarun pula takjub dengan kekayaannya. Ia berkata; "Aku diberikan harta kekayaan ini kerana ilmu dan kepandaian yang ada padaku" (Surah al-Qasas, ayat 78). Apa kesudahan mereka? Iblis dilaknat oleh Allah hingga kiamat dan akan menjadi makhluk pertama jatuh ke dalam neraka. Fir'aun ditenggelamkan oleh laut bersama bala tenteranya yang besar. Nasib Qarun pula diceritakan Allah; "Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia menemui sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah dan tidak pula dia tidak dapat menolong dirinya sendiri" (Surah al-Qasas, ayat 81). Begitulah pengakhiran golongan yang takjub dengan diri sendiri.

Nabi Muhammad melanjutkan lagi sabdanya; "Adapun tiga perkara yang menyelamatkan ialah;
Pertama; Bersederhana ketika miskin dan ketika kaya.
Kedua; Berlaku adil ketika suka dan ketika marah.
Ketiga; Takut kepada Allah ketika bersendirian dan ketika bersama orang ramai…".

Ramai orang mampu bersederhana semasa ia miskin atau kurang berada. Namun apabila kaya atau diberi rezki lebih, sifat sederhana itu hilang dan ia berubah menjadi pemboros. Begitu juga, ramai orang yang mampu bersikap adil apabila moodnya baik atau apabila ia suka kepada seseorang. Namun apabila ia marah atau berhadapan dengan orang yang tidak disukainya, ia sudah tidak dapat berlaku adil lagi. Untuk menempuh hidup yang selamat, kita hendaklah menjiwai sifat sederhana dan sifat adil dalam diri tanpa mengira masa, ketika dan suasana. Sama juga dengan perasaan takut kepada Allah. Perasaan itu hendaklah ada dalam jiwa kita setiap masa tanpa mengira di mana kita berada sama ada bersendirian atau bersama orang lain. Dalam pesanan yang lain, Nabi s.a.w. berkata; "Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada".[1]

Seterusnya, bagi tiga perkara yang menghapus dosa, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda; "Adapun tiga perkara yang menghapuskan dosa;
Pertama; melangkahkan kaki untuk menunaikan solat berjamaah.
Kedua; menyempurnakan wudhuk sekalipun pada musim sejuk.
Ketiga; menunggu solat selepas solat".

Nabi s.a.w. amat menggalakkan umatnya untuk mengerjakan solat secara berjamaah. Baginda menerangkan fadhilatnya; "Solat secara berjamaah lebih baik dari solat seorang diri dengan 27 tujuh darjat".[2] Apabila kita berjalan ke masjid untuk menunaikan solat berjamaah, setiap langkahan tapak kaki kita akan menghapuskan satu dosa kita. Bayangkan berapa banyak langkahan yang kita lakukan setiap hari tatkala kita berulang-alik lima kali sehari semalam dari rumah ke masjid dan bayangkan juga betapa banyak dosa kita yang telah terhapus. Nabi s.a.w. bersaksi; "Jika kamu melihat seorang itu suka berulang-alik ke masjid, bersaksilah bahawa ia adalah orang yang benar beriman".[3]

Mengambil wudhuk adalah syarat sah solat. Menyempurnakan wudhuk adalah langkah awal untuk penyempurnaan solat. Biasanya orang yang sentiasa mengambil wudhuk dengan sempurna, solatnya juga akan dilakukan dengan sempurna. Orang yang memgambil wudhuk culang-caling, selalunya solatnya juga culang-caling. Satu hari Nabi s.a.w. pernah menawarkan kepada sahabat-sahabatnya; "Mahukah kamu aku tunjukkan amalan-amalan yang dengannya Allah akan menghapuskkan dosa-dosa dan mengangkat darjat-darjat kamu?". "Sudah tentu, wahai utusan Allah", jawab mereka. Nabi s.a.w. lalu bersabda; "Menyempurnakan wudhuk pada ketika-ketika payah, banyak melangkah kaki ke masjid dan menunggu solat selepas solat. Semua itu adalah ribat (baginda mengulangi tiga kali)".[4] Menunggu solat maksudnya ialah menunggu masuk waktu solat untuk mengerjakannya. Ia boleh difahami dengan maksud perbuatan iaitu menunggu di masjid (yakni beriktikaf) hinggalah masuknya waktu solat dan boleh juga difahami secara perasaan hati iaitu hati yang sentiasa teringat untuk mengerjakan solat dan mengambil berat tentang solat.[5]

Untuk pesanan terkahir, Nabi s.a.w. berkata; "Adapun tiga perkara yang mengangkat darjat ialah;
Pertama; bangun menunaikan solat malam pada saat orang lain sedang nyenyak tidur.
Kedua; memberi salam
Ketiga; memberi makan orang lain".

Orang-orang Islam yang taat kebanyakan mereka hanya mampu menjaga solat lima waktu. Jika ada ibadah sunat yang dilakukan kebanyakannnya di siang hari. Amat jarang yang sanggup bangun beribadah di malam hari walaupun besar fadhilatnya. Oleh itu, jika kita mampu bangun di malam hari pada masa orang lain semuanya sedang nyenyak tidur, maka darjat kita di sisi Allah lebih dari orang lain dengan syarat kita menjaga keikhlasan dalam hati kita.

Memberi salam adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib. Namun dari segi kelebihan, darjat orang yang memberi salam lebih tinggi dari orang yang menjawab salam kerana ia lebih dahulu mendoakan kesejahteraan orang lain di samping dia juga memperolehi pahala mengajak orang kepada kebaikan (yakni menghidupkan sunnah memberi salam). Begitu juga memberi makan orang lain sama ada orang miskin, anak-anak yatim atau keluarga dan sahabat-handai (untuk mengeratkan silaturrahim). Kebanyakan manusia hanya berfikir untuk memberi makan keluarga dan diri sendiri. Namun jika kita berfikir untuk memberi makan orang lain sama –di samping keluarga dan diri sendiri- maka itu adalah kelebihan kita berbanding kebanyakan orang.

Demikianlah 12 pesanan Nabi s.a.w. yang terangkum di dalam empat kumpulan nasihat yang cukup bermakna dan bernilai bagi hidup kita; nasihat untuk mengelak kemusnahan, nasihat untuk mendapat keselamatan, nasihat untuk dihapuskan dosa dan nasihat untuk memperolehi darjat yang tinggi. Hadis yang memuatkan pesanan-pesanan ini diriwayatkan oleh Imam at-Thabrani r.a. dari Abdullah bin ‘Umar r.a. (anak lelaki sahabat besar ‘Umar bin al-Khattab r.a.). Menurut Syeikh Nasiruddin al-Albani; hadis ini adalah hasan.[6]

Tuesday, March 10, 2009

Fakta Menarik Negeri Johor Darul Takzim

Assalamualaikum My Frieenndd!!! Untuk kali ni,aku nak bawakkan satu fakta yang aku rasa sebagai orang Johor,aku bangga menjadi Johorian ni..tapi rasa2nya fakta ni tak diketahui sangat oleh orang-orang Johor sendiri..so,let's check it out!!!

Sejarah Penubuhan Johor

Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”.

Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawan oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah yang merupakan pewaris terakhir takhta kerajaan Melaka telah melarikan diri dan membuka kerajaan Johor. Pada waktu itu, Johor telah meluaskan empayarnya sehingga ke Riau.

Sejarah Johor moden bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Baginda telah ditabalkan menjadi sultan pada tahun 1866 seterusnya memegang gelaran “Seri Maharaja Johor”. Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan Perlembagaan Johor seterusnya membawa perubahan dalam pentadbiran negeri Johor yang lebih efisyen. Perpindahan pusat pentadbiran kerajaan Johor di Teluk Belanga ke Tanjung Puteri pada tahun 1841 memberi kesan yang positif kepada Johor terutamanya dari segi pembangunan. Pembinaan bangunan kerajaan, balai polis, masjid, mahkamah dan istana besar jelas membuktikan Sultan Abu Bakar berhak menerima gelaran sebagai “Bapa Pembangunan Johor”.

Kini, Johor yang disempadani oleh Melaka, Pahang dan Singapura merupakan salah sebuah negeri yang pesat membangun dan maju di Malaysia.

Askar Timbalan Setia

Johor adalah negeri yang pertama memiliki pasukan tenteranya sendiri dan satu-satunya pasukan tentera yang dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal hingga kini yang dinamakan Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Askar Timbalan Setia adalah satu pasukan tentera yang ditubuhkan semasa pemerintahan Sultan Sir Ibrahim Iskandar Al-Masyhur ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar , Sultan Johor Darul Takzim.

Antara mereka yang telah berkhidmat dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor adalah:

* DYMM Sultan Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor
Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail menerima latihan ketenteraan dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Baginda juga merupakan penyandang jawatan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
* Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia Ke-3
Tun Hussein Onn juga pernah menyertai Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun , India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Regiment Hydrabad Ke 19 di India.
* Jeneral(B) Ibrahim bin Ismail - bekas Panglima ATM
Jeneral (B) Ibrahim Bin Ismail pernah menyertai dan berkhidmat sebagai kadet dalam Askar Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Regiment Hydrabad Ke-19 di India.
* Ungku Ahmad bin Abd Rahman
Salah seorang daripada 3 orang yang dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India
* Dato Onn Jaafar
* Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid
Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid, bapa kepada YM. Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid pernah menjadi seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor dan mencapai pangkat Mejar dalam tahun 1926.

Asal Usul Jalur Gemilang

Rekabentuk Jalur Gemilang/Bendera Malaysia sekarang adalah hasil ilham dari salah seorang rakyat dan arkitek kerajaan Negeri Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.

Pemilihan rekabentuk bendera tersebut bermula dari satu pertandingan bagi merekabentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Keputusan pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan pada 29 November 1949. Keputusan akhir menunjukkan majoriti telah memilih rekabentuk ciptaan En. Mohamad bin Hamzah .
Penulis Asal Sejarah Melayu

Penulis asal Sejarah Melayu adalah Tun Sri Lanang yang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565. Tun Seri Lanang ialah Bendahara Paduka Raja, Johor antara tahun 1580 dan 1615 , serta penyunting Sejarah Melayu (buku, 1612) yang merupakan moyang kepada Sultan Johor dan Sultan Terengganu .

Salasilah kesultanan Terengganu yang terdapat dalam Sejarah Terengganu (buku) karya Haji Buyong Adil terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1974 ada menyatakan bahawa Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Seri Maharaja, Johor - Marhum Padang Saujana - Bendahara Johor 1688-1697) yang menjadi Bendahara Johor dari 1688 hingga 1697 adalah bapa kepada Sultan Zainal Abidin I (Sultan Terengganu Pertama) dan kepada Sultan Abdul Jalil IV (Sultan Johor dari 1699 hingga 1719 ). Selanjutnya dipaparkan bahawa Tun Habib Abdul Majid adalah anak kepada Tun Mat Ali (Bendahara Paduka Maharaja, Johor), iaitu anak kepada Tun Seri Lanang (Bendahara Paduka Raja, Johor 1580-1615).

Dalam pengetahuan orang-orang Melayu , nama Tun Seri Lanang lebih dikenali sebagai salah seorang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa Melayu yang setaraf dengan Munshi Abdullah (Pengarang Hikayat Abdullah).
Penubuhan UMNO

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu/United Malay National Organisation ditubuhkan pada tahun 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru, Johor. di bawah kepimpinan Dato’ Onn Jaafar. Detik bersejarah tersebut bermula dengan satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.

Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:

* Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
* Membantah pertubuhan Malayan Union
* Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu , Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. Maka UMNO pun lahirlah secara rasmi.

Asal Usul Nama Tempat

Wujudnya nama sesuatu tempat bergantung kepada beberapa sebab. Ada yang berpunca daripada kepercayaan atau cerita-cerita lisan (Kampung Batu Badak). Ada yang berasal daripada alam semulajadi seperti keadaan sekitar (Kukup), haiwan (Rengit) atau tumbuh-tumbuhan (Gunung Pulai) dan ada mengambil sempena nama tokoh-tokoh tempatan (Tenang). Sesetengah nama tempat pula lahir daripada peristiwa yang berlaku di tempat itu (Gelang Patah). Suatu hal yang menarik ialah perubahan yang berlaku kepada sebutan nama sesuatu tempat itu. Ada kalanya ia merupakan singkatan kata, pengubahan bunyi atau kepilatan sebutan.
Batu Pahat

Nama Batu Pahat dikatakan dari peristiwa memahat batu untuk mendapat bekalan air tawar di pantai Minyak Beku yang terletak di Kuala Sungai Batu, Batu Pahat. Kerja ini dilakukan oleh angkatan tentera Siam (Orang-orang Muslim Pattani Siam ) di bawah pimpinan Awi Dicu dalam abad ke-15 sewaktu hendak menyerang Melaka. Kesan pahatan tersebut masih terdapat hingga sekarang. Kesan ini dikenali sebagai Perigi Siam atau Perigi Batu Pahat. Pusat bandar bagi daerah Batu Pahat ialah Bandar Penggaram. Nama Penggaram itu dikatakan berasal daripada ‘pangkal jeram’, kerana terdapat jeram di sebuah sungai kecil yang mengalir dari bukit belakang bandar tersebut.
Muar

Muar lahir daripada perkataan ‘muara’ iaitu kuala sungai. Ini disebabkan oleh penempatan awal di kawasan tersebut terletak di muara Sungai Muar. Sungai Muar terkenal sejak zaman silam kerana sungainya yang lebar membolehkan para pelayar berlindung di musim gelora. Pelarian Raja Iskandar Syah (Parameswara) dari Singapura setelah dialahkan Majapahit pada awal abad ke-15 menggunakan sungai ini. Demikian pula apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, raja dan para pembesar Melaka melarikan diri melalui Sungai Muar.

Versi lain mengenai kewujudan nama tersebut ialah daripada perkataan ‘muak’ (jemu dan ‘mu-aru’ (Bahasa Tamil) bermaksud tiga sungai.

Bandar Maharani yang menjadi pusat bandar utama daerah Muar mendapat nama sempena nama Permaisuri Maharaja Abu Bakar pada 12 Ogos 1887. Oleh kerana pada masa itu Sultan Abu Bakar masih memakai gelaran Maharaja, permaisuri baginda memakai gelaran Maharani. Bandar itu dinamakan atas nama permaisuri yang megiringi Baginda dalam upacara perasmian bandar itu, Maharani Fatimah.
Mersing

Mersing mendapat nama daripada peristiwa penahanan buang daerah seorang pesuruh Sultan Pahang berbangsa Sikh, kerana melakukan kesalahan yang berat. Penahanan ini berlaku sewaktu Mersing belum ramai penduduk. Pekerja tersebut bernama Amer Singh, dan namanya menjadi terkenal di kawasan tersebut hingga menyebabkan tempat itu dikenali dengan nama Mersing.

Cerita lain yang membawa munculnya nama Mersing ialah dari peristiwa seorang dara bernama Mersing mencintai teruna perantau dari Pahang bernama Awang. Oleh kerana Mersing diminati oleh anak penghulu, bapa Mersing memilih anak Penghulu bakal menantunya.

Untuk memisahkan di antara Mersing dengan Awang, timbullah fitnah. Tetapi Awang berjaya membuktikan kesuciannya dengan menghapuskan fitnah tersebut. Akhirnya bapa Mersing bersetuju menerima Awang menjadi suami anaknya. Namun Awang tetap keras hati lalu meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk di situ dalam keadaan menyesal. Dari nama dari itu lahirnya nama Mersing dan didendangkan kisahnya dalam lagu Seri Mersing.
Segamat

Nama Segamat berasal dari ungkapan kata ‘segera amat’ atau ‘segar amat’. Kata-kata itu lahir dari mulut Bendahara Tepok dalam pelariannya ke hulu Sungai Muar setelah Melaka ditawan Portugis. Bendahara Tepok yang mengalami penyakit lumpuh terpaksa diusung ke perahu. Ketika sampai ke Lubuk Batu, menurut beliau, segera amat sampainya angkatan pengiring-pengiringnya ke tempat yang selamat, jauh dari ancaman Portugis. Oleh kerana pada hari itu cuaca agak panas, Bendaraha Tepok pun mandilah di situ. Kata Bendahara Tepok setelah mandi, “Segar amat rasa badan ini” kata-kata Bendahara Tepok ini menjadi sebutan ramai pengikutnya hingga kemudiannya menamakan petempatan yang mereka duduki dengan nama Segamat.
Pontian

Perkataan Pontian dikatakan berasal dari kata ‘Perhentian’. Perhentian yang dimaksudkan itu ialah Sungai Pontian Besar, tempat berteduh dari gelora Selat Melaka bagi kebanyakan para pelayar yang hendak ke Singapura atau ke Melaka. Ada yang menyebutnya sebagai tempat perhentian para lanun untuk menunggu mangsa yang melintasi kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, kuala Sungai Pontian Besar adalah tempat perhentian nelayan memunggah tangkapannya, sementara Pontian Kecil menjadi Bandar utama bagi daerah Pontian.
Kota Tinggi

Kota Tinggi mengambil nama daripada kota yang dibina di atas kawasan tinggi di tebing Sungai Johor. Pembinaan kota tersebut untuk menangkis serangan Portugis yang berusaha hendak melenyapkan kuasa Kesultanan Melayu yang telah dialahkannya di Melaka pada tahun 1511.

Oleh Kerana Sungai Johor adalah kawasan yang selamat untuk berteduh dari gelora Laut Cina Selatan , ia telah menjadi tumpuan para pedagang sejak zaman silam lagi. Zaman Ptolemy kawasan tersebut dikenali dengan nama Palanda. Banyak tinggalan lama seperti manik dan permata dari zaman Han (SM200 - TM20) dan zaman Empayar Rom pernah ditemui di Kota Tinggi.
Tangkak

Nama Tangkak timbul daripada ‘tang merangkak’. ‘tang’ berasal dari perkataan tentang yakni tempat. Peristiwa itu berlaku ketika peneroka kawasan Tangkak, Long Mahmud tujuh bersaudara terpaksa merangkak naik ke tebing Sungai Tangkak menuju ke Bukit Tambak di kawasan Seri Makmur. Tebing-tebing sungai di kawasan Tangkak adalah lembut dan jerlus kerana paya ditumbuhi pokok-pokok resam, sendayan, pakis dan rembia.
Kluang

Bandar Kluang mengambil nama Keluang Kampung. Keluang sejenis kelawar besar pemakan buah. Ia memakan bunga durian dan buah-buahan seperti rambutan, rambai dan lain-lain. Penduduk kampung tersebut berjaya membunuh tupai yang datang ke dusun mereka, tetapi gagal menakutkan keluang yang begitu banyak setiap petang datang ke situ. Keluang yang banyak itu dikatakan datang dari sebuah bukit di belakang kampung mereka (bukit yang dimaksudkan mungkin Gunung Lambak). Akhirnya seorang pawang terpaksa mengadakan suatu upacara di bukit tersebut untuk memujuk keluang-keluang itu agar tidak datang ke dusun penduduk kampung tersebut.

Well,setakat tu jee yang dapat aku isikan sekarang..banyak lagi sebenarnya..apapun,i'm proud to be a johorian..(gerek seeehh..)nantikan artikel gua yang mendatang..You're My Frieenndd daaa!!!...Assalamaualaikum w.b.t...
Related Posts with Thumbnails