Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya My Friend!!!!


Salam My Frieenndd...akhirnya,sesi madrasah Ramadhan sampai ke penghujungnyaa...Ramadhan bakal pulang,Syawal bakal bertandang...Sempena Syawal yang menjelma nii,saya nak mintak maaf andai kata terkasar bahasa,terngumpat blkg2,pinjam duit tak bayar2,ade tersakitkan hati sesape..sesungguhnya saya hanya manusia biasa sajeee...Pesanan saya (kpd rakan2 kuliah atau pelajar2 sy),selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir Batin..pulanglah ke destinasi dengan selamat..bergembiralah bersama keluarga tersayang..sekembalinya kita ke perbukitan ilmu,tuntutlah ilmu semula dengan semangat yang baruu..haaa..main mercun jangan lebih2 tauu..tak pasal2 balik rumah sepuluh jari,pulang UKM semula takde jarii..hahahaaaa..ok My Frieenndd,gua chow dulu..nak balik rumah niii...jumpa lagi,wassalam..You're My Frieennddd Daaaaaa..!!!!

Monday, September 7, 2009

Hukum Bid'ah dan Penerangannyaa..


Salam..untuk segmen pengetahuan agama kali niii,sy nk mengemukakan satu isu yg biasanya sering dipersoalkan,masih dibincangkan dan selalunya dipertikaikan dalam urusan kehidupan beragama,iaitu tentang Bid'ah..jom kita susuli artikel ini...

BERWIRID selepas solat, membiasakan diri membaca Yasin pada malam Jumaat dan menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul setiap kali Rabiulawal tiba, malah sesekali mengikuti majlis bacaan talqin menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita.

Tetapi, sesetengah pihak mendakwa amalan berkenaan bidaah dan perlu ditinggalkan.

Dakwaan itu sungguh mengelirukan. Bagi yang kurang memahaminya, ia boleh menimbulkan perselisihan faham, tuduh menuduh dan kacau bilau.

Hadis diriwayatkan Muslim bermaksud: “Adapun kemudian dari itu, sesungguhnya sebenar-sebenar perkataan itu ialah kitab Allah dan sesungguhnya semulia-mulia petunjuk itu ialah petunjuk Muhammad dan sejahat-jahat perkara ialah diada-adakan, setiap yang diada-adakan itu bidaah dan setiap bidaah sesat dan setiap kesesatan di dalam neraka.”

Ramai gemar mengatakan sesuatu itu bidaah, tetapi persoalannya apa sebenarnya bidaah?

Pengertian bidaah dibahagikan kepada dua iaitu pada bahasa dan istilah. Menurut bahasa ialah nama bagi suatu yang baru diadakan. Bidaah dalam urusan keduniaan tidak dilarang, tetapi dalam keagamaan ditegah.

“Apabila suatu itu dari perkara dunia kamu, maka kamu sekelian lebih mengetahui dengannya dan apabila ada dari urusan agama kamu, maka kepadaku.” (Hadis Riwayat Ahmad bin Anas)

Maksud di sini, dalam urusan dunia manusia bebas meneroka dan memperkenalkan penemuan baru, teknologi baru dan kemudahan baru, bagi kesempurnaan dan meneruskan kelangsungan kehidupan.

Tetapi dalam urusan agama seperti ibadat solat, ia perlu dilakukan berasaskan sunnah, sama ada cara dan rukunnya.

Nabi pernah bersabda, maksudnya: “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku melakukan solat.”

Bidaah adalah berlawanan dengan sunnah (jalan Rasulullah dan sahabat), yang sepatutnya menjadi jalan ibadat, tanpa berlebih atau berkurang.

Menurut istilah ulama, bidaah ialah satu jalan atau satu cara perbuatan yang diada-adakan dalam agama, tidak pernah berlaku pada zaman Rasulullah dan sahabatnya, dengan maksud untuk mendampingkan diri kepada Allah atau beribadat kepada-Nya kerana ingin mendapat pahala-Nya.

Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abd Majid Umar, berkata bidaah terbahagi kepada dua jenis, seperti ditegaskan Imam Syafie iaitu bidaah terpuji dan tercela.

Imam Syafie berkata: “Bidaah itu dua jenis iaitu: bidaah yang terpuji dan bidaah tercela. Maka, bidaah yang sesuai dengan sunnah adalah terpuji dan bidaah menyalahinya ialah yang tercela.”

“Bidaah terpuji ialah amalan yang membawa kebaikan. Talqin tidak menjadi kesalahan kerana memberikan nasihat yang baik kepada mereka yang hadir.

“Membaca Yasin pada malam Jumaat juga amalan baik. Orang tua dulu mengadakan majlis baca Yasin pada malam Jumaat kerana ia penghulu hari dan mereka mendapati yang paling mudah ialah surah Yasin.

“Mereka berkumpul dalam satu majlis seperti itu setiap malam Jumaat memanglah tidak ada hadis khusus, tetapi ada nas secara umum supaya membaca al-Quran,” katanya.

Secara umum, perkara yang tidak ada pada zaman Nabi tetapi tidak bercanggah dengan anjuran Islam masih dibolehkan untuk dilakukannya.

Menurutnya, dalam majlis persandingan misalnya, walaupun tidak ada dalam agama, jika membawa kebaikan tidak mengapa, tetapi apabila wujud unsur pembaziran, pendedahan aurat dan kelalaian tidak dibolehkan.

“Kenduri itu memang baik dan ia sebagai hebahan kepada umum bahawa si pulan sudah berkahwin. Tetapi jika majlis itu mewujudkan pembaziran, ia dilarang,” katanya.

Ulama ada menerangkan beberapa bidaah yang dilarang, seperti meminta kepada Allah melalui orang mati, bernazar untuk melakukan sesuatu di kubur orang tertentu yang dianggap keramat atau wali, menyerahkan hukum agama kepada akal manusia dan menolak nas dari Allah dan Rasul serta mengerjakan solat dengan cara berlainan dari perintah asal, seperti dua rukuk dan satu sujud.

Bersabit perkara baru dan tidak dilakukan pada zaman Nabi, Abd Majid berkata, pada zaman tabiin dulu ada tetapi mereka melakukan perkara yang elok seperti selepas solat berwirid.

“Memang tidak ada suruhan berwirid selepas solat secara khusus. Tetapi amalan dilakukan golongan dulu yang tidak bertentangan dengan Islam walaupun tidak ada hadis khas boleh diteruskan, termasuk Maulidur Rasul, kita buat walaupun tidak ada suruhan.

“Segala perkara baru tetapi ia ada kebaikan, tidak bertentangan dengan Islam walaupun tidak ada hadis,” katanya.

Dalam hubungan ini, katanya, masyarakat sepatutnya tahu membuat penilaian sesuatu perkara, sama ada boleh dilakukan atau tidak dengan menjadikan prinsip agama sebagai ukuran.

sumber:mingguanwahabi.blogspot.com (thanks for the article..)

So,da clear?ke masih ada lagi nak mempertikaikannya?jumpa lagi at next warkah k...ma'as salamah wa ilal liqaa'..wassalam..

Aaarrrrgghhh...tesis...tesis...



Salam Ramadhan My Friend..waaaa,kali nii aku seolah-olah dihimpit,ditekan,ditindih dan sewaktu dengannya yg mampu membuatkn diriku sempit dan tersepit...ni sumee disebabkan oleh suatu tetamu yang mmg akan dtg kpd kita bila kita da nk grade niii,iaitu tesis..
Hmmm..ibarat telur di hujung tanduk,kini aku semakin bingung dan bengong dlm menyiapkan tesis niiii..apehal laaaa kena buat tesis utk grade niii...Apepun,sesiapa yg melihat artikel niii dialu-alukan utk menyedekahkan Al-Fatihah utk roh masing2 supaya kuat semangat dan Al-Fatihah tu pun merupakan makanan kpd roh kita sebenarnya..
Ibarat gambar di atas niii,tu laaa diri aku skrg..so saper2 yg ada M16 tuu,sila laaa tamatkan nyawa akuu...(gurau jeee...aku tak grade lg,kawin pun blum...)..ok laaaa,next time,kita jumpa lg k...selamat berpuasa...You're My Frieeenndd Daaaaa...!!! Assalamualaikum..

Monday, August 24, 2009

Ramadhan Kembali Bertandang...


Salam for all bloggers..it's been a long time since i hadn't updating my blog..peeehh,skali gua speaking western daaa...
Anyway,pe kabar buat semuaaa..alhamdulillah,kita telah berada dalam suatu bulan yang penuh keberkatan,keampunan,kerahmatan daripada Allah S.W.T iaitu bulan Ramadhan Al-Karim..
Bercerita mengenai bulan Ramadhan niii,i just want to share to you all about what i've supposed to face along this month and generally this semester,yakni aku terpaksa berdepan dengan tesis (satu group dengan zaujah,kikikii...)..ianya amat2 menguji kesabaran gua,sama ada dari segi perjalanan menyiapkannya,kerenah penyelia dan juga pengorbanan masa free dan masa tido gua..
Apapun,aku still mengharapkan ramadhan tahun nii better than before..insyaAllah..akhir kalam,jumpa lagi guyzzz...You're My Frieeeennd Daaaa!!!..

*p/s:why this time gua tulis skit sgt eeehh...kikikii...

Saturday, July 18, 2009

Terkenang Sebuah Memori Dahulu..














Assalamualaikum My Frieeenndd!!! bila aku tengok balik gambar2 tersebut (wlupun skit jee yg aku upload kat sini),namun tak dinafikan aku sangat2 sedih mengenangkan perpisahan yang berlaku setelah 10 minggu menjalin mahabbah sebagai guru praktikal di SMKSS nii..ni laa kali pertama aku mempunyai pelajar2 aku sendiri,aku bergaul mesra dengan guru2,aku aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum,aku belajar tentang disiplin dan etika2 guru dan pelajar...senang citer,mmg best sangat2..
Tapi tulah kata pepatah,setiap pertemuan ada perpisahan..setiap yang datang,pasti akan pergi..namun,datangnya aku membawa sebuah azam dan tekad dan perginya aku membawa sebuah kenangan dan aku tinggalkan ilmu pengetahuan aku untuk pelajar2 aku..So,sape2 warga SMKSS yang terbaca blog ni,harap2 dapat kiter kontek selalu k..jangan biarkan akar ukhwah kiter terputus tanpa tercabang..You're My Frieeenndd Daaaaa!!!!

Friday, June 26, 2009

Tragedi Siswi KPZ & Aku.....


Salam..ni aku nak story skit tentang eksiden yang berlaku kat KPZ pada 22 Jun 2009 yang lepas,di mana seorang pelajar Master yang jugak merupakan R.A (research assistant) terjatuh dari tingkat 4 ke parking motor blok C1,Kolej Pendeta Za'ba..sinopsis eksiden ni,aku rasa ramai yang da tau..tapi aku nak story skit tentang eksiden nii..sebenarnya,pada pagi tuu,dlm pukul 6.45 pagi,aku berjalan kaki ke bus stop bawah yang memang hampir dengan tempat kejadian tuu..
Entah macam mana ditakdirkan oleh Allah,aku tak nampak langsung pun arwah yang kebetulan berada di situ dan masih tidak dijumpai oleh sape2 puun..masa tu aku nak tunggu kawan2 aku untuk ke sekolah..rupe2nya,tanpa disedari pada hari itu aku menunggu kawan2 aku dengan arwah tu berada di belakang aku!!! bila aku dan kawan2 aku gerak ke sekolah,baruu laa arwah tu dijumpai oleh makcik cleaner kat situu..agak2 kalau aku yang jumpa dulu arwah tu sebelum makcik cleaner,tak ke sekolah aku pada hari ituu..kuikuikuiii...
Apepun,kita doakan agar Allah letakkan Allahyarhamah Siti Farihan ni di kalangan orang2 yang beriman dan ditempatkan dari kalangan penghuni syurgaNya..Al-Fatihah..
*p/s:Kalau perlukan khidmat Ghostbusters,hubungi di talian 017-7851794..hee..

Saturday, June 20, 2009

Riadahku Time Praktikal

Assalamualaikum My Frieenndd..ni aku nk story skit time aku gi camping beruniform kat Kolej Uniti dekat ngan PD..aku gi ngan cikgu2 praktikal dan guru2 tetap SMKSS..camping ni drpd 29 Mei sampai 31 Mei..ni aku tunjukkn skit gmbar2 time kt sana..



haa..bergambar dulu sebelum bergerak ke PD..yang pakai baju pink tu GSTT..



da sampai daaa..amir ni,tengok je keee budak2 tu angkut barang..kikikiii..



then,aktiviti memasang khemah dijalankan...gambar time night drop tkde,so aku tunjukkan gambar esok harinyee..



esok harinyee,budak2 nii berkawat kaki...simpang siur jadiknyeee bila aku tengok..kikikii...



ngeh3..bergambar dulu sebelum berakit...yeeeehaaaa!!!!



sebelum berakit,kena laa buat dulu rakitnyee...tak ke gituu?



baru laaaa berakit..peerrgghh,enjoy seeehh kitorang...



petang tu plk,kitorang buat aktiviti berhalang..ni ngah dengar penjelasan daripada komando uniti..



pada malam tuu,pengetua SMKSS (yg pakai baju merah ni..)dtg..semangat pengetua laa katakan,hee..



ngeh3..aku jadik MC pada malam tuu,heee...



lepas pengetua bagi ucapan,maka dijalankan pulak malam kebudayaan..budak2 buat show,cikgu2 jadik hakim,aku pulak jadik MC,heee...



pada keesokan harinya,dijalankan aktiviti absorbing...(betul kee sebutan die nii?)lepas tu acara perasmian penutupan,then berambus balik ke rumah...
Related Posts with Thumbnails