Sunday, April 26, 2009

Selamat Mengahadapi Peperiksaan!!!!!


Assamualaikum My Frieenndd!!! Rase2nya da lama aku tak tulis something kat blog niii...(pasal tkde ilham...)anyway,musim peperiksaan kembali semula...berbekalkan ape yg telah dipelajari (wlupun tak lengkap) dan segunung harapan untuk kejayaan, aku akan hadapinya seperti mengahadapi suasana berkhatan jeeee...kikikiiii..

Memandangkan exam time adalah waktu,yang penuh dengan tekanan,so nasihat aku supaya tetaplh menguntum senyuman wlupun timbul urat2 kpala korang dan hampir putus urat kentut korang (spt kuda kat atas niii..)kikikiii...pandai2 laaaa kita handle diri kiter ni k..jgn sampai ada yg terjun blok keee,telan colgate sampai habis keee disebabkn tahap pressure yg parah..kikikiii...

ok laaa...nantikn warkah gua yg seterusnya k...senyum seindah suria,yang membawa cahaya..senyumlah dari hati, duniamu berseriii..kikikii...jumpa lagiii...You're My Friend Daaaaaa!!!! Assalamualaikum...

Saturday, April 4, 2009

Islam Dan Cinta Sejati

Semua orang petah berbicara mengenai cinta, tetapi bagaimanakah memperolehi cinta yang terunggul? Untuk mendapat cinta manusia yang tulus lagi sejati, carilah dan kahwinilah manusia yang mencintai Allah dan Allah jua menyintainya supaya terisi makna cinta yang sebenar. Sabda Nabi SAW: Amalan yang paling disukai Allah ialah mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah Riwayat Ahmad. Berpasangan dan cinta adalah naluri dan nafsu, otak mengawalnya. Jika biarkan cinta kuasai diri hingga merosakkan hidup, nescaya diburu penyesalan sepanjang hayatnya. Setiap pasangan perlu belajar menggemari kegemaran pasangannya dan memperbanyakkan ciri-ciri persamaan antara keduanya bagi melancarkan hubungan dan komunikasi mereka. Untuk saling memahami, seseorang perlu meluahkan rasa hati. Silapnya kita sering menganggap bahawa yang meluahkan rasa isi hati itu sebagai pendendam dan celupar. Keintiman pasangan dilihat sejauh mana perkongsian citarasa, fikiran, perasaan, tingkah laku, hasrat dan keputusan antara mereka. Keputusan sepakat membawa berkat. Pasangan yang tidak ada rasa sepakat, tiada saling bergantungan dan tiada rasa tanggungjawab adalah antara petanda bahawa keintiman antara mereka semakin berkurangan.Kualiti perhubungan antara pasangan dapat dilihat
daripada kualiti komunikasi sama ada positif atau negatif. Kuasai teknik berhubung supaya maksud anda difahami. Bersikap terlalu kritis terhadap pasangan menyebabkan hilang keseronokan dalam perhubungan malah timbul kebosanan. Kritikan biar berhikmah agar ia tak tersinggung.

Ingatlah bahawa hati wanita terletak di mulut, kerana mereka gemar meluahkan perasaan dengan kata-kata. Mulut lelaki pula berada di hati, kerana mereka lebih suka memendam rasa.Sikap cemburu itu pula tandanya sayang, akan tetapi cemburu yang berlebihan adalah antara petanda curiga serta ingin menguasai pasangannya. Cemburu biar kena pada tempatnya. Pasangan yang bahagia menggunakan alasan untuk membela antara satu sama lain. Manakala pasangan yang tidak bahagia berusaha mencari alasan untuk saling tuduh-menuduh.Pasangan yang selalu hendak menang, pentingkan emosi serta egois akan burukkan lagi perhubungan apabila berlaku krisis .Usah pentingkan diri tapi banyakkan toleransi. Jika setiap pasangan mengharapkan cinta mereka saling berbalas, berlumba-lumbalah mencari kasih sayang dan carilah keredhaan Allah, itu adalah sebaik-baik pengharapan.
Cintailah siapa yang kamu cintai, tapi suatu hari nanti kamu akan berpisah dengannya, tetapi mencintai Tuhan kekal buat selamanya. Selami keikhlasan pasangan anda seadanya!

Sejarah Bugis,Bangsa Keturunan Aku..

Alat untuk mencetak Lepat Loie

makanan tradisi orang Bugis

BUGIS

Orang Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi di Indonesia, dan kini dengan populasi seramai tiga juta, mendiami hampir kesemua kawasan di Sulawesi Selatan. Penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatra, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia dan Sabah,Sarawak

Etnik Bugis cukup terkenal di dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan di dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, lanun yang digeruni dan pedagang yang berjaya. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar. Orang Bugis juga merupakan penganut agama Islam.

SEJARAH BUGIS

Sejarah Awal Bugis

Kerajaan pertama Bugis mengikut La Galigo ialah Wewang Nriwuk, Luwuk dan Tompoktikka. Luwuk mendapat kedudukan istimewa kerana ia dianggap sebagai ketua Bugis. Walaubagaimanapun, pada abad ke 15, berlakunya perubahan didalam sosio-politik, ekonomi dan agama disebabkan berlakunya migrasi penduduk dari persisiran pantai hingga ke tengah hutan belantara membuka penempatan baru. Didalam bidang ekonomi, penanaman padi sawah, pembuatan besi dan penggunaan kuda diperkenalkan. Dari segi agama, adat membakar mayat di sesetengah tempat mula diamalkan. Pada akhir abad ke 15, munculnya beberapa kerajaan baru menentang kerajaan Luwuk. Antaranya ialah Gowa (Makassar), Bone dan Wajo'. Kematian Dewaraja, seorang raja Luwuk, menyebabkan perebutan dinasti untuk memerintah Tana Ugi. Gowa bersekutu dengan Bone menawan Luwuk dan sekaligus mempunyai pengaruh yang besar ke atas Sulawesi Selatan.

Pengislaman Bugis

Sulawesi Selatan pada abad ke 16 mengalami suatu perubahan yang besar. Dalam tempoh masa ini, komuniti Bugis dan Makassar berjaya diislamkan oleh Abdul Makmur, seorang Minangkabau. Manakala pada pertengahan abad ke 16, Sulawesi Selatan dikuasai oleh Gowa dan Bone. Kerana kedua-dua negeri ingin meluaskan kuasa mereka, maka tercetuslah peperangan sesama mereka dan Bone dikalahkan. Sebagai membalas dendam, seorang putera Bone bernama Arung Palakka bersekutu dengan Belanda untuk menyerang Makassar. Pada tahun 1667-1777, Makassar jatuh ketangan Belanda dan ini menyebabkan migrasi Bugis ke Sumatra dan Tanah Melayu.

Bugis dan Pembentukan Indonesia

Pada tahun 1799, Belanda menguasai seluruh Sulawesi Selatan. Dalam tempoh pemerintahan Belanda, pelbagai unsur-unsur baru diperkenalkan seperti sistem cukai dan buruh paksa. Pendudukan Jepun pada tahun 1942 mengubah pemikiran rakyat Sulawesi Selatan terhadap Belanda. Pada tahun 1945, selepas pengunduran Jepun, Sukarno mengumumkan kemerdekaan Indonesia tanpa pengiktirafan Belanda. Ini mencetuskan pertumpahan darah di Indonesia. Belanda kemudiannya terpaksa berundur dari Indonesia selepas komuniti dunia mengiktiraf kemerdekaan Indonesia.

Sejarah Bugis Di Tanah Melayu

Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Ia bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Riau Lingga ketika itu, iaitu Raja Kechil. Ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah Melayu. Malah,Raja Ali, anak Daeng Chelak, Raja Lumu, dinobatkan sebagai Sultan Selangor pertama.

Bahasa Bugis



Etnik Bugis mempunyai bahasa tersendiri dikenali sebagai Bahasa Bugis (Juga dikenali sebagai Ugi). Konsonan di dalam Ugi pula di kenali sebagai Lontara yang berdasarkan tulisan Brahmi.
Related Posts with Thumbnails