Friday, April 16, 2010

Roh Bunga Ros


Artikel oleh : Sangtawal Sakranta.


Nabi Muhammad SAW bersabda “ Ada tiga perkara yang aku gemar dalam dunia ini iaitu solat,wanita dan wangian”

Setelah Allah menjadikan Roh Kenabian dari Nur(cahaya)-Nya,Allah menjadikan Roh bunga mawar atau Bunga Ros yang memiliki bau yang sangat harum dan digelar ibu segala wangian.Bila Allah menjadikan Roh kenabian,roh itu terlalu terang dan membakar sinarnya sehingga ia berpeluh,dari peluh Roh inilah Allah menjadikan Roh Bunga Ros.Inilah asas kepada ilmu sains Aromaterapi.

Ramai diantara nabi-nabi terdahulu yang menggunakan bunga-bungaan dan minyaknya sebagai alat penyembuh penyakit.Para sahabat nabi SAW mengakui bahawa tubuh badan nabi SAW adalah berbau sangat harum malah lebih harum dari bau bunga.

Sesiapa yang melihat bunga Ros pasti tersenyum dan merasa gembira.Manusia seluruh dunia menjaga dan memuliakan bunga Ros kerana ia adalah simbol cinta dan kasih sayang.

Nabi Sulaiman a.s adalah orang yang pertama mengetahui sifat-sifat penyembuhan yang ada pada herba dan bunga bungaan.Pada suatu hari ketika nabi Sulaiman sedang mendirikan solat,tiba-tiba tumbuh satu jenis bunga dan memberi salam kepada Nabi Sulaiman a.s lalu menceritakan jenisnya dan kuasa penyembuhan yang ada padanya yang dikurniakan Allah.Begitulah seterusnya semua jenis bunga dan herba yang mempunyai kuasa penyembuhan dan rahsia segala jenis ubat memberitahu hal masing-masing kepada baginda.Oleh itu Nabi Sulaiman a.s adalah manusia yang pertama memiliki ilmu ini yang datangnya dari sisi Allah SWT.


Bunga Ros juga ada rohnya yang tersendiri.Allah SWT telah mengilhamkan sebahagian daripada nabi-nabiNya bagaimana mengeluarkan roh atau pati bunga dari bunga dan ilmu ini ada tersimpan dengan banyak sekali dikalangan orang-orang sufi.


Ahli sufi percaya didalam badan manusia itu ada roh atau zat bunga ros yang sempurna.Zat bunga ros ini berguna untuk menyeimbangkan emosi dan spiritual.
Lambang kesufian itu sendiri adalah bunga Ros(mawar)! Kerana bunga ini dianggap ibu segala wangi wangian dan Ratu Taman Bunga.Keindahan dan keharuman bunga ini dihujung batang yang panjang,kuat dan berduri itu sesuai melambangkan jalan mistik atau tasawuf menuju Allah SWT.

Ros itu sejuk dan kering dalam darjah kedua.Ada kira-kira 300 jenis bunga ros yang digunakan dalam aromaterapi.Yang dikatakan paling baik ialah minyak dari pati bunga Ros Bulgaria.Ada juga sesetengah pendapat yang mengatakan minyak attar bunga ros dari India yang mula-mula diproses itu lebih baik dari attar Bulgaria. Untuk mengeluarkan satu kilogram(2.2 paun) minyak bunga ros memerlukan hampir 60,000 paun kelopak bunga Ros.


Ada sejarah yang mengatakan bahawa orang-orang India lah yang mula-mula mengetahui tentang minyak bunga Ros semasa perkahwinan Shah Jehan yang membina istana Taj mahal untuk isterinya Noor Jehan.Dikatakan disitu ada sebuah taman yang dipanggil taman Shalimar sebagai tanda cinta terhadap isterinya.Pada hari perkahwinan beliau,maharaja Shah Jehan telah memenuhi parit yang mengelilingi istananya dengan air bunga Ros.Bila sinaran matahari yang panas memanaskan air bunga ros itu,maka semerbaklah bau harum menusuk kalbu setiap pengunjungnya kerana minyak dari pati bunga itu terbit dari air ros tersebut. Minyak itu terapung diatas permukaan air lalu semua yang hadir ketika itu boleh menyentuhnya dan membawa pulang bau wangian yang sungguh harum!dari hari itu dikatakan orang-orang India mula mengetahui teknik membuat minyak wangi dari bunga Ros.

Menurut pakar Aromaterapi,wangian yang paling bernilai di dalam alam bunga-bungaan ialah wangian Bunga Ros.Ia boleh bertindak serentak dalam badan, perasaan dan kerohanian.Ia juga boleh membersihkan dan meningkatkan daya fizikal, mental dan kerohanian.Ia adalah minyak yang paling kurang kandungan toksidnya! Satu titik dari minyak bunga ros ini dikatakan berkuasa mewangikan air biarpun ia dilarutkan hingga sejuta kali!

Sesungguhnya bau harum dan wangi itu boleh membuatkan seseorang itu merasa segar,bahagia,tenang,bersemangat dan ceria.

DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER

Buah Durian Belanda

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

p/s:waaaaaa...bagus laaa..kat rumah aku pun ada pokok durian belanda niii..ngeh3..

Aku Dan Internet life...


Assalamualaikum My Frieeennnddd...aku sediiihhh kerana aku akan meninggalkan UKM dalam masa 2 minggu lagii..tapi aku bukannya sedih pasal nak tinggalkan kawan2,tapi aku sedih kerana aku akan meninggalkan something yang aku rasa amat nikmat aku gunakan sepanjang berda di UKM niii, iaitu WIFI UKM JARING...huhuhuuuu...

Waaaa..mcm2 aku da online kat wifi jaring sepanjang aku ada kat UKM niii...bermula dari friendster sampai ke facebook..dari download nota sampai download citer,dari ym sampai ke blog..sumer aku da rasa kat UKM nii..so aku rasa kehidupan aku ngan internet ni tak dapat dipisahkan..aku cadang nak pasang broadband kat rumah bila aku da abis belajar nantii..nampaknya terpaksa laaa aku tong2 ngan angah and uda aku niii..klu dapat broadband nii,bukan aku jee yg dapat serve,diorang pun merasa gaakk..

So,aku end my post kat sini dulu k..aku nak resume my study..jumpa lagi My Frieenndd..Assalamualaikumm...

Ahlan Wasahlan Yaa Imtihaaann...

Assalamualaikum My Frieeenndd..lama bebenor aku tak write something kat blog niii..kini da tiba masa untuk saat yang paling digeruni untuk aku lalui,iaitu examination time..alhamdulillah,sem ni merupakan sem terakhir aku di UKM nii..so,imtihan ni adalah imtihan terakhir untukku sebelum aku get out of this UKM..
So aku taknk laaa cakap banyak2 kali niii...aku mengharapkan doa daripada orang2 yang tersayang di samping aku melipat gandakan usaha aku..dan bertwakal kepadaNya bila kita da mencuba yang terbaik..insyaAllah Allah akan mempermudahkan urusan aku...Amiiinn..kita jumpa nex post k..maaf laa klu blog aku da tak menarik seperti duluuu...(menarik sangat keee..hahahaha..) jumpa lagi my frieendd..Assalamualaikummm...

Thursday, March 18, 2010

Terkenang Sebuah Memori Lalu (SMABT)


Assalamualaikum My Friennd..gambar yg kat atas ni adalah gambar aku ngan kawan2 masa form 2 ngan form 5 dulu kat Sek.Men.Agama Bandar Tenggara..kalau korang expert,carik laaa aku kat mana..(takyah carik,ada nama kat situu..
Time tu aku merupakan ketua pelajar,tapi selalu kena buli ngan budak2,hahahahaaa...anyway,thanks pada kawan aku,Azza kerana sudi upload gambar ni dalam facebook..walaupun aku baru amik gambar nii,tapi gambar ni banyak kenangan dan memori pada aku..aku tertanya tanya,manakah kawan2 aku berada sekarang?diorang kerja apa skrg?da ada keluarga sendiri ke belum?wallahu'alam..
Aku titipkan sebuah harapan kepada kawan2 aku agar walaupun masing2 da buat hal sendiri,tapi sekali sekala datang laaa jenguk2 kat sekolah..jumpa laaa cikgu2 kita,kerana diorang sebenarnya still ingat kat kita..aku rindukan korang semua taauu..
Sampai sini dulu aku boleh titipkan..jumpa lagi k...Assalamualaikum My Frieenndddd..

Monday, March 8, 2010

JiKa InGiN bErTeMaN....


Apabila kau ingin SESEORANG sebagai TEMAN,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya...


Andai kau ingin SESEORANG sebagai TEMAN,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya...


Andai kau inginkan SESEORANG sebagai TEMAN,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya...


Andai kau inginkan SESEORANG sebagai TEMAN,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya...


Andai kau inginkan SESEORANG sebagai TEMAN,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang TEMAN,
Yang hanya manusia biasa...


Kelemahan... Kekurangan... Keburukan...
Kalau itu yang kau boleh terima dari seorang TEMAN,
Tidak mustahil kau akan memperolehi keseimbangan dalam berteman
Kerana kau juga tidak sempurna,
Dan
Tiada siapa yang sempurna...

Sunday, March 7, 2010

Saya Sayang Awek Saya...


Saya suka tengok jari awek saya...
Cantik betul...
Sungguh!Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other
Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...
.
Saya suka tengok rambut awek saya..
.Cantik betol...
Sungguh!Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
Di suatu hari yang giler forever
.
Saya suka tengok body awek saya....
Cantik betol...
Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama
Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala.
Pheh syoknye...
.
Saya sedih tengok awek saya
Tak tido, tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak,
Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...
.
Saya sedih tengok awek saya
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, drive elok-elok tau..Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya....
Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu
Die tak kata satu aper pun...
Berdosanye saya....
.
Kesimpulannya saya memang sayang dia....
Nak jumper die giler forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...
Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami.....
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...
.
P/s - andai anda seorang wanita muslimah...
Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu....
Then kalu anda seorang muslim...
Apa kata tanamkan dalam hati camtu...
Cinta tu anugerah Allah......
Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye.....
Semoga saya pun ambik iktibar gak....
Related Posts with Thumbnails