Saturday, October 3, 2009

CARA BETUL MELAKUKAN PERUBATAN


SIFAT-SIFAT YANG HARUS ADA BAGI ORANG YANG AKAN MELAKUKAN PENGUBATAN

1.Harus mempunyai akidah yang benar, bersih dan jernih.
2.Harus mewujudkan tauhid yang murni, baik dalam ucapan mahupun dalam perbuatan.
3.Harus mempunyai keyakinan bahawa firman Allah sangat berpengaruh untuk menghalau jin dan syaitan.
4.Harus mengetahui hal ehwal jin dan syaitan.
5.Harus mengetahui tempat-tempat pintu masuk jin dan syaitan.
6.Orang yang akan mengubati sebaiknya orang yang sudah menikah.
7.Harus menjahui perkara yang diharamkan, kerana dengan perkara yang haram tersebut syaitan menyerang manusia.
8.Harus mengerjakan dan melaksanakan berbagai macam ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, kerana amal tersebut akan dapat mengalahkan syaitan.
9.Harus sentiasa mengingat Allah Yang Maha Agung, berzikir kepada-Nya, kerana zikir adalah merupakan benteng yang sangat kukuh dalam menghadapi syaitan yang terkutuk. Semuanya ini tidak akan dapat dilaksanakan jika tanpa mengetahui berbagai macam zikir dan doa harian sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. serta sentiasa mengamalkannya, seperti doa masuk rumah dan masjid, doa keluar dari rumah dan masjid, doa waktu mendengar suara ayam berkokok, doa ketika mendengar suara keldai, doa pada waktu melihat bulan purnama, doa waktu naik kenderaan dan sebagainya.
10.Harus sentiasa memagar diri dengan cara mendekatkan diri kepada Allah.

AYAT-AYAT PAGAR DIRI SEBELUM MEMULAKAN PENGUBATAN

Sebelum memulakan rawatan, pagar diri anda dan mintalah pertolongan dari Allah S.W.T dengan membaca Al-Istiadzah dan ayat-ayat di bawah ini :-

أَعُوْذ ُباِللَّهِ مِنَ الشَّيْطَا ِن الرََّجِيْمِ
Aku berlindung dari Allah dari syaitan yang direjam.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَِن الرَّحِيْمِِ
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Dengan nama Allah aku bertawakal kepada-Nya. Tiada upaya dan kekuatan (atas kami) melainkan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi.

AYAT INI DIULANG BACAANNYA SEBANYAK TIGA KALI

Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya akan terhalanglah segala di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.



Aku berlindung dengan kalimah-kalimah (ayat-ayat) Allah yang sempurna dari semua kejahatan yang dicipta-Nya.

KEMUDIAN MULAKANLAH PENGUBATAN

CARA PERTAMA : SEBELUM PENGUBATAN DILAKUKAN

1.Menyiapkan keadaan yang benar. Keluarkanlah gambar-gambar yang ada di dalam rumah, kerana dengan demikian malaikat akan berkenan masuk ke dalam rumah.
2.Mengeluarkan serta membakar segala bentuk azimat yang ada pada orang yang terkena kerasukan tersebut.
3.Membersihkan tempat dari lagu-lagu dan bunyi alat muzik.
4.Membersihkan tempat dari perkara yang akan melanggar syariat, seperti orang lelaki yang memakai emas dan perempuan yang tidak tutup aurat.
5.Memberi pelajaran tentang akidah kepada orang yang kerasukan jin tersebut serta keluarganya, sehingga menghapuskan rasa ketergantungan hatinya kepada selain Allah.
6.Menjelaskan tentang cara pengubatan yang dilakukan tidaklah sama dengan pengubatan tukang sihir atau dukun, kemudian menjelaskan pula bahawa di dalam Al Qur'an terdapat ubat penawar serta rahmat, sebagaimana yang telah diberitahukan oleh Allah S.W.T.
7.Memerhatikan keadaan dengan mengadakan beberapa pertanyaan kepada orang yang terkena kerasukan jin tersebut serta melihat tanda-tandanya. Pertanyaan-pertanyaan tersebut misalnya :

oApakah engkau melihat beberapa ekor binatang dalam mimpi?
oBerapa ekor binatangkah yang kamu lihat?
oApakah dalam mimpimu itu ada binatang yang mengejarmu?
oApakah mimpimu itu adalah mimpi yang menakutkan?
oApakah mimpimu itu seolah-olah kamu merasakan akan jatuh dari tempat yang sangat tinggi?
oApakah dalam mimpimu itu kamu berjalan di tempat yang menakutkan?

Teruskanlah dengan pertanyaan tentang semua tanda-tanda pada waktu tidur dan pada waktu sedar (jaga) sehingga kita yakin bahawa orang yang akan diubati itu memang benar-benar kerasukan jin. Dari pertanyaan-pertanyaan yang diberikan kita dapat mengira berapa jumlah jin yang menganggunya. Misalnya, setiap ia bermimpi ia selalu melihat dua ekor ular, ini bererti ada dua jin yang mengganggunya.
Demikianlah jika jin yang ada di dalam tubuh seseorang itu tidak mahu berbicara. Akan tetapi jika telah dijelaskan tentang dirinya dan berkata melalui lidah orang yang kerasukan jin tersebut, maka tidak perlu lagi dilakukan pertanyaan-pertanyaan seperti tersebut di atas, kerana perkaranya sudah jelas.
8.Sebelum melakukan pengubatan dianjurkan berwhuduk terlebih dahulu begitu juga jika ada orang yang bersama dengan anda.
9.Jika yang akan diubati itu adalah seorang perempuan, janganlah anda memulai pengubatannya sebelum orang yang akan diubati itu berpakaian menutup aurat.
10.Janganlah anda melakukan pengubatan terhadap seseorang perempuan jika tanpa disertai oleh muhrimnya.
11.Janganlah anda memasukkan seorang perempuan (seperti ke dalam bilik) jika tanpa disertai oleh muhrimnya.
12.Berdoalah kepada Allah, semoga Allah membantu anda untuk mengeluarkan jin dari tubuh orang yang sedang diubati tersebut

Tanda-Tanda Tok Bomoh Menggunakan Khadam / Jin Dalam Perubatan


Kebanyakan daripada orang-orang Melayu sangat mempercayai Tok Bomoh sehingga mereka tidak dapat membezakan di antara Tok Bomoh yang hak dan yang batil ( yang menggunakan pertolongan Khadam dalam pengubatan mereka ). Keadaan ini berlaku kerana mereka jahil tentang ajaran Islam yang sebenarnya, oleh itu mereka mudah di tipu oleh lakunan yang dimainkan oleh Tok Bomoh palsu ini. Sebagai panduan diperturunkan serba ringkas contoh-contoh Tok Bomoh yang menggunakan pertolongan khadam dalam pengubatan mereka. Antara tanda-tanda tersebut dapat kita lihat melalui salah satu dari perkara-perkara berikut, antaranya :-

A )Cara berpakaian semasa mereka berjampi.

Biasanya semasa berjampi Tok Bomoh atau Tok Pawang yang bersahabat dengan khadam ini memakai pakaian khas, antaranya seperti :-
•Memakai baju dan seluar yang bewarna hitam dengan melilit kain hitam di kepala atau memakai tengkolok bewarna hitam dan sebagainya.
•Memakai jubah. Kadangkala bewarna putih dan kebiasaanya bewarna kuning, kononnya dia dari keturunan raja. Terdapat juga yang memakai jubah hijau kononnya beliau bersahabat dengan Jin Islam.
•Terdapat juga yang berpakaian baju Melayu, berkain pelikat dan bersongkok atau berketayap.
•Ada juga yang berambut panjang, yang kononnya beliau berketurunan dari Jawa, Sumatera dan sebagainya.

B ) Mengubat Pesakit dengan Cara Menurun/Menyelap.

Sebelum menurun biasanya Tok Bomoh akan membaca beberapa serapah, jampi atau mentera tertentu dan ada kalanya membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga yang memegang keris dan mengasapkanya pada asap kemian. Dalam beberapa saat sahaja masuklah Jin ke dalam tubuh Tok Bomoh tersebut. Ada yang mengeletar, ada yang berguling-guling dan sebagainya, ketika di masuki oleh Jin khadam mereka itu.
Suara dan raut wajah mereka juga akan bertukar. Sesetengahnya kelihatan sangat tua dan berkedut, manakala suara mereka juga terketar-ketar dan sangat perlahan dan adakalanya susah untuk di fahami, ini kerana Jin sahabat mereka itu sudah tua. Matanya kadang-kala pejam dan suka tunduk ke bawah. Suara juga sudah berubah dan mengikut jenis dan dari tempat mana Jin itu berasal. Kalau Indonesia, ia akan bercakap bahasa Indonesia atau bahasa Jawa, begitulah seterusnya. Biasanya ucapan Jin tersebut di mulai dengan katanya " Assalamualaikum, apa hajat cucu ku datang ke mari / memanggil ku ? "

C) Tanpa Menurun / Menyelap.
Terdapat juga Tok Bomoh yang mempunyai khadam daripada gulungan Jin yang memanggil Jin khadam mereka tanpa menurun. Cara rawatan tersebut dapat dilakukan dengan berbagai cara antaranya :-

•Dengan meletakkan air, limau dan sintuk atau barang-barang lain yang difikirkan perlu di hadapannya.
•Terdapat juga Tok Bomoh jenis ini yang menilik terlebih dahulu, seperti dengan menggunakan limau dan menggolekkanya atau membelahnya kemudian dilepaskan kedalam air dan melihat limau tersebut samada terbalik atau tertiarap. Mereka juga kadangkala menggunakan mangkuk putih yang diisikan dengan air sambil menilik dan membuat ramalan. Terdapat juga Tok Bomoh yang menggunakan jarum yang diletakkan di atas air dan jarum tersebut akan berpusing dan sebagainya.

D) Membelah Batin.

Pertolongan daripada khadam juga digunakan oleh Tok Bomoh-Tok Bomoh yang dapat membelah batin pesakitnya tanpa menggunakan sebarang alatan pembedahan seperti pisau dan sebagainya. Walaupun kadang-kala Tok Bomoh jenis ini juga menggunakan pisau tetapi tiada kesan luka yang dapat di lihat di badan pesakit. Pesakit akan merasai seolah-olah seperti di bedah dan dapat merasai kesan darah dan sebagainya. Setelah selesai melakukan pembedahan batin ini, Tok Bomoh tersebut biasanya akan menggunakan daun sireh atau limau nipis untuk menyempurnakan pembedahan ghaibnya.
Sebenarnaya kita boleh menggunakan Khadam dalam melakukan pekerjaan kita dengan syarat-syarat berikut, antaranya :-

1.Tidak terikat dengan mana-mana syarat daripada Khadam
2.Tidak menggunakan Tanasukh Aruah ( Menurun )
3.Kelakuan yang tidak menyalahi syarak ketika melakukan rawatan
4.Perawat telah mantap pegangan dan kefahaman Akidah, Akhlak dan Syariat.

Sebenarnya tidaklah salah jika kita ingin menjadi Tok Bomoh, tok dukun atau Mak Bidan, malahan Islam juga menggalakkan umatnya menceburi Bidang tersebut, kerana Bidang tersebut merupakan salah satu daripada Fardhu Kifayah tetapi biarlah cara dan amalan serta kaedahnya itu merupakan sesuatu yang diharuskan oleh syarak dengan mengikuti contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, bukannya yang di terima melalui mimpi, menggunakan pertolongan khadam yang terdiri daripada para Jin dan sebagainya.

Tok Bomoh yang Makan Upah.

Terdapat sejenis Tok Bomoh lagi yang amat bahaya dalam masyarakat Melayu, yang kerjanya hanyalah untuk menimbulkan kesusahan dan huru hara kepada orang lain. Tok Bomoh jenis ini lebih di kenali sebagai Tok Bomoh yang makan upah. Tok Bomoh jenis ini kebiasaannya mempunyai khadam daripada golongan Jin Islam yang fasik dan Jin Kafir serta kuncu-kuncu mereka.
Mereka menggunakan perkhidmatan Jin-Jin tersebut untuk menganiayai manusia lain atas sebab-sebab tertentu, antaranya seperti iri hati, hasad dengki atau cemburu atas kejayaan orang lain samada dalam bidang perniagaan, pekerjaan, persekolahan atau marah kepada orang atasan kerana tidak terpilih untuk kenaikan pangkat atau tidak memenangi tender dan sebagainya. Terdapat juga mereka yang menggunakan Tok Bomoh jenis ini bagi membalas dendam sebab sakit hati kerana di hina, di kutuk atau kerana senda gurau yang berlebihan.
Terdapat juga sesetengah orang yang menggunakan perkhidmatan Tok Bomoh ini semata-mata kerana marah atau benci kepada orang lain di sebabkan kekayaan orang tersebut atau iri hati melihat orang tersebut lebih berada daripadanya atau marah kerana kesombongan orang lain terhadapnya dan lain-lain lagi.
Kebanyakan kes yang dijadikan alasan oleh sesetengah orang yang mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh jenis ini kebiasaanya berhubung dengan masalah rumah tangga contohnya seperti untuk menundukkan suami atau isteri yang terlalu garang, meruntuhkan rumah tangga orang lain, supaya dirinya nampak cantik dan di sayangi oleh suami ( dalam kes si suami yang berpoligami ), kerana pinangannya di tolak oleh pihak keluarga wanita atau kekasihnya di rampas oleh lelaki lain dan sebagainya.

Sihir Dalam Masyarakat Melayu



Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.

Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-
• Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
• Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
• Polong : Bagi menghisap darah mangsa
• Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.
Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.

JENIS-JENIS SIHIR

PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir.

TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

SAKA ( KETURUNAN )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.
Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.
Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.
Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.
1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )

Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur'an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah...... Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah....
Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagian tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya.....

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya My Friend!!!!


Salam My Frieenndd...akhirnya,sesi madrasah Ramadhan sampai ke penghujungnyaa...Ramadhan bakal pulang,Syawal bakal bertandang...Sempena Syawal yang menjelma nii,saya nak mintak maaf andai kata terkasar bahasa,terngumpat blkg2,pinjam duit tak bayar2,ade tersakitkan hati sesape..sesungguhnya saya hanya manusia biasa sajeee...Pesanan saya (kpd rakan2 kuliah atau pelajar2 sy),selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir Batin..pulanglah ke destinasi dengan selamat..bergembiralah bersama keluarga tersayang..sekembalinya kita ke perbukitan ilmu,tuntutlah ilmu semula dengan semangat yang baruu..haaa..main mercun jangan lebih2 tauu..tak pasal2 balik rumah sepuluh jari,pulang UKM semula takde jarii..hahahaaaa..ok My Frieenndd,gua chow dulu..nak balik rumah niii...jumpa lagi,wassalam..You're My Frieennddd Daaaaaa..!!!!

Monday, September 7, 2009

Hukum Bid'ah dan Penerangannyaa..


Salam..untuk segmen pengetahuan agama kali niii,sy nk mengemukakan satu isu yg biasanya sering dipersoalkan,masih dibincangkan dan selalunya dipertikaikan dalam urusan kehidupan beragama,iaitu tentang Bid'ah..jom kita susuli artikel ini...

BERWIRID selepas solat, membiasakan diri membaca Yasin pada malam Jumaat dan menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul setiap kali Rabiulawal tiba, malah sesekali mengikuti majlis bacaan talqin menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita.

Tetapi, sesetengah pihak mendakwa amalan berkenaan bidaah dan perlu ditinggalkan.

Dakwaan itu sungguh mengelirukan. Bagi yang kurang memahaminya, ia boleh menimbulkan perselisihan faham, tuduh menuduh dan kacau bilau.

Hadis diriwayatkan Muslim bermaksud: “Adapun kemudian dari itu, sesungguhnya sebenar-sebenar perkataan itu ialah kitab Allah dan sesungguhnya semulia-mulia petunjuk itu ialah petunjuk Muhammad dan sejahat-jahat perkara ialah diada-adakan, setiap yang diada-adakan itu bidaah dan setiap bidaah sesat dan setiap kesesatan di dalam neraka.”

Ramai gemar mengatakan sesuatu itu bidaah, tetapi persoalannya apa sebenarnya bidaah?

Pengertian bidaah dibahagikan kepada dua iaitu pada bahasa dan istilah. Menurut bahasa ialah nama bagi suatu yang baru diadakan. Bidaah dalam urusan keduniaan tidak dilarang, tetapi dalam keagamaan ditegah.

“Apabila suatu itu dari perkara dunia kamu, maka kamu sekelian lebih mengetahui dengannya dan apabila ada dari urusan agama kamu, maka kepadaku.” (Hadis Riwayat Ahmad bin Anas)

Maksud di sini, dalam urusan dunia manusia bebas meneroka dan memperkenalkan penemuan baru, teknologi baru dan kemudahan baru, bagi kesempurnaan dan meneruskan kelangsungan kehidupan.

Tetapi dalam urusan agama seperti ibadat solat, ia perlu dilakukan berasaskan sunnah, sama ada cara dan rukunnya.

Nabi pernah bersabda, maksudnya: “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku melakukan solat.”

Bidaah adalah berlawanan dengan sunnah (jalan Rasulullah dan sahabat), yang sepatutnya menjadi jalan ibadat, tanpa berlebih atau berkurang.

Menurut istilah ulama, bidaah ialah satu jalan atau satu cara perbuatan yang diada-adakan dalam agama, tidak pernah berlaku pada zaman Rasulullah dan sahabatnya, dengan maksud untuk mendampingkan diri kepada Allah atau beribadat kepada-Nya kerana ingin mendapat pahala-Nya.

Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abd Majid Umar, berkata bidaah terbahagi kepada dua jenis, seperti ditegaskan Imam Syafie iaitu bidaah terpuji dan tercela.

Imam Syafie berkata: “Bidaah itu dua jenis iaitu: bidaah yang terpuji dan bidaah tercela. Maka, bidaah yang sesuai dengan sunnah adalah terpuji dan bidaah menyalahinya ialah yang tercela.”

“Bidaah terpuji ialah amalan yang membawa kebaikan. Talqin tidak menjadi kesalahan kerana memberikan nasihat yang baik kepada mereka yang hadir.

“Membaca Yasin pada malam Jumaat juga amalan baik. Orang tua dulu mengadakan majlis baca Yasin pada malam Jumaat kerana ia penghulu hari dan mereka mendapati yang paling mudah ialah surah Yasin.

“Mereka berkumpul dalam satu majlis seperti itu setiap malam Jumaat memanglah tidak ada hadis khusus, tetapi ada nas secara umum supaya membaca al-Quran,” katanya.

Secara umum, perkara yang tidak ada pada zaman Nabi tetapi tidak bercanggah dengan anjuran Islam masih dibolehkan untuk dilakukannya.

Menurutnya, dalam majlis persandingan misalnya, walaupun tidak ada dalam agama, jika membawa kebaikan tidak mengapa, tetapi apabila wujud unsur pembaziran, pendedahan aurat dan kelalaian tidak dibolehkan.

“Kenduri itu memang baik dan ia sebagai hebahan kepada umum bahawa si pulan sudah berkahwin. Tetapi jika majlis itu mewujudkan pembaziran, ia dilarang,” katanya.

Ulama ada menerangkan beberapa bidaah yang dilarang, seperti meminta kepada Allah melalui orang mati, bernazar untuk melakukan sesuatu di kubur orang tertentu yang dianggap keramat atau wali, menyerahkan hukum agama kepada akal manusia dan menolak nas dari Allah dan Rasul serta mengerjakan solat dengan cara berlainan dari perintah asal, seperti dua rukuk dan satu sujud.

Bersabit perkara baru dan tidak dilakukan pada zaman Nabi, Abd Majid berkata, pada zaman tabiin dulu ada tetapi mereka melakukan perkara yang elok seperti selepas solat berwirid.

“Memang tidak ada suruhan berwirid selepas solat secara khusus. Tetapi amalan dilakukan golongan dulu yang tidak bertentangan dengan Islam walaupun tidak ada hadis khas boleh diteruskan, termasuk Maulidur Rasul, kita buat walaupun tidak ada suruhan.

“Segala perkara baru tetapi ia ada kebaikan, tidak bertentangan dengan Islam walaupun tidak ada hadis,” katanya.

Dalam hubungan ini, katanya, masyarakat sepatutnya tahu membuat penilaian sesuatu perkara, sama ada boleh dilakukan atau tidak dengan menjadikan prinsip agama sebagai ukuran.

sumber:mingguanwahabi.blogspot.com (thanks for the article..)

So,da clear?ke masih ada lagi nak mempertikaikannya?jumpa lagi at next warkah k...ma'as salamah wa ilal liqaa'..wassalam..

Aaarrrrgghhh...tesis...tesis...



Salam Ramadhan My Friend..waaaa,kali nii aku seolah-olah dihimpit,ditekan,ditindih dan sewaktu dengannya yg mampu membuatkn diriku sempit dan tersepit...ni sumee disebabkan oleh suatu tetamu yang mmg akan dtg kpd kita bila kita da nk grade niii,iaitu tesis..
Hmmm..ibarat telur di hujung tanduk,kini aku semakin bingung dan bengong dlm menyiapkan tesis niiii..apehal laaaa kena buat tesis utk grade niii...Apepun,sesiapa yg melihat artikel niii dialu-alukan utk menyedekahkan Al-Fatihah utk roh masing2 supaya kuat semangat dan Al-Fatihah tu pun merupakan makanan kpd roh kita sebenarnya..
Ibarat gambar di atas niii,tu laaa diri aku skrg..so saper2 yg ada M16 tuu,sila laaa tamatkan nyawa akuu...(gurau jeee...aku tak grade lg,kawin pun blum...)..ok laaaa,next time,kita jumpa lg k...selamat berpuasa...You're My Frieeenndd Daaaaa...!!! Assalamualaikum..

Monday, August 24, 2009

Ramadhan Kembali Bertandang...


Salam for all bloggers..it's been a long time since i hadn't updating my blog..peeehh,skali gua speaking western daaa...
Anyway,pe kabar buat semuaaa..alhamdulillah,kita telah berada dalam suatu bulan yang penuh keberkatan,keampunan,kerahmatan daripada Allah S.W.T iaitu bulan Ramadhan Al-Karim..
Bercerita mengenai bulan Ramadhan niii,i just want to share to you all about what i've supposed to face along this month and generally this semester,yakni aku terpaksa berdepan dengan tesis (satu group dengan zaujah,kikikii...)..ianya amat2 menguji kesabaran gua,sama ada dari segi perjalanan menyiapkannya,kerenah penyelia dan juga pengorbanan masa free dan masa tido gua..
Apapun,aku still mengharapkan ramadhan tahun nii better than before..insyaAllah..akhir kalam,jumpa lagi guyzzz...You're My Frieeeennd Daaaa!!!..

*p/s:why this time gua tulis skit sgt eeehh...kikikii...
Related Posts with Thumbnails