Saturday, January 9, 2010

Jalan-Jalan Kat Tasik Kejut UKM...

Assalamualaikum My Friend..kali ni aku nak citer pasal aku gi jalan2 kat tasik Kejut UKM time2 petang...biasanya time2 petang aku tido,tapi terasa nak berjalan tiba2...seperti biasa,aku letakkan gambar sebagai bukti aku berjalan-jalan kat tasik yang aku rasa ada perubahan skit laaa berbanding masa aku 1st year duluu..







Dari segi kecantikan tasik nii,boleh laaaa...walaupun ada laaa skit tempat yang aku nampak buruk,overall still mantap...






Baru2 ni ditambahkan sudut utk streching2 kaki,gayut2 dan sebagainya..landskap tasik ni sememangnya bagus..tapi biasanya time2 hujung minggu mmg ramai yang singgah ke tasik Kejut niii..aku pun tak lepas amik gambar perasan aku sendiri walaupun aku ni muka biase jeee..hahahahaaa..
Ok laaa...sampai sini duluuu..kita jumpa next post k..Assalamualaikum My Frieenndd!!!

Perbuatan Yang Menempah Maut Korang...


Assalamualaikum My Friend..Kalau korang buat perkara-perkara seperti yang kitorang paparkan ini kat bawah,memang korang sengaha nak menempah maut la nampaknya! kot ye pun nak membuktikan keberanian korang sekali pon, kan ke ada banyak cara lain lagi yang lebih selamat dan berfaedah? Sehingga boleh masuk lagi Guinness World Records ataupon Malaysia World Records.. Apa-apa hal pun, baca je la artikel kat bawah ini.. aku pon malas nak cakap banyak..

Bermandi-manda Dekat Lubuk Phirana
Kalau rasa nak kaki, tangan dan seluruh anggota badan korang hilang, maka sila la mandi kat sungai yang memang terbukti sebagai lubuk phirana! Belum sempat korang nak berenang sahaja dan kena baham dengan phirana. Alamatnya nanti jadi bangkai ja la kat sungai itu.

Bercamping Dengan Singa Yang Tengah Mengamuk
Yang ini pun memang cara mudah untuk korang menamatkan riwayat korang dengan serta-merta dan sekelip mata. Dah tahu sang singa itu tengah dok mengamuk, apakehelnya korang pergi berkhemah pulak kat dalam kandang dia? Nak kena cakar? gigit? tidak pon korang teringin sangat dibaham singa.

Mendaki Gunung Berapi
Kata korang Gunung Kinabli dan Gunung Everest itu dah biasa dah orang daki serta membosankan! Apa kata cuba buat rekod baru pulak dengan mendaki gunung berapi yang tengah tunggu masa aje nak meletup. Tu Bukan rekod baru namanya tapi rekod kematian yang dituntut dekat hospital nanti! Belum sempat sampai puncak lagi korang dah lebur dalam larva gunung berapi yang hangat itu korang sangkakan sejuk!

Masak Nasi Menggunakan Periuk Api
Ha... kalau perbuatan ini memang takde amaran dah tubuh badan korang terus berkecai dengan rancaknye! Yang rajin sangat masak nasik guna periuk api itu sapa suruh? apa korang dah hilang akal ke? Memang le orang masak nasi guna perik tapi bukannya periuk api laa! Kononnya nak cipta kelainan la itu dalam sejarah dunia!

Buat Lawak Bodoh Dengan Pembunuh Bersiri
Korang memang nak kena bunuh la kalau korang dengan beraninye membuat lawak bodoh dengan seorang pembunuh bersiri yang kejam! Dah la buat lawak bodoh, korang siap tepuk-tepuk kepala si pembunuh bersiri itu lagi sambil gelak terguling-guling! Hmmm.. lepas ini tadah aje la badan itu untuk dilapah dan dikerat lima belas macam ayam kat shopping kompleks!


Kalau anda berjaya! Memang anda seorang yang paling digeruni serta respek akan diberi dengan tanpa segan silunye! Tetapi tidak berjaya! Jumpa lagi! hahaahha!

*dari blog shakroil.blogspot.com

Kemahiran Hantu


Berikut adalah beberapa skill asas yang perlu ada pada seorang atau seekor hantu dalam menyakat manusia-manusia. Tanpa menguasai kemahiran di bawah mereka pasti tidak digeruni dan amat susah untuk menakutkan atau menterkejutkan mangsa. Jadi untuk menguasi kemahiran ini mereka perlu pelajari terlebih dahulu. Macam manusia sekarang kena ada sijil. Jikalau ujian itu tidak lepas. Mereka bukanlah hantu!

Moonwalk Atau Berjalan Tak Jejak Tanah
Mana-mana hantu walau amatur macam mana sekali pun mesti menguasai kemahiran ini kerana ianya merupakan penentu yang awak itu hantu!

Terbang Tanpa Tali
Hanya hantu yang sah sahaja mampu terbang tanpa menggunakan tali atau kabel macam dalam filem tu.

Menukar Wajah Menjadi Hodoh
Bagi menumbulkan rasa seram, seekor hantu mesti mampu menampakkan rupa yang hodoh tanpa bantuan mekap atau topeng halloween yang terdapat di pasaran.

Mengilai Tanpa Serak
Semua hantu perlu menjalani latihan vokal intensif macam kelas akademi fantasi atau kelas-kelas lain kerana untuk mengilai sepanjang malam memerlukan teknik pitching serta falseto tertentu agar suara tidak serak atau batuk semasa menyakat.

Cabut Kepala
Ini bukanlah wajib bagi semua hantu namun kebolehan menanggalkan kepala ternyata memberikan kelebihan dalam sesi menakutkan orang.

*Dari website shakroil.blogspot.com

Tuesday, January 5, 2010

My Chance Is Gone (Puisi Islamic English)



Assalamualaikum My Friend..ni antara puisi english tentang peluang di hari akhirat..hayatilah...


My Chance is Gone
by Zaki Thompson
GBR


I've gone away
No one will ever see me again

I wished I prayed
But I forgot and never cared

But look at me now
I never been so afraid

Standing in front of my God
With tears running down my eyes

Two books opened out in front of me
I've never seen so many pages

I always thought I was good
But it looked like I was so bad

I tired and I tired to tell Allah
That I'm sorry

If He would send me back
I'll change completely

But there is no more chances
I should have been a better Muslim

The Signs on Earth
Showed me that Allah was real

But me thinking stupid
I never thought it was real

That's why I'm here, where I stand
At the gates of Hell

I cried and I cried
But no one is going to help me now

Sumber:http://www.islamicpoetry.org

Zaujatiii..My Wife..Isteriku..InsyaAllah..



Assalamualaikum My Frieeenndd..haaaa,gambar yang kat atas niii adalah gambar yang aku rasa da lama aku berhajat nak letakkan,tapi tak sempat2..perempuan yang kat atas ni adalah perempuan yang aku sayang selepas mak aku and adik perempuan aku..beliau yang dimaksudkan ini ialah saudari Siti Aisyah Bte Idris..tinggal di Segamat,Johor..usianya tua 6 hari daripada aku,student dalam program Pend.Islam,fakulti Pendidikan UKM..
Dulu aku pernah letakkan gambar bakal zaujah aku ni kat blog,tp aku delete balik pasal aku noticed ramai yang tak suke..tapi kini aku letakkan balik pasal aku beranggapan bahawa tak salah klu aku nak letakkan gambar orang yang aku sayang kat sini,betul tak?because why,because you're my frieenndd...hahahahaaaa..
Apapun satu harapan,matlamat dan impian yang aku letakkan bersama die adalah semoga kami akan disatukan sebagai suami isteri suatu hari nanti,InsyaAllah..memandangkan kami berdua adalah anak sulung,so kami kenalah berbakti pada mak ayah and adik2,baru kami boleh pikir pasal kawen nii,kui3...cantik tak dieee?tengok laaa sape yang pilih...heee...dia hadir dalam hidup aku ketika aku ditinggalkan ex-gf aku..(ehem3..)..memandangkan hubungan kami baru masuk setahun pada tahun baru yang lepas,so aku wish dan aku berdoa pada Allah agar dipanjangkan jodoh kami dan disatukan kami selepas ini..kepada ex-gf aku dan ex-bf zaujah aku,tengok laaa kehidupan kami berdua sekarang,hahahahaaa...moga2 korang bahagia bersama pilihan korang tuuu..
Well,setakat sini dulu yang boleh aku sampaikan..wait for my next entry k...jumpa lagi..dan ingat,You're My Frriieeenndd Daaaa!!!! Assalamualaikum....

Sunday, January 3, 2010

Penghayatan Hijrah...


HIJRAH DAN PEMBANGUNAN INSAN

Oleh : Naim Fahmi Hj. Ahmad Tajuddin (Panel Penulis Jakim )

Timbul pertanyaan di hati kita, kenapakah umat Islam kini dianggap mundur? Sedangkan umat-umat lain lebih maju, sekurang-kurangnya dalam negara mereka sendiri. Jawapan kepada pertanyaan ini ialah kejayaan dan kemajuan umat Islam adalah diasaskan atas kekuatan keperibadian umatnya melalui semangat pengorbanan dan perpaduan sepertimana yang telah digambarkan oleh peristiwa Hijrah.

Semangat perpaduan dan perjuangan yang telah diasaskan oleh Rasulullah s.a.w itu telah menjadikan umat Islam sebagai suatu umat yang kuat, maju dan juga disegani oleh musuh-musuh Islam. Namun demikian, setelah sekian lama umat Islam menjadi umat contoh, memiliki kekuasaan, pembawa obor tamadun dan kemajuan ilmu pengetahuan, akhirnya mereka mulai lalai dengan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. Semangat berkorban dan perjuangan untuk menegakkan syiar Islam telah ditukar dengan semangat mementingkan diri sendiri, malas berusaha, mudah putus asa dan bermacam-macam lagi. Semangat perjuangan untuk agama telah digantikan dengan perjuangan kepentingan peribadi dan matlamat yang dangkal ibarat fatamorgana.

Gejala-gejala ini telah menyebabkan umat Islam mulai mundur. Ini ditambah lagi dengan pelbagai masalah lain yang menekan jiwa umat Islam kini seperti kefahaman Islam yang cetek, penyelewengan akidah, mengasingkan diri dari urusan dunia, gejala sosial, perpecahan keluarga dan sebagainya. Akibatnya satu demi satu kerajaan Islam ditakluki dan dijajah, lantas kegemilangan Islam terus lenyap dan hancur di tangan musuh Islam.

Walau bagaimanapun, kini nampaknya telah timbul kesedaran di kalangan umat Islam untuk mengambil berat dan memikirkan tentang masalah yang sedang dihadapi oleh umat Islam yang lain di serata pelosok dunia. Masalah tersebut yang kian hari kian meluas, telah mencabar mereka agar bangkit berusaha dengan cara yang lebih gigih, lebih tekun dan lebih bersungguh-sungguh agar seluruh umat Islam tidak terus ketinggalan dan mundur di dalam usaha untuk mengembalikan segala bentuk kemajuan terhadap agama, bangsa dan juga negara. Dan antara cara ataupun kaedah yang dapat dilaksanakan untuk memastikan objektif-objektif tersebut tercapai ialah melalui pembinaan peribadi muslim.

PENGERTIAN HIJRAH

Mungkin kita memahami pengertian hijrah itu semata-mata berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebagaimana Rasulullah s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah. Kefahaman bahawa hijrah Rasulullah s.a.w itu hanyalah semata-mata untuk memperolehi kesenangan dan mengelakkan penderitaan, adalah tidak ubah seperti pendapat orientalis Barat. Antara dakwaan mereka ialah hijrah itu berlaku disebabkan Rasulullah s.a.w tidak lagi popular di kalangan masyarakat Arab Mekah. Maka sebab itulah Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah bertujuan untuk mencari peminat. Konsep hijrah seperti itu mungkin benar bagi orang yang ingin mencari jaminan hidup berupa kebendaan yang lebih baik.

Sebenarnya hijrah membawa pengertian yang luas, keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil. Ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredhaan dari Ilahi. Tanpa sifat-sifat sanggup berhijrah, mustahil kejayaan akan tercapai dan kemajuan ummah tidak akan berhasil. Islam tidak menyuruh kita berdiam diri dan menunggu Tuhan memberi sesuatu kepada kita tanpa berusaha. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud:

'Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka'.

Apabila umat Islam memiliki inisiatif untuk mengubah keadaan mereka sendiri, maka pertolongan Allah pasti datang. Allah akan mengubah keadaan mereka dari kehinaan dan kerendahan kepada kemuliaan dan ketinggian. Dari keadaan yang kurang maju kepada keadaan yang lebih maju dan berjaya. Pertolongan Allah s.w.t akan tiba apabila umat Islam sanggup membela agama Allah. Ini dibuktikan oleh firman Allah s.w.t dalam surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud :

'Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu'.

Allah s.w.t membekalkan kita dengan cukup kelengkapan untuk menjadi manusia yang boleh berdikari dan berikhtiar dalam menentukan arah kehidupan. Kita dibekalkan dengan peralatan yang membolehkan kita memasuki dan merubah segala apa yang ada di sekeliling kita dan juga apa yang ada di dalam minda (pemikiran, persepsi, kesedaran dan emosi).

Justeru untuk memastikan perubahan diri manusia, kita perlu meneliti pelbagai aspek yang perlu dititikberatkan. Antaranya ialah melalui pembangunan jiwa, pembangunan mental dan juga pembangunan fizikal.

Pembangunan Jiwa

Pembangunan jiwa merupakan suatu proses yang bertujuan untuk melahirkan jiwa yang bertakwa. Ianya merupakan unsur yang perlu difahami dan dititikberatkan oleh semua umat. Ketiadaan jiwa yang bertakwa akan mengakibatkan fungsi akal dan fizikal menjadi lumpuh. Manusia secara umumnya akan menggunakan kecerdasan akal dan juga kekuatan yang ada pada tubuh badannya untuk membina tamadun material. Justeru pembangunan jiwa ini seharusnya diaplikasikan dengan sebaik mungkin untuk memastikan tamadun material yang akan terbina kelak tidak akan sia-sia.

Namun untuk memastikan cita-cita tersebut tercapai, jiwa insan perlulah diisi dengan perasaan cintakan Allah dan Rasul serta cinta kepada kehidupan akhirat. Ini seterusnya akan dapat menyedarkan manusia tentang matlamat hidupnya di atas muka bumi ini. Dan di sini seluruh manusia perlu memikul dua tanggungjawab utama iaitu selaku hamba Allah dan selaku khalifah Allah.

Sebagai hamba Allah, manusia dikehendaki mengabdikan diri kepada Allah semata-mata. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t di dalam surah Az-Zariat ayat 56 yang bermaksud :

'Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku'.

Mengabdikan diri kepada Allah termasuklah melaksanakan seluruh perintah dan menjauhi segala larangan-Nya dan juga mengekalkan rasa kehambaan. Sebagai khalifah Allah pula, manusia telah dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan muka bumi Allah ini berpandukan segala hukum-hakam dan syariat Allah dalam segenap aspek kehidupan seperti bidang ekonomi, perubatan, pertanian, sains, teknologi, pendidikan dan sebagainya. Justeru kesedaran terhadap tanggungjawab ini yang lahir dari jiwa seorang mukmin yang sebenar, sudah pasti dapat membawa perubahan kepada ummah dan seterusnya mengembalikan kegemilangan Islam seperti suatu waktu dahulu.

Pembangunan Mental

Pembangunan insan juga mestilah menitikberatkan pembangunan mental (akal). Akal manusia mestilah diisi dengan pelbagai jenis ilmu yang dianjurkan oleh Islam untuk mempelajarinya. Antara ilmu yang perlu dititikberatkan ialah ilmu berkenaan dengan Fardhu Ain seperti ilmu Tauhid, Feqah dan juga Tasawwuf serta ilmu-ilmu pengetahuan yang lain seperti ilmu Sains dan Geografi. Melalui ilmu tersebut, para pelajar tidak akan sahaja mengenali hakikat sesuatu kejadian berdasarkan kepada sifat tabiinya sahaja, bahkan mereka akan cuba berfikir bahawa di sebalik segala kejadian tersebut, ada Penciptanya iaitu Allah s.w.t. Kesan sampingan yang akan timbul ialah mereka akan berasa takjub atas kekuasaan Allah ini dan seterusnya akan mendorong jiwa mereka untuk tunduk patuh kepada perintah-Nya.

Selain daripada pengisian ilmu yang bermanfaat, akal juga haruslah dibangunkan dan dibentuk melalui perbincangan, penyelidikan dan juga pembacaan. Aktiviti-aktiviti lain seperti mengembara dan melancong juga akan dapat menajamkan akal. Sewaktu mengembara, kita tentunya akan memperolehi banyak pengalaman, pengajaran dan hikmah kejadian alam sejagat. Bermusyawarah dan berbincang juga secara tidak langsung akan dapat menghasilkan kefahaman yang lebih mendalam kepada akal kita. Di samping itu, Islam juga menganjurkan kita supaya menjaga adab-adab bermusyawarah supaya manfaatnya akan terhasil semaksima mungkin. Hasil perbincangan dan penyelidikan tentang sesuatu perkara seperti muzakarah tentang hukum, sudah tentu dapat dimanfaatkan oleh sekalian muslimin. Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nahl ayat 125 bermaksud :

'Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk'.

Pembangunan Fizikal

Sekiranya jiwa dan akal sahaja dibangunkan, tetapi fizikal lemah, maka tamadun Islam dan peribadi muslim juga akan terhalang pembinaannya. Kalau diamati, apakah faedah yang dapat diperolehi daripada seorang manusia yang lemah tubuh badannya, tidak bermaya dan lesu? Setiap masa ditimpa dengan pelbagai jenis penyakit. Kita tidak menafikan bahawa sakit itu merupakan ujian dari Allah s.w.t. Namun demikian, seseorang manusia itu tidak boleh menempah maut dengan membiarkan dirinya diselubungi dengan pelbagai jenis penyakit yang mungkin boleh membawa maut.

Oleh itu, kita perlu memiliki fizikal yang sihat untuk membina tamadun Islam selaras dengan kehendak Allah s.w.t yang mahukan hamba-Nya menjadi khalifah di muka bumi ini. Tubuh yang sihat akan melahirkan akal yang sihat, seterusnya dapat merancang pelbagai perkara untuk manfaat umat Islam sejagat.

Untuk meningkatkan taraf kesihatan diri, kandungan makanan yang diambil perlulah seimbang iaitu memenuhi segala keperluan seperti protein, karbohidrat, garam galian, vitamin dan sebagainya. Makanan yang akan diambil juga mestilah berpunca daripada sumber yang halal dan cara penyediaannya juga mestilah mengikut kehendak syarak. Ini amat bersesuaian dengan maksud firman Allah s.w.t di dalam surah al-Baqarah ayat 172 :

'Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya'

Segala adab makan dan minum yang telah dianjurkan oleh Islam juga perlulah diamalkan. Di samping itu juga, kita perlu melakukan aktiviti senaman untuk membina badan yang sihat dan minda yang cerdas.

Setelah memenuhi kesemua aspek yang telah diterangkan tadi, maka kita akan dapat merasakan berlakunya suatu perubahan yang amat ketara di dalam jiwa dan minda kita. Dan di sini sudah tentunya proses pembinaan insan sudah mula tercapai dengan sebaik yang mungkin.

Kesan Perubahan

Setelah proses pembinaan insan sudah meresap di dalam diri dan minda kita, maka sudah tentulah mudah untuk kita mencurahkan segala sumbangan yang bermanfaat sama ada untuk kebaikan agama, masyarakat dan juga negara. Dari segi agama kesan perubahan kepada penghayatan Islam yang sebenar, sudah tentu dapat mengelakkan sebarang perselisihan ataupun kekeliruan berkenaan perkara-perkara asas dalam agama Islam itu sendiri. Malahan jauh sekali untuk kita mengenepikan golongan ulama yang merupakan pewaris para nabi di dalam hal-hal yang berkaitan dengan ajaran Islam.

Di samping itu, generasi yang mantap pembinaan peribadinya akan mampu memainkan peranan untuk mengembangkan penghayatan Islam itu sendiri. Ini secara jelas telah disebut oleh Allah s.w.t di dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud :

'Kamu (wahai umat Muhammad ) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)'.

Proses untuk mengembangkan penghayatan Islam itu boleh dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan juga cara-cara yang formal atau tidak formal untuk memastikan penghayatan Islam itu akan mencapai matlamatnya semaksimum yang mungkin. Suasana ini bukan sahaja dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan berdisiplin tetapi ianya juga akan dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang mempunyai imej yang tinggi, mendapat keberkatan dari Allah s.w.t dan meletakkan Islam di tempat yang selayaknya di atas muka bumi ini.

Sumbangan kepada negara juga dapat dicapai dengan menjauhkan sentimen perkauman ataupun perasaan anti pembangunan. Umat yang terbaik ialah umat yang berfikiran secara optimis dengan melihat bahawa setiap pembangunan yang dilaksanakan ada kebaikannya. Namun, pembangunan material dan pembangunan insan mesti dipastikan berjalan seiringan di antara kedua-duanya. Ini penting supaya negara yang wujud kelak berkeadaan aman dan makmur serta terhindar dari segala unsur-unsur yang boleh memusnahkan pembangunan ummah dan negara itu sendiri. Apabila sesebuah masyarakat itu kukuh, maka akan lahir pula tokoh-tokoh yang berwibawa yang menjadi pemimpin bagi setiap kelompok masyarakat.

Kesimpulannya, tuntutan penghayatan hijrah dalam erti kata perubahan diri dari segi jiwa, mental dan fizikal kini semakin mendesak. Ini memandangkan kepada suasana sosial yang semakin parah dewasa ini. Umat Islam kini tidak ada pilihan lain selain daripada merealisasikan tuntutan hijrah dalam pengertiannya yang sesuai bagi menjamin kejayaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Pelbagai cara dan pendekatan telah diambil oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk memantapkan lagi proses pembinaan insan yang berkualiti dan bertakwa. Namun, apa yang pentingnya ialah inisiatif dalam diri kita untuk mengaplikasikan konsep hijrah itu sendiri. Dan perlu juga diingatkan bahawa segala usaha yang dibuat bagi pembinaan insan yang kamil dari segi jiwa, mental dan fizikal hendaklah berteraskan al-Quran dan as-Sunnah. Ini bersesuaian dengan hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

'Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, di mana kamu semua tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya, iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul'.

(Hadith Riwayat Imam Malik)

Aku Dan Azam Tahun 2010...


Assalamualaikum My Friieeenndd Daaa...yaaaa,tahun 2009 berlalu pergi,2010 berlalu kiniii...ape yang boleh aku sampaikan melalui post kali ini adalah berkaitan dengan semangat,azam,matlamat dan juga perubahan2 yang aku akan realisasikan menjelang tahun 2010 niii...
Kawan2,sememangnya hidup kita ni perlu berhijrah kalau mahukan kemajuan,dan penghijrahan ini perlu bersandarkan pada niat,bertunjangkan pada semangat dan azam dan perlu mencapai kepada matlamat yang disasarkan...dan aku sebagai hambaNya yang kerdil di sisiNya sentiasa inginkan perubahan demi memajukan diri...so my friend2 sekalian,ape azam yang korang semaikan dalam diri untuk tahun 2010 niii?nak kawen cepat?nak grade dgn cemerlang?nak dapatkan pekerjaan yang tetap dan menjamin masa depan?nak lengkapkan diri dengan boy/girlfriend,motor,kreta dan sebagainya?well,sume org ada azam dan matlamat masing2 yang sememangnya aku hormati dan takkan pertikaikan..
Bagi aku,cukup laaa kalau aku katakan di sini bahawa azam aku adalah untuk menjadikan hidup aku lebih baik daripada tahun lepas..nak tau yang lagi detail,tanya gua sendiri k..(walaupun korang taknak tahuu..)secara kesimpulannya memang kita da lalui tahun 2009 dengan menghadapi ujian,cabaran serta pengalaman yang boleh dijadikan bekalan mengharungi kehidupan..tapi ingatlah bahawa kehidupan yang mendatang ini tak semestinya menjanjikan kesenangan dan kebahagiaan..namun kita boleh berharap semoga tahun 2010 niii akan dipermudahkan segala urusan kita,insyaAllah...
Aku rasa sampai sini saje laaa yang boleh aku sampaikan kat blog post kali niiii..senang citer,teruskan setia menatap blog aku nii walaupun mungkin aku jeee yang bukak blog nii..(takpe laaaa dolah eeehh...)jumpa lagi semua...Assalamualaikum My Frriiieeenndd....
*p/s:ramai kawan aku da kawen,aku pun terasa tempiasnya..lepas ni aku nak post pasal agama plk laaa..
Related Posts with Thumbnails