Wednesday, January 27, 2010

Satu Penghinaan Yang Tak Mungkin Dimaafkan..


Assalamualaikum My Friend...kali ni aku takde selera nak citer pasal politik nii..kerana aku skrg telah 'terpeka' akan isu yang sememangnya membuatkan aku dan seluruh rakyat Johor amat geram,iaitu penghinaan atas kemangkatan Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 22 Januari lepas..Alkisaaahhh..

Penulis blog Adukataruna ditahan reman empat hari
Oleh Ismail Mat
ismailmat@bharian.com.my

Berdepan penjara, denda sehingga RM50,000 jika bersalah

KOTA BHARU: Penulis blog Adukataruna yang dipercayai menghina Almarhum Sultan Iskandar dan Kerajaan Johor, dikenakan tahanan reman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, mulai semalam.

Pereka grafik yang melarikan diri dari Seremban ke Kota Bharu itu, ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan polis yang dijalankan mengikut Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan, penulis terbabit berdepan denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali, selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan.

Majistret Azrol Abdullah membenarkan perintah tahanan reman sehingga Jumaat selepas meluluskan permohonan yang dikemukakan polis dalam prosiding ringkas di kamarnya kira-kira jam 9 pagi.

Sejurus perintah reman dikeluarkan, penulis blog itu yang diiringi beberapa anggota dan pegawai polis dibawa ke Johor bagi membantu siasatan ekoran 31 laporan polis yang dibuat berhubung kenyataan menghina Sultan Iskandar dan kerajaan negeri menerusi laman blognya.

Penulis blog terbabit ditahan polis di Kota Bharu, kira-kira jam 4 petang kelmarin, ekoran penulisan yang disiarkan dalam blognya pada Sabtu lalu, hingga menimbulkan kemarahan ramai.




Ok,da baca?? di atas ni merupakan gambar makhluk yang didakwa telah menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, iaitu dikenali dengan nama Aduka Taruna melaui laman blognya adukataruna.blogspot.com..
Untuk pengetahuan korang semua,perbuatan die ni telah mencetuskan kemarahan beribu-ribu rakyat Johor (termasuk aku)serta mereka yang bukan johorian sekalipun..you know why?becoz tindakan dia ni telah melanggar perlembagaan Raja-Raja Melayu serta melanggar peraturan dan akta media..klu korang tengok kat blog die tuu,beratus-ratus ejekan,sumpahan,cacian yang dilemparkan ke atas mamat niii..aku rasa amat marah,menyampah,geram ngan makhluk nii..andai kata kalau dia ni dihadapkan ke keluarga kerabat Diraja Johor,guess what will happen?hahahahaaa...die belum rasa lagi macam mana penangan kerabat Johor yang sememangnya berdaulat niii..rakyat Johor ngah sibuk berkabung,die plk sibuk menghina Almarhum..tkde faedah yang dia akan terima,bahkaan padah yang bertimbun-timbun menimpa die..tu laaaa,lain kali jgn main hembus jeee sesuka hati klu nak tulis blog niii..ckp biar berhemah..amik pengajaran kepada kita semua k..semoga roh Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dicucuri Rahmat oleh Allah..Amiin..
Ok My Friend,sampai sini dulu gua boleh sampaikan..kita jumpa lagi k..wassalam..

p/s:by the way,baru pas mengundi nii..agak2 pihak mana yang menang PRK kali niii?

Sunday, January 24, 2010

Perang Politik Kampus Da Bermula Weeeiii....


Assalamualaikum My Frieenndd...haaaa,dari post yang sedih kita beralih kepada post yang panaaaasss pulak,hahahahaa...kali ni aku nak bukak citer aku pasal something yang tiap2 kampus akan melaluinya (melainkan Campus Zone Maxis,hahahaha..)iaitu Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar..ini bukan sesuatu yang baru dalam alam kampus,bahkan sudah menjadi adat dan tradisi dalam memilih kepimpinan di universiti..cuma berbanding dengan pemilihan ketua kelas di sekolah,pemilihan MPP universiti ni lagi mencabar dengan sebab diselitkan dengan unsur2 politik dan perjuangan ke arah kebajikan mahasiswa..seperti yang korang sedia maklum,kat UKM nii ada pihak ASPIRASI dan ada pihak GMUKM..ramai yang salah anggap tentang ASPI (ASPIRASI) ngan GM (GMUKM) niii..ada yang ckp ASPI nii anak buah UMNO dan ade yang ckp GM nii anak buah PAS/KEADILAN..bagi aku,ASPI&GM nii bukan seperti apa yang dicakapkan tuu kerana bagi aku,ASPI dan GM nii adalah pihak politik yang bertanggungjawab dalam kawasan kampus..amat berlainan dengan UMNO&PAS/KEADILAN..tapi tak tau laaa klu2 ada dimasukkan politik luar dalam kampus nii kan..tapi bagi aku,adanya AUKU niii menjadi guide macam mana kita nak berpolitik kat universiti niii...ok,nanti aku akan postkan lagi post psl PRK niii..(nampaknya memanjang laaa aku post psl politik kampus nii sampai habis mengundi nant,hahahaaa...)oh yeee,untuk proses penamaan calon telah pun bermula pada hari niii (isnin,25 Januari 2009) dan hari pembuangan undi akan berlaku pada hari khamis nii (28 Januari 2009)..nantikan post gua yang selanjutnya k..Assalamualaiku My Friendd...

Perginya Sultan Berjiwa Rakyat


Assalamualaikum my Friend...kali ni aku nak citer pasal something yang aku rasa bukan aku jeee yang patut sedih,tapi semua rakyat Malaysia khususnya rakyat Johor patut bersedih juga,iaitu tentang mangkatnya Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 22 Januari 2010 setelah hampir tiga dekad beliau memerintah negeri Johor yang ku cintai..
Overall,kita da tau bila dia mangkat,di mana beliau mangkat dan perjalanan pengkebumian beliau daripada Istana Besar Johor Bahru hingga Makam Diraja Mahmoodiah..just aku nak share apee yang aku rasa berkaitan dengan kemangkatan sultan berjiwa rakyat nii..Bagi aku,Almarhum merupakan seorang yang betul2 dan benar2 mementingkan kebajikan rakyat Johor..beliau sanggup mencemar Duli turun bersama rakyat,mendengar masalah rakyat dan membela nasib rakyat Johor yang kemudiannya sikap keperihatinan ini diteruskan oleh anakandanya,Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor sabtu lepas melalui program tahunannya iaitu KEMBARA MAHKOTA JOHOR..Almarhum juga merupakan pemimpin yang amat tegas dan berdisiplin dalam mentadbir negeri Johor dan memerintah Malaysia semasa dilantik menjadi Yang Dipertuan Agong yang ke-8..beliau juga amat berminat dengan ketenteraan..ini dibuktikan dengan penampilan beliau,anakanda2nya dan kerabat diraja Johor dengan seragam tentera tambahan pula beliau dan anakanda2nya pernah menerima latihan ketenteraan di India..pemimpin seperti beliau laaa yang aku sebagai anak jati Johor amat terasa sedih dengan kehilangannya..semoga Almarhum ditempatkan di kalangan Hamba2Nya yang soleh..Amiiinn..
Ok,sampai sini dulu yang aku boleh sampaikan..next artikel pulak mungkin akan memanaskan sesetengah pihak selepas nii...nantikan..Assalamualaikum My Friend..

Wednesday, January 13, 2010

Rintihan Hati Seorang Hamba




Engkau tahu kesedihanku
Sebab dosa-dosaku yang telah aku lakukan
Kadangkala jiwaku tak tenang
Tapi mereka tidak tahu
Aku menyembunyikannya dari mereka
Kalau mereka tahu mereka akan ikut derita
Biarlah aku tanggung sendiri
Di hadapan mereka mukaku tetap ceria
Seolah-olah tidak ada apa-apa
Seolah-olah jiwaku tidak terganggu
Mereka menyangka akulah orang yang paling bahagia
Mataku jarang menangis
Hatiku menangis selalu
Aku selalu sahaja ingat mati
Bagaimana kesudahannya aku tidak tahu
Apakah aku akan selamat menempuh ujian itu
Apabila kukenang-kenangkan ibadahku
Tidak sebanyak para sahabat
Apakah yang menjamin aku selamat
Apabila mengingat rahmat Tuhan yang luas sekali
Jiwaku yang menggelora reda sedikit
Aku mengaharap kepada Tuhan
Jiwaku dengan segala dosaku
Jadikanlah syafaat buatku di akhirat
Itulah bekalanku menemuiMu
Namun memanglah ibadahku tak sampai ke mana
Ya Tuhan,
Terimalah ibadahku yang tidak sepertinya ini,
Ia serba kekurangan
Banyak cacat celanya
Tapi apakan daya
Ini yang aku mampu mempersembahkannya
Sudah kucoba dengan sepenuh hati
Tapi masih tidak mampu juga dengan sempurna
Aku harap dengan rahmatMu terima jugalah
Atau dengan kekurangannya terimalah
Walaupun tidak sempurna ibadahku
Aku tetap tidak jemu
Aku tetap teruskan sekalipun tidak meningkat
Aku tetap istiqamah
Kasihanilah aku wahai Tuhan
Hamba yang lemah ini
KeampunanMu yang aku harapkan
Kalau engkau tidak membela ku
Siapa lagi yang akan membelanya
Kalau aku diazab
Aku kan hambaMu jua
Aku adalah ciptaanMu
Kalau aku Engkau selamatkan
Engkau tidak akan rugi
KebesaranMu akan tetap sempurna

Hasil Nukilan
Ustaz Ashaari bin Muhamad

Tuesday, January 12, 2010

Anak Murid Sapeee la Niii...

Assalamualaikum My Friend...kali ni aku nak tunjukkan kat korang antara karangan budak sekolah yang semestinya silap bebenor walaupun da disuruh buat balik 3 kali,tetap silap gak..nasib baik aku bakal ngajar Pend.Islam..(tapi tak tau laaa klu anak2 murid aku buat silap yang sama nanti eeehh....)




Haaaa..amacam?klu korang jadik cikgu die,sakit hati tak?klu aku,aku da suruh anak2 murid tu berdiri atas kipas ngah pusing,kui3..apepun,bawak bersabar klu ada budak mcm niii..time ni laaa die nak uji sejauh mana murninya karier guru nii..mana tau klu budak nii da bijak pandai,dibelikannya untuk korang kereta Avanza,tak ke terujanya korang?heee..sampai sini dulu gua boleh post,jumpa lagi My Friend..

Monday, January 11, 2010

Cikgu:Jangan Takut Bila Dikata

Assalamualaikum My Friend...antara sajak yang ditujukan untuk insan bernama guru dan bakal2 guru dan juga pesara2 guru..hayati..hayati...hayati...

Hidup seorang guru sungguh bahagia
Terkenang jasa diluput tidak
Tapi pena orang luar
Bila berbicara soal guru
Aku menjawab tenang

Orang kata guru itu payah
Siang pergi malam kerja
Aku kata guru itu mudah
Siang bergaji malam bahagia
Pagi tak pernah rugi
Malam tidurpun selesa

Orang kata guru itu penat
Gaji tak seberapa kerja berlambak
Aku kata guru itu rehat
Mengajar tak seberapa tapi penuh berkat
Kerja sekerat-sekerat pahala penuh sendat
Ilmu yang dicurah tak dapat disekat
Makin dicurah makin mendekat

Orang kata guru itu sungguh bosan
Setiap tahun muka sama setiap bulan
Aku kata guru itu singguh riang
Sekali berkata murid ketawa girang
Bila berjaya murid terus menjulang
Jasa bakti tak pernah hilang

Orang kata guru itu sepi
Dihumban ke dalam hutan seperti tiada penghuni
Lebih-lebih lagi Ulu Banat tak bertepi
Aku kata guru itu "happy"
Jasa bakti dipercayai
Masuk kedalam hutan untuk berbakti
Pada bangsa anak pertiwi
Agak kelak menabur bakti
Setelah keluar dari IPT

Orang kata guru itu susah
Orang berkereta mewah berbatunya rumah
Masih meminta agar dipindah, tak pernah kena

Aku kata guru itu senang
Kereta tak ada tak bayar hutang
Rumah sederhana berhati tenang
Tidur lena pencuri tak datang
Tak dapat pindah bukan penghalang
Menerus hidup seorang pejuang

Orang kata apa boleh dikata
Kalau hati sudah dimahkota
Janji guru janji dikota
Aku berkata itulah guru sungguh bertakhta
Jangan takut bila dikata
Janji kita harus dikota
Luput tidak diingat dikata.

Pantun-Pantun Untuk Guru


Assalamualaikum My Friend..pantun kat atas ni aku tujukan untuk insan yang bernama guru (bakal guru pun bleh,buat pemangkin semangat)...hayati...hayati...hayati...

A-B-c dan alif ba-ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat

Satu dua tiga empat
Lima enam tujuh lapan
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan

Lima enam tujuh delapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!

Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan

Waktu malam mencincang halia
Masak cencaru berserai wangi
Muris silam patuh setia
Hormat guru serta disayangi

Pergi memburu ke hutan lama
Dapat rusa di waktu pagi
Kalau ilmu ku dapat sama
Usaha guru ku sanjung tinggi

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak
Related Posts with Thumbnails